BAB 13

937 57 6
                                    

'I like your girl'

Martin memandang lama nota kecil yang berada ditangannya sekarang. Sempat Dia capai sebelum masuk ke dalam perut kereta. Dia menggertap gigi sekuat hati sehingga menghasilkan bunyi.

Marah itu yang dirasakan sekarang. Martin meraup perlahan rambutnya ke belakang. Hoodie hitam yang terpasang pada badanya menambahkan lagi kekacakan dirinya. Dia baru sahaja keluar dari pejabat dan ingin pulang ke rumah.

Sempat Dia mandi terlebih dahulu tadi. Fikirnya boleh terus pulang ke rumah dan merehatkan diri. Tetapi apabila melihat nota itu tadi Dia menguburkan sahaja niatnya.

Otak ligat memikirkan siapakah gerangan yang menghantar nota kecil ini. Musuh. Ya musuh. Tapi musuh lama atau ada musuh baru yang nak menunjukkan taring.

"Sial! Kau nak main dengan aku kan. Ok Aku tunggu bitch." Gumam Martin sendiri dengan senyuman sinis tersungging dibibirnya.

Dia meletakkan nota itu ke dalam dashboard setelah mengambil beberapa keping gambar. Enjin kereta di hidupkan lalu meluncur laju membelah jalan raya yang sunyi itu.

Sampai sahaja di markas dia menuju ke bilik latihan. Entah mengapa badanya terasa untuk dimanjakan dengan senjata dan kekerasan.

Teguran daripada anak buahnya hanya dibalas dengan sedikit anggukkan. Sempat juga Dia berpesan untuk mengarahkan kawanya yang lain pergi ke bilik latihan segera.

pintu yang berada di penjuru bilik itu dituju. Bilik yang mempunyai robot-robot yang digunakan sebagai lawan mereka. Mempunyai pelbagai tahap daripada yang biasa sehingga ke tahap paling berbahaya.

Martin mula memanaskan badan dengan bermain senjata terlebih dahulu. Pistol sign 250 dan rope dart menjadi pilihanya. Skrin kecil yang berada di tepi bilik dituju.

Robot dengan mempunyai tahap paling berbahaya menjadi pilihan hati. Kuantiti juga ditetapkan dengan 5 robot menjadi lawanya.

Dia pandang ke arah kaca besar apabila terdengar suara yang agak riuh rendah. Kaca itu digunakan sebagai memerhati anak buah mereka sewaktu berlatih.

4 jejaka jalan bersama dengan diiringi dengan lawak bodoh salah seorang daripada mereka. Siapa lagi kalau bukan Danny kan. Kalau masuk raja lawak mega tapi kalah mesti kena reject daripada jadi member terus.

Martin hanya perhatikan gelagat mereka yang tak semenggah. Butang mula ditekan dan Dia bergerak ke tengah apabila robot-robot itu sudah bersedia.

Perbuatan mereka tadi terus terhenti apabila bunyi yang terhasil daripada perlawanan itu berjaya menarik perhatian mereka.

"Weh aku tak mimpikan? Cuba kau tampar aku." Kata Haziq.

Pang!

Akhirnya tamparan itu berjaya dibuat oleh Zack. Uishh berbisa cui rasa nak patah pun ada kepala ni.

"Kau dah kenapa Zack!" Suara Haziq naik seoktaf.

Zack? Masih dengan muka selambanya. "Tadi kau suruh tampar kan aku bagilah. Nak marah kenapa? Nak kena lagi sekali?"

"Tak payah lah nak tampar betul-betul. Gurau tahu gurau? Kalau tak boleh bergurau baik mati je. Aku cakap macam tu sebab dia tu jarang nak turun sekali. Faham?" Marah Haziq dengan nafas yang naik turun.

"Itulah selalunya Dia tahu nak mengarah je. Penat titew ni tau." Ujar Danny sambil mengesat air mata palsunya.

"Alalalala kesian anak mama ni ya. Sini peluk mehh, mama kiss sekali ehh."

MASIH ADAKAH JODOH KITAWhere stories live. Discover now