Part 7

6.9K 208 14
                                    

"Em Syed, siapa Aiman?" Tanya Naqib sambil melihat Syed. Riak wajah Syed berubah.

"It's okay kalau taknak jawab. Naqib tak paksa." Pujuk Naqib bila riak wajah Syed berubah.

"Kita gi tasik jom?" Ajak Syed yang jelas mengubah topik.

"Hmm buat apa?"

"Saje ambil angin petang" jelas Syed.

Naqib mengangguk setuju. Namun begitu, hatinya masih tidak puas lagi kerana soalannya tidak dijawab. Biarpun bibirnya mengatakan ia tidak memaksa, namun hatinya kuat untuk ingin tahu. Dalam 30 minit, mereka tiba di Tasik yang kelihatan agak ramai orang yang sedang berekreasi. Mereka keluar dan duduk di salah satu kerusi dan meja yang disediakan. Syed pula pergi membeli aiskrim roti coklat yang dijual di gerai berdekatan.

"Nah" pelawa Syed sambil menghulurkan Aiskrim Roti kepada Naqib.

"Wahhh thanksss" sambut Naqib teruja. Dia terus menikmati aiskrim sambil memandang sekeliling. Syed yang duduk berhadapan dengannya hanya memerhatikan gelagat Naqib.

"Tengok tu Syed, ada orang buat zumba lah" katanya teruja sambil menunjuk ke arah sekumpulan wanita yang berzumba tetapi Syed seakan-akan tidak mendengarnya dan masih memerhatikan Naqib.

Naqib pula sedar tiada sebarang respond dari Syed terus menoleh ke arahnya.

"Woi mengelamun apa?!" Tegur Naqib sehingga membuatkan Syed tersedar dari angauan.

"Scarylah Syed ni tengok ii macamni" ujar Naqib sambil menunjukkan muka seramnya.

Syed hanya rolling eyes lalu mengeluarkan tisu dari beg kecilnya dan mendekatkan muka ke arah Naqib lalu mengelap aiskrim yang comot di mulut Naqib. Naqib pula seakan-akan terkaku dengan tindakan Syed itu. Secara tidak sengaja, mukanya kemerahan.

"Aik kenapa muka kau merah-merah ni?" Tanya Syed sambil mengangkat kening kanannya.

"Ha? Aaaa.. takda pape" jawab Naqib. Lalu cuba mengalihkan pandangannya ke sekeliling.

"Naqib, kau selesa tak dengan aku?" Tanya Syed kekok. Dia tak senang duduk. Belakang tengkuknya kerap kali diusapnya.

"Ha?" Respond Naqib blur. Dia macam takleh brain kenapa Syed tanya macamtu.

"Err.. yelah aku dengan kau kan tak serapat engkau dengan budak ii ni. So, thats why aku tanya hehe" jelas Naqib kekok. Jelas senyum kerang busuknya terukir.

"Ouhh... Emmm Syed ni annoying tau. Dalam banyak ii orang yang Naqib kenal, Syed paling annoying. Hmm tapi Naqib pun memang tak kenal ramai orang sangat." Jelas Naqib penuh semangat. Riak muka Syed berubah seperti sedikit kecewa.

"But... Naqib selesa dengan Syed. Bukan setakat selesa, Naqib rasa selamat dengan Syed." Sambungnya. Jelas keikhlasan Naqib. Bukan hanya sekadar mengipas Syed.

"Eleh." Kata Syed sambil mencebik. Naqib hanya menjeling melihat reaksi Syed lalu memalingkan mukanya ke arah lain. Sebaik sahaja Naqib memalingkan wajahnya, Syed tersenyum kecil. Hatinya senang, gembira bagai tak terkata.

Jam menunjukkan pukul 6:50pm. Hari sudah mula gelap, suasana tasik pun mulai lenggang. Mereka pun bergerak pulang ke kolej kediaman.

*********************************************

"Macam mana Naqib tadi?" Tanya Rais yang sedang makan Nasi telur dngn kicap (bujang kan huhu).

"Okay. Tapi dia tanya pasal Aiman" keluh Syed.

"Pastu?"

"Aku tak jawab. Takkan nak cakap yang aku gay" kata Syed.

"Emmmm but one day kau tetap kena bagitahu. Ni mana budak tu?"

I Got You Little BoyWhere stories live. Discover now