none's POV
Boboiboy di hantar kembali ke bumi dengan tidak rela kerana dia tahu tapops lebih memerlukan dia daripada yang lain tapi tampaknya mereka tidak perlukan perkhidmatan Boboiboy lagi.
Dia tidak tahu apa nak cakap pada tok aba, dia hanya memerlukan tok aba sekarang. Sampai saja di depan rumah dia masuk ke dalam dan nampak tok aba duduk ni sofa.
"Atuk..." Panggil Boboiboy.
Tok aba bangun dan memandangnya. Mata Boboiboy membesar bila tok aba memandangnya dengan wajah yang sangat kecewa dengan nya.
"Boboiboy. Atuk dah dengar semuanya, kenapa kau khianat diaorang?" Soal tok aba.
Boboiboy tak kata apa-apa kerana terlalu patah hati dengan tok aba.
"Jadi betul la?"
"T..tak atuk... Atuk tahu Boboiboy takkan buat macam tu kan?"
"Dah Boboiboy... Atuk kecewa dengan kau." Kata tok aba lalu keluar rumah pergi ke kedai kokotiam.
Boboiboy tidak dapat berbuat apa-apa, dia hanya memegang kepala dan rasa sangat serabut dengan situasinya.
Dia naik ke bilik dan duduk di katil sambil termenung. Tanpa dia sedar air mata mengalir di pipi, dia terus menangis teresak-esak.
"You're all your own and you lost all your friends."
"Huh?"
"You told yourself that it's not you, it's them."
"Boleh diam tak."
"You're one of a kind and no one understands."
"......"
"Those cry baby tears keep coming back again."
"Diam la kau tak tahu apa-apa."
"Awww someone being cry baby...."
"Kau nak apa sebenarnya."
"Tak ada apa-apa. Aku cuma nak cakap... Kau tak penat ke? Berpura-pura baik kat depan semua orang... Kalau aku jadi kau, aku rasa aku tak sanggup mungkin akan buat diaorang lesap selamanya."
"Huh? Maksud kau?"
"Haih... Penat la cakap dengan orang bodoh ni."
"Kuaja..."
"Kau tu... Tak payah la berlagak baik dengan diaorang. Pernah ke diaorang hargai kau, tak kan? So? Kenapa kau nak terus buat baik?"
"Kau nak aku jadi jahat la ni?"
"Tak aku tak suruh kau jadi jahat. Aku cuma nak cakap stop buat baik kat orang yang tak pernah hargai kau. Even tok aba pun mula rasa kecewa dengan kau."
Boboiboy hanya diamkan diri. Dia baring lalu memejamkan mata.
****
"Boboiboy! Sini sini! Mari la sini!" Panggil seorang budak perempuan.
Tanpa kata apa-apa Boboiboy pergi ke arahnya. Dia cuba untuk melihat wajah gadis tersebut tapi tidak dapat kerena wajah nya terlalu terang dengan cahaya di belakang nya.
"Kau siapa? Kenapa kau kerap muncul dalam mimpi aku?" Soal Boboiboy pada gadis tersebut.
"Kenapa? Kau akan tahu nanti. Kau tak faham lagi ke? Ini mungkin petanda untuk kau." Jawab gadis itu.
YOU ARE READING
My Real Twin
FanfictionBOBOIBOY REVERSE EDITION Boboiboy selalu dipinggirkan oleh kawan-kawannya. Orang kampung mula menjauhkan diri daripada Boboiboy dan melupakan jasa budi baik dia pada semua orang selama ini. Begitu juga Kokoci yang cuba untuk menjatuhkan dirinya dari...