0 4

88 24 23
                                    

•••

« hayeon »

6 years ago.

Aku tak mampu bergerak dari katil. Seluruh tubuh terasa berat dan berbahang, seolah-olah satu batu besar yang dilayur di atas api sedang menghempap aku. Gebar yang menyelimut tubuh ditolak sedikit. Tangan dijulur pada meja tepi katil. Pantas telefon bimbit digapai.

Dalam keadaan mata terbuka layu, aku gigihkan juga untuk text Younghoon. Berkerut dahi menahan brightness yang agak terang masuk ke kornea.

—❦︎—

11:27 pm

hahayeon
awak

hahayeon
saya rasa tak sihat sikitlah malam ni

hahayeon
boleh tak balik awal?

—❦︎—

Jam hampir menginjak 12 malam. Sebarang balasan dari Younghoon masih belum diterima. Terkial-kial aku mencapai telefon dan mencari number Younghoon semula lalu aku dail. Malangnya tak berangkat. Aku mengeluh perlahan, mungkin dia ada patient. Aku tahu Younghoon sedang on-call sekarang.

Niat untuk tidak terus menganggu lelaki itu. Akhirnya aku tarik selimut dan cuba untuk tidur. Selang beberapa minit, aku terdengar pintu dibuka dan ditutup. Melalui derapan tapak kaki, aku tahu dia maid rumah ini. Bunyi dulang diletak di meja sebelah katil sebelum satu tapak tangan sejuk singgah di dahiku.

"Puan Kim, awak demam panaslah." tutur maid yang bernama Ivy. Aku lebih rapat dengan Ivy berbanding maid lain.

Lemah aku membuka mata dan menatap Ivy. Dia sekadar tersenyum lembut lalu letakkan tuala yang sudah dibasahkan dengan air di dahi aku.

"Puan Kim makanlah ubat." pujuknya untuk kesekian kalinya. Makan malam tadi pun Ivy sendiri paksa aku makan walaupun aku tak berselera.

"Saya allergic dengan ubat demam." balasku lemah. Bukan aku berdegil.

Ivy mengeluh lemah.

"Saya call Tuan Kim ya?" pintanya prihatin. Aku mengangguk perlahan.

"Thank you Ivy." aku tersenyum tawar.

Aku lihat Ivy mencapai remote pendingin hawa lalu dia naikkan suhu sebelum keluar. Lampu sisi katil turut dia matikan supaya aku dapat berehat.

Aku paksa diri untuk tidur walaupun tak selesa. Seketika kemudian, bahuku digoyang kuat menyebabkan aku tersenyak dari lena yang tak berapa nak lena. Wajah bengis Younghoon masuk ke pandangan.

"Kenapa—"

"Aku tengah on-call kan! Tak faham bahasa ke? Kenapa kau ni suka sangat menyusahkan aku?" herdiknya tidak semena-mena.

Langsung bibirku terkunci. Lelaki itu paksa aku bangun dari pembaringan. Kasar hingga belakang kepalaku terhantuk dengan kepala katil. Strip paracetamol di atas dulang yang Ivy bawakan tadi diambil lalu dilempar ke mukaku.

hatred.Where stories live. Discover now