Rizza memerhatikan pesawat yang sedang terbang ke udara sehingga hilang dari pandangan. Walaupun bunyi kapal terbang tersebut membingitkan telinga, namun itulah yang sering kali menaikkan semangatnya.
Bergelar kapten dan menjadi juruterbang pesawat pejuang TUDM bukanlah sesuatu yang mudah tetapi itulah impiannya sejak dulu
" Kerut kerut dahi kening apa hal? Kau dahlah tak berapa kacak. Berkedut dahi tu bertambah tak kacaklah jawabnya," tegur seseorang dan serentak itu satu tumbukan singgah di bahunya.Rizza senget kan bibir. Tak perlu nak berpaling kerana dia tahu hanya ada seorang manusia yang tidak boleh tengok dia bersenang lenang.
" Kau kalau tak kacau ketenangan aku, tak boleh ke ?" marah Rizza kemudian turut membalas tumbukan di bahu lelaki yang kini sedang menayangkan sengih ke arahnya.
Zarif ihsan, insan yang sering muncul di dalam hidupnya tak kira siang atau malam. Lelaki itulah sahabat baik serta teman suka dan dukanya sedar dulu.
" Ketenangan apanya kalau tempat bingit macam ni? Kau kalau nak tenang, pergilah balik rumah. Berdengkur ke ataupun makan nasi. Wah! Heaven !" Kepala dengan rambut separa botak itu terdongak ke atas. Memandang langit dengan mata terpejam. Heaven la sgt!
Rizza mencebik.
" Kau jadi ke nak balik jenguk papa kau hujung minggu ni?". Zarif tiba tiba mengubah topik. Rizza mengangguk sekali.
" Jadi. kaklong aku bersungguh sangat. alangalang balik, bolehlah aku pergi jumpa sekali perempuan yang kononnya papa aku cinta mati sangat tu"
" Kau yakin ke memang perempuan tu jadi penyebab semua ni?"
" I don't know. Tapi kawan aku ada cakap, yang sekarang ni memang perempuan itulah yang papa aku usung ke mana mana." Rizza angkat bahu.
Dia sendiri tidak pasti sama ada yang perempuan itu ialah perempuan sama yang menghancurkan kebahagiaan keluarganya ataupun tidak. Apa yang dia pasti, itulah perempuan yang paling rapat dengan papanya swakrang ini.
Selama ini dia langsung tidak pernah berniat untuk ambil tahu siapa perempuan simpanan papanya, tetapi apabila dia dapat berita yang papa jatuh sakit disebabkan perempuan itu, dia tidak boleh berdiamkan diri. Sampai begitu sekali papa sayangkan perempuan itu sehingga sanggup menyeksa diri sendiri sebab ditinggalkan oleh kekasih hati.
Agaknya perempuan tu dah jumpa mangsa baru yang lebih kaya. Sebab itulah dia tinggalkan papa. Nur Zara Elisa, itulah nama Kekasih hati papanya.
Nur Zara Elisa...kau tunggu aku pulang.tahulah nasib kau nanti, ucap Rizza penuh dendam dalam hati.
Ya! Dia pasti pulang. Setelah hampir setahun dia tidak menjenguk Tan Sri Rahman Syah, dia terpaksa kembali. Kembali hanya kerana satu nama. Nur Zara Elisa!

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan kekasih Tapi Isteri
Action"Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang sanggup kau buat, Zara. Perempuan kelab malam macam kau ni! Dengan tubuh kau tu je la yang kau pandai gunakan untuk hidup senang." - Rizza Zara. Dia gadis yang cantik, manis dan kadangkala ada polosnya. Cuma...