BAB 14

633 44 0
                                    

Tok! Tok! Tok!

Ketukan di pintu membuatkan Raisya mengangkat kepalanya.

"Masuk!"

Pintu dikuak daripada luar dan tersembul wajah pembantunya di pejabat ini.

"Emm Bos maaf ganggu." Ujar Najihah. Takut kalau mengganggu. Bos ni bukanya boleh kalau ada orang ganggu.

"Hmm. Tak pun." Jawab Raisya. Walaupun faktanya sangat mengganggu. Waktu sekarang ni tengah banyak kerja tapi waktu ni jugalah banyak gangguan. Tiba-tiba jadi popular tak tentu pasal.

"Encik Martin dah tunggu dekat luar. Dia kata nak jemput Bos."

"Dia ada cakap ke kenapa?"

"Emm...katanya nak bawa bos pergi butik ambil baju kahwin nanti."

Keluhan dilepaskan. Pelik pun ya juga, baru bincang 2 minggu lepas majlis berlangsung akhir bulan 4. Baju pun baru tempah masa tu. Habis tu kenapa awal sangat nak ambil baju. Dah siap ke? Tapi awal sangatkan?

"Ikut je lah aku, kau termenung apa lagi dah nak waktu lunch pun pergi je lah."

Tersentak Raisya apabila terdengar suara garau itu. Dia mengalihkan pandangan ke arah pintu, kornea matanya melihat Martin bersandar sambil menyilangkan tangan di dada.

Dia tersenyum kecil tetapi tidak lama. Matanya tertancap pada tangan Martin yang masih kemerahan. Jelas itu adalah luka, nak kata baru tapi macam dah elok. Nak kata dah lama tapi merah lagi.

"Ya Allah. Apalah yang kau buat sampai macam tu sekali lukanya Martin. Aku pula yang risau haishh." Getus hati kecilnya.

"Haih.. dah habis tenung aku? Cepatlah kau nak kahwin ke tak?" Hanya nada dingin yang kedengaran.

Dengar sahaja teguran itu Raisya menjeling sekilas dan mengemas barang-barangnya. Sekarang macam dah terbalik je. Martin atau Raisya yang tak sabar nak kahwin ni.

Martin hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah bakal isterinya itu. Comel pun ada tapi dia juga tersentak. Disedarkan masa lalu adalah perkara yang amat menyakitkan.

Dia cuba untuk menerima kehadiran wanita itu tetapi masa lalu itu mengajar untuk dia lebih berhati-hati. Masih terdapat dinding besar yang menghalanginya.

"Dah jom." Ajak Raisya setelah dia selesai.

"Kejap." Jawab Martin.

Raisya memandangnya pelik apabila dia menuju ke arah meja Najihah

Tok! Tok! Tok!

Meja Najihah di ketuk. Terkaku Najihah apabila melihat Martin berada dihadapanya.

"Excuse me." Martin memetikkan jari dihadapan muka Najihah apabila tiada sahutan daripadanya.

Terkedu. Malu.

"Ah..err ya Encik Martin. Ada yang boleh saya bantu?" Tergagap-gagap dia menjawab. Muka tak usah dikata lagi dah macam tomato menahan malu.

Martin hanya beriak biasa. Wajah dingin dan beku serta pandangan kosong sahaja dia berikan.

"Bos kau tak masuk lepas lunch."

"Ehh tapi bos ad..."

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Martin sudah mencelah.

"Cancel kan semua." Tegas sahaja suaranya. Pantang betul bila orang banyak tanya ni.

Najihah terlopong dan memandang ke arah Raisya. Hanya anggukan yang dia dapat sebagai jawapan. Bos dia ni pun macam lembu kene cucuk hidung ikut je bakal suami ni.

MASIH ADAKAH JODOH KITAWhere stories live. Discover now