Aku mencium tangan ibu, harum baunya. "Adik pergi dulu ye ibu? Makan, jangan tak makan"
Kasut sekolah disarungkan ke kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri.
'Nervous nya, takut pula nak hantar surat perletakkan jawatan ni'
Aku menunggu kedatangan van atok sedaraku diluar rumah, beg digalas, fail sudah ada ditangan kiriku."Lambatnya atok ni!"
Aku tunggu dan terus menunggu kedatangannya. 'Hari ni aku mesti serahkan surat ni kalau tidak sampai tahun depan aku tetap jadi seorang pengawas' kata hatiku.Tugas ini agak berat bagiku kerana peluang untuk mendapatkan tugas ini sangatlah tipis bagi pelajar seperti aku. Aku perlu sentiasa kelihatan kemas, bijak dan juga berani,tetapi kesemua itu sangat bertentangan dengan diriku. Aku bukanlah orang yang pandai menjaga penampilan dan tidak pula bijak,soal berani? Ia seperti ombak, kadang ada kadang tiada. Setelah bertugas hampir 2 tahun aku memilih untuk berhenti memegang jawatan ini.
"POMM POMMM!!!!"
Bunyi hon van sudah kedengaran, aku melangkah dengan cepat sambil melambai kearah ibu ku. "BYE IBU, JUMPA LAGI!! " tiada balasan dari ibu kerana ibu kurang sihat. Aku sangat mencemburui ibuku. Walaupun kaki kanannya sudah tiada, dia tetap menjalankan tugasnya sebagai ibu, dia kuat, sangat kuat dan tabah. Dari kecil hingga besar ibu sangat kuat dan berani, aku masih ingat ibu pernah merceritakan tentang ia dicuri oleh pakciknya kerana hampir dijual oleh ibu kandungnya sendiri, mereka berdua membesar seperti adik beradik, tinggal bersama dengan Wan, nenek kepada ibu. Ibu juga belajar memasak dari Wan, segala jenis masakkan ibu pandai,kuih-muih? Kacang saja.
"KDBOMM!"
'ADUHHH SAKITNYA KEPALA AKU' kepalaku terhantuk di kerusi hadapan aku dengan kuat sekali. Ya allah, kuatnya atok tekan break'
Aku melangkah turun dari van dan mengucapkan terima kasih.
-DIKELAS-
Perasaan nervous aku makin melonjak tinggi. Tidak dapat aku gambarkan betapa lajunya jantung aku berdetak nanti ketika bertemu dengan Cikgu Rufya, sudahlah garang, ditambah lagi dengan nada suaranya yang tinggi, aduh matilah kalau surat aku tidak diterima.
Urmm aku takut jika penulisan aku terlihat selekeh dimata cikgu, bagaimana pula kalau bahasa melayu aku tidak beberapa bagus? Perkataan yang aku masukkan juga tidak begitu enak dibaca? Habislah aku, pasti cikgu akan menceritakan tentang aku ke guru-guru yang lain. Aduhh habislah aku 😣 .
-2.00 petang, waktu pulang sekolah-
"KRINGGG!!!!"
Segala perlatan ataupun buku diatas meja aku capai dan masukkan kedalam beg galas dan bergegas keluar dari kelas ke bilik guru, "harap-harap cikgu ada, kalau tidak...habislah aku"
Langkahku dipercepatkan,degup jantungku semakin laju. Tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti.
"DDUPP DDAP DDUP DDAP"
Anak tangga dituruni dari tingkat 4 ke tingkat 2. Sampai ditingkat 2 aku terlihat sosok tubuh guruku berjalan menuju ke tangga tengah, apalagi? Aku kejarlah!
"Cikgu!"
Nafasku tersangkut, terasa sesak dan panas secara tiba-tiba. Tangan aku laju mengeluarkan surat perletakkan jawatan tadi dan menyerahkan kepada Cikgu. "Eh apa ni? Buat susah-susah je, ada makan-makan ke? Jamuan ke apa?"
'Eh ...ehhhh.... eh cikgu ni..bila pula aku nak ajak dia pergi makan eyyy'
"Bukanlah cikgu,ini surat perletakkan jawatan saya" tak sangka pula,lain daripada apa yang aku bayangkan, aku fikir cikgu akan memarahi aku atau menyoal aku dengan secara terperinci.
"Ouhhh awak taknak jadi pengawas lagi tahun depan lah ni?"
"Iya cikgu, betul" senang hati aku lepas dengar reaksi cikgu Rufya.
"Ok saya simpan"
"Terima kasih cikgu, saya pergi dulu"
Hati kata lain, yang dilontarkan keluar pula lain, kenapa ni? Kenapa aku jadi begini?
'Aku nak minta maaf jikalau ada kesalahan yang aku lakukan sepanjang menjadi seorang pengawas dan berterima kasih sebab bagi aku peluang menjadi seorang pengawas tapi lain pula yang keluar dari mulut ni eyyyyy' sekali lagi langkahku dipercepatkan."Baik aku cepat kalau tak nanti atok tinggalkan eyyy"
-DIRUMAH-
"ASSALAMMUALAIKUM!"
Aku berlari masuk kerumah dan dengan ganasnya menanggalkan pakaian didalam bilikku. "ARGGHHH PANASNYA! GATAL!" dengan segera aku menyarung baju yang selesa di badan. Aku mencuci tangan dan muka bagi memastikan aku bebas dari kuman. Yelah,nak salam mak aku kan, nak peluk. Tangan aku memusing tombol pintu yang menjadi penghalang jalan antara dapur dan ruangan luar rumah untuk menuju ke peti sejuk. Ayam dan ikan dikeluarkan dan diletakkan di dalam singki untuk mengurangkan suhunya. Aku nak masak kan? Takkan nak goreng beku-beku tu? Kan?
'Kini...tiba masanya...untuk kita LARI!'
Ya, lari untuk mendapatkan ibu, bertanya khabar. "Ibu dah makan? Minum? Dah mandi?""Dah...dah...dah... ayah kau tak masak, dia goreng ikan je"
'aduh makkkk' dengan segera aku ke dapur dan mencapai tudung saji. Seperti yang dikatakan oleh ibu, memang benar, hanya ikan goreng sahaja yang ada,lauk lain tiada.
Sudah kuduga, kerana itulah aku mengeluarkan ikan dan ayam tadi. Ayah aku mana pandai memasak, kuih-muih bolehlah, goreng ikan dan buat air. "Waduhhhh"
"Adik masaklah kejap lagi, yeh?""Hmm"
Tanpa melengahkan masa lagi aku terus mengeluarkan bahan ii yang diperlukan untuk masak dan mula memasak. 'Aku pun tak tahu nak masak apa , nak masak lemak cili padi bahan tak cukup pula, nak masak ayam masak merah baru semalam masak...hmmm aku masak je lah apa yang ada...'
°
°
°
°
°
°
°
YOU ARE READING
MOON🌙
Random⚠️BASED ON A TRUE STORY⚠️ "Kau tak rasa apa yang aku rasa, jiwa aku bagai direntap macam tu je, dia separuh dari jiwa aku weh...." "KEKOSONGAN YANG ADA DALAM JIWA AKU NI TAKKAN DAPAT DIISI DENGAN KASIH SAYANG DARI SIAPA PUN!!!" "Ya allah, aku rindu...