BAB 82

9.7K 579 120
                                    

Leo menanti penuh sabar ketibaan Zahra dan Azka. Leo mengenakan suit hitam dan berdiri dihadapan pintu ketibaan.

Ada mata yang memandang dia pelik. Tapi dia tetap dengan wajah tegangnya.

Dalam dia menunggu tiba-tiba bahunya dirempuh.

" Eh! Maaf Encik, saya tak sengaja. " Baru sahaja Leo ingin memarahi perempuan itu tapi segera terbatal niatnya.

Raut wajah yang lembut itu menyapa pandangannya. Sejuk matanya memandang wajah manis itu.

" Encik? Hello.. " Erika melambaikan tangan dihadapan wajah Leo.

" Eh! Tak apa..lagipun tak sakit kat sini. " Leo memicit bahunya sendiri.

" Ha? Encik sakit kat mana? Kuat ke saya langgar tadi? " Erika sudah panik.

" Sakit kat sini. " Tangan Leo beralih kedada sendiri. Erika tergamam.

" Mestilah kuat awak langgar, tak akanlah sampai hati saya terjatuh. " Lagi terkedu Erika mendengar pickupline Leo.

Lelaki yang segak dan bertubuh sasa ini sudah buatkan dia tersipu malu.

" Leo Shahrill.. " Leo memperkenalkan dirinya dengan menghulur salam.

" Erika Shazrina. " Erika menyambut dan bersalam dengan Leo.

" Oh..sedap nama. " Puji Leo.

" Saya minta diri dulu ye Encik Leo, saya ada urusan yang perlu saya lakukan. "

" Oh, silakan. " Leo menganggukkan kepalanya.

" Leo!! " Telinganya menangkap suara Zahra. Laju sahaja kepalanya menoleh kearah suara itu.

" Zahra!! " Leo berlari kearah Zahra.

Baru sahaja Leo ingin mendakap Zahra, satu benda keras sudah terketuk dikepalanya.

" Aduh! " Dia meninjau muka Azka yang memandangnya dengan tajam.

Zahra tergamam. Tak sangka Azka ketuk Leo dengan palang hitam ditepi mereka. Kuat gila dia angkat palang tu.

" Kau nak buat apa dekat Zahra? Peluk? "

" Heh! Tengku Azka Atif! Menghilang dah lama, muncul dengan sekelip mata! Nak peluklah! Bakal Puan Muda kan? " Leo menepuk-nepuk bahu Azka.

Zahra menarik hujung baju Azka untuk menyuruh Azka letakkan semula palang hitam itu.

" Kerja semua dah settle? " Muka bengis itu kembali mendatar.

" Mestilah! Ini Leo Shahzrill, sekali petik kerja semua settle! " Leo membetulkan kolar bajunya.

Matanya beralih kearah Zahra.

" Selamat pulang Zahra Radhia ke tanah air. " Leo menundukkan kepalanya.

" Terima kasih Leo. "

" Tak yah gedik! Ambil barang aku, bawa kat kereta. " Arah Azka. Matanya mencerlung kearah Zahra.

Zahra dan Leo berpandangan. Aik?

" Dia suruh siapa? Zahra ke Leo? " Bisik Zahra.

" Akulah kot! Kau kan bakal bini dia, mana boleh bawa barang-barang dia. "

" Leo! Belikan aku Starbucks. Aku tunggu dalam kereta. " Azka menghulurkan kad kreditnya.

" Lah..kau suruhlah Zahra beli, aku nak angkat beg ni. "

" Itu biarkan si Zahra yang angkat! Kau pergi beli Starbucks. Aku haus! " Azka meninggalkan dua orang yang terkebil-kebil menghantar langkahnya.

Zahra mengeluh. Haih, tadi beria nak bawakan beg. Zahra melenggang sahaja tadi. Ini sudah bertukar pula. Azka yang melenggang, dia yang kena bawa semua barang.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now