°
°
°
°KEESOKKAN HARINYA
°
°
°"Adik jom ikut,kita pergi makan dekat luar. Siap cepat"
Tegas ayah."haii...malasnya!!!!!...." Tapi ok juga, tak payah aku susah-susah nak masak. 'Huahahhahah'
Sesudah mandi aku mencari baju yang sesuai untuk dipakai. Nak pakai baju pun susah, banyak baju yang dah tak muat, seluar pula banyak yang dah singkat. Akhirnya aku memilih untuk pakai sweatshirt berwarna kuning bercorakan kucing dan seluar track suit.
Hari ini ayah yang menyiapkan ibu, memakaikan baju dan seluar. Aku hanya perlu menyarungkan tudung dikepala ibu sahaja, selalunya aku yang menyiapkan ibu. Tapi harini ayah pula yang buat, sayang betul ayah dekat ibu.
"Jom keluar"
"Jom" balasku.
Macam biasa ayah akan membawa kami ke kedai kegemaran ibu, kedai mamak.
Dalam perjalanan ke sana, ibu asyik mengadu yang dia ada rasa sebu di dada, ibu kata mungkin kerana dia lapar. Berkali-kali ibu mengadu rasa seperti ada angin yang nak keluar dari dalam badannya.
"Sekejap ibu, sikit je lagi"
Riak muka ibu menunjukkan rasa kurang senang, seperti tengah menahan rasa sakit.
"Ibu nak makan apa?thosai?"
Hanya anggukan dari ibu, sungguh tidak larat ibu berkata-kata. Sampai sahaja ayah terus memesan thosai berkuahkan kari kepala ikan dan secawan air kopi suam.
Tunggu punya tunggu akhirnya pesanan tadi tiba. Kebiasaanya ayah akan membawa makanan kedalam kereta sebabnya ibu tak boleh turun, kaki kanannya dah tiada jadi untuk memudahkan urusan ibu. Ayah meminta izin tauke kedai untuk membawa keluar makanan.
Nasib baik tauke tu kawan ayah, dapatlah ibu makan dengan senang. Aku pula asyik bermain telefon pintar sambil makan.
°
°
°
"AAAAA KENYANGNYA!....""Tunggu jap ayah nak pi bayar"
"Hmm" aku menganggukkan kepala tanda ya.
Lama juga ayah pergi. Sambil-sambil itu aku mengintai ibu dari meja makan, ibu masih menikmati makanannya. Tetapi mukanya agak terlihat pucat.
"Dah jom balik"
Aku mengekori langkah ayah dari belakang.
"Krekk" pintu kereta dibuka
"Ibu rasa sebu lagi lah" kali ini muka ibu makin pucat.
"Tapi dah ok sikit lah"
"Hmmm..makan ubat bu"
4 biji ubat ditelan sekaligus dengan seteguk air mineral. Semoga ibu cepat sihat. Rindu nak tengok ibu marah aku macam dulu.
"Jom jalan-jalan" kata ayah.
"Nak kemana?" Balas ibu sambil memandang aku.
"Jalan jelah" tambah ayah lagi.
Kami bertiga meluangkan masa selama setengah jam memusing 1 kampung. Tiba di satu selekoh, ayah berhentikan kenderaan. Terlihat sebuah truck yang menjual buah-buahan seperti buah ciku, buah mata kucing dah buah pisang.
YOU ARE READING
MOON🌙
Acak⚠️BASED ON A TRUE STORY⚠️ "Kau tak rasa apa yang aku rasa, jiwa aku bagai direntap macam tu je, dia separuh dari jiwa aku weh...." "KEKOSONGAN YANG ADA DALAM JIWA AKU NI TAKKAN DAPAT DIISI DENGAN KASIH SAYANG DARI SIAPA PUN!!!" "Ya allah, aku rindu...