0 1

151 27 88
                                    

•••

« hayeon »

5 years ago.

"Nampyeon, bukak pintu! Tolonglah! Saya sejuk!" lemah aku mengetuk pintu kayu di hadapannya. Pakaian yang sudah kuyup aku tidak hiraukan. Bertali arus laungan serta ketukan.

"Younghoon, bukalah pintu? Tak kesian ke dekat anak kita?" lirih suaraku bergetar. Perut yang sudah memboyot dipeluk erat. Sejuk kulit tubuh dek fabrik yang lencun melekap pada tubuh.

Younghoon, kenapa awak berubah?

Genap satu tahun perkahwinan kita, kenapa awak tiba-tiba jadi orang yang saya tak kenal?

Apa salah saya?

"Younghoon, saya minta maaf!"

Penumbuk dikepal sebelum pintu dihentak lagi. Kali ini aku melolong kuat nama lelaki itu. Tagisanku tenggelam dalam kedinginan malam berhujan ini. Dalam tenggelam dengan emosi, aku tidak sedar sendi jemariku terluka. Darah mengalir deras bersama air hujan.

Nyeri pada perut membantutkan tindakanku. Kini aku tersandar lemah pada kayu besar tersebut. Persis bercakap dengan dinding, tiada sahutan yang aku dengar. Perut yang sudah memboyot aku usap perlahan. Lama aku berteleku sebegitu hinggalah satu keluhan kecil terlepas.

"Aegi, mama minta maaf. Salah mama buat kita jadi macam ni." aku tersenyum perit. Kandungan yang baru mencecah 23 minggu itu aku usap perlahan. Penuh kasih.

Aku lupa hidangkan secawan kopi seperti selalu kerana sakit kepala tiba-tiba menyerang. Disebabkan itu Younghoon naik berang lalu mengheretku ke luar rumah. Ditinggalkan aku kebasahan di luar walaupun dia tahu sekarang sedang hujan lebat. Itu tidak termasuk kata-kata kesat yang terzahir di bibir merahnya lagi.

Puas aku merayu hinggakan kakinya aku peluk dan cium. Sayang, hatinya keras persis batu. Tetapi aku tak terkejut, ini bukan kali pertama aku diperlakukan sebegini rupa.

Pandangan dituju ke langit malam bersama rasa sayu dan kecewa yang dahsyat. Tangan kiri mengusap perut sendiri. Bibir menggumam dodoian lagu kanak-kanak yang aku ingat. Sesekali aku dapat rasakan kandunganku bergerak-gerak membuatkan aku terubat sendiri.

"Anak mama suka ya dengar mama nyanyi clementine song?" satu senyuman pahit menyungging di bibir.

Pap! Aku rasakan satu tendangan kecil membuatkan perut terasa senak seketika. Tawaan kecil terlepas walaupun air mata tidak henti-henti mengalir. Bawah bibir yang menggigil hebat digigit. Sejuk hingga mencengkam ke tulang hitam!

Anak ini, anugerah untukku.

Akhirnya aku pejamkan mata sendiri. Perlahan bait lirik Oh my darling, Clementine dilagukan walaupun instrument hujan menghentam bumi memonopoli deria pendengaran.

In a cavern, in a canyon
Excavating for a mine
Dwelt a miner, forty-niner
And his daughter, Clementine.

Sayup-sayup telinga dapat menangkap gelak tawa Younghoon di dalam rumah. Dada terasa semakin ketat. Entah apa yang dia gelakkan. Tidakkah secebis rasa bersalah hadir di hatinya selepas perlakukan aku sebegini?

Air mata tumpah lagi. Sakitnya Tuhan!

Anak di dalam perut berhenti bergerak, seolah-olah faham aku sedang berduka. Pipi yang basah turut diseka kasar dengan belakang tangan. Kedua kaki yang terkena tempias hujan dialih.

hatred.Where stories live. Discover now