Part 3

8.5K 342 12
                                    

Sebulan berlalu seperti itu sahaja. Tiada perbualan antara Naqib dan Syed. Masing ii hanya diam membisu tapi tidak dengan housemates yang lain. Naqib malah lebih mesra bersama mereka.  Syed semakin hari semakin gelisah mengenangkan Naqib seakan-akan tidak mahu bercakap dengannya. Serba salah mula menghantui Syed dari hari ke hari.

Suatu hari, Naqib terburu-buru hendak ke kelas pukul 2 kerana lewatan disebabkan hujan lebat. Dalam dia kelam kabut mengejar kelas, dia terhenti melihat sekumpulan pelajar lelaki yang berkumpul di situ dengan gelak tawa yang kuat. Tak pernah dia lihat wajah mereka di fakulti itu semenjak dia belajar di situ. Tapi dia hanya berjalan seperti biasa melewati kumpulan pelajar berkenaan.

Tiba ii langkahnya terhenti apabila ditegur oleh mereka.

"Hi jambu~" sapa salah seorang dari mereka dengan panggilan yang menyakitkan hati.

Naqib menoleh ke arah mereka.

"Excuse me? You call me what?" Tanya Naqib dengan wajah yang berkerut.

"Hi adik manis" kata seorang lagi kawan mereka sambil mencuit pipi Naqib.

Muka Naqib nampak kemerahan disebabkan marah dengan perangai mereka akan tetapi disebabkan sudah lewat, dia hanya pergi meninggalkan mereka. Namun, telinganya mendengar pelajar berkenaan berkata pasal Naqib.

Kejadian itu tidak terhenti disitu. Boleh dikatakan setiap hari, mereka akan menunggu Naqib ke kelas di tangga itu kerana tangga itu jarang digunakan oleh pelajar lain kerana terletak di hujung bangunan. Tangga itu kebiasaannya digunakan oleh pelajar ii kelas Naqib sahaja. Kejadian ini semakin menakutkan serta merimaskan Naqib setiap kali hendak ke kelas. Manakan tidaknya, kadang ii mereka mengusik ii Naqib, memegang tangannya seperti tiada perempuan di universiti tu yang mereka nak kacau.

Sehingga 1 tahap Naqib tidak ke kelas selama 3 hari kerana takut. Syed menyedari yang Naqib ponteng ke kelas pun berasa pelik dan membuat keputusan untuk siasat (githeuw siasat HAHAHA).

Pada minggu depannya, hari yang sama Naqib enggan ke kelas. Syed pun menegurnya.

"Kau tak gi kelas ke?" Tanya Syed.

"Malas" jawab Naqib ringkas.

"Engkau jangan nak mengada-ngada. Kau bangun sekarang. Pergi mandi sebelum aku yang mandikan" arah Syed.

"Eishh sibuk lah kau. Yelah ii"  Rungut Naqib namun masih menurut arahan😂.

Naqib pun bersiap dan berlalu pergi. Namun wajahnya jelas menggusarkan. Kebetulan, Syed pun ada kelas ganti di bangunan yang sama dengan Naqib. Dia mengintip Naqib dan melalui jalan yang berbeza agar tidak kelihatan.

Apabila Naqib tiba di tangga, sekali lagi dia diganggu oleh kumpulan pelajar berkenaan.

"Wah, lama tak nampak kau. Kenapa tak datang kelas last week?" Tanya salah seorang daripada mereka yang kononnya prihatin.

"Jangan sibuk lah" bentak Naqib lalu meninggalkan mereka.

"Ouh berlagak erk. Baru sem 1 dah poyo. Kau tunggu time kau habis kelas". Kata salah seorang dari mereka kepada kumpulannya dan yang lainnya hanya ketawa.

Syed yang melihatnya mula berasa marah. Genggaman tangannya erat. Dia mengambil keputusan untuk ponteng kelas ganti dan ingin menunggu Naqib.

3 jam berlalu. Naqib menjadi orang terakhir yang keluar dari bilik kuliah. Syed pula berselindung di balik tiang koridor. Sebaik sahaja Naqib berlalu pergi ke arah tangga, dia cepat ii mengekori Naqib.

Naqib terkejut melihat kumpulan pelajar tadi masih di situ. Dia hanya memberanikan diri untuk melewati mereka. Namun, pergerakan Naqib terhalang.

"Alah.. lepak lah dengan kami kejap" kata mereka

"Korang takda kerja lain ke sial?!" Bentak Naqib dengan nada yang marah.

"Woooo marah erk" ajuk mereka.

Tiba ii salah seorang dari mereka menolak Naqib dengan kuat ke dinding.

"Weh aduh apahal kau ni?!" Marah Naqib.

"Kenapa? Kau nak jerit? Jeritlah. Takda siapa dengar" kata salah seorang dari mereka.

Tiba ii tangan dan badan Naqib dipegang erat oleh mereka menyebabkan pergerakan Naqib terkunci.

" WOI LEPAS LAH BODOH!" Jerit Naqib namun tak diendahkan malah ditertawakan.

Salah sorang dari mereka mula mendekat dan menghidu dada sehingga ke leher Naqib.

"Emph wangi, jambu pulak tu. Memang jadi lauk lah" katanya.

"Naqib tak mampu berbuat apa apa. Mulutnya pantas ditekup oleh rakannya untuk mengelakkan dia dari menjerit.

Lelaki tadi terus mencapai batang Naqib dan mula meramas lembut. Naqib yang tidak mampu berbuat apa ii hanya mampu mengeluarkan air mata.

"WOI!" tiba ii jeritan Syed kedengaran di tangga. Syed dengan laju turun dan memberikan sebiji penumbuk kepada lelaki itu. Apabila lelaki itu tumbang, serta merta Naqib dilepaskan. Syed pantas menarik Naqib dalam dakapannya. Naqib hanya menangis sambil memeluk dia.

"Engkau jangan berani-berani nak kacau and usik budak aku. Siap kau aku kerjakan!" Syed memberi amaran kepada mereka yang terdiam seribu bahasa. Syed dan Naqib kemudiannya berlalu pergi meninggalkan mereka.

Di bilik mereka, Syed hanya membaringkan Naqib yang kelihatan letih namun masih menangis.

"Dah ii, kau jangan nangis. Diorang takkan usik kau lagi. Engkau lain kali bagita-" tak sempat Syed memujuk (lebih nak membebel je sebenarnya) tiba ii Naqib memeluknya. Semakin lama semakin erat. Tangisan Naqib sekali lagi membasahi pipi. Syed menyambut pelukan itu dan menggosok belakangnya.

"Terima kasih Syed. Kalau tak, Naqib taktau apa jadi tadi". Ucap Naqib.

"Dah. Kau selamat dengan aku. Aku akan jaga kau sampai bila ii" ujar Syed sambil menenangkan Naqib.

Afiq, Rais dan Haikal hanya memerhati di pintu bilik sahaja sambil tersengih mendengar kata ii Syed.

Syed sempat memberi isyarat tangan kepada mereka bertiga. Senyuman mereka bertiga tadi hilang serta merta dan hanya menggangguk faham.
.
.
.
HELLOWWW GENGS! OMG LAMA TAK JUMPA HAHAHAHHAHA.

Sebenarnya, author bosan even assignment banyak nak kena siapkan. Jadi tadaaa terhasil lah cerpen baru untuk korang. Tak minta lebih, cukup korang hit star button and comment ii sikit supaya author lebih bersemangat nak berimaginasi untuk korang. Thank you xoxo

I Got You Little BoyWhere stories live. Discover now