Part 1

4 2 0
                                    

Angin bayu-bayu bahasa menampar lembut di kulit wajahnya
yang lembut bak sutera putih.Kaki perlahan-lahan melangkah ke depan tanpa arah tuju.

Dirinya umpama roh tidak bernyawa.Hanya jasad sahaja yang bergerak mengikut rentak hatinya.

Pemikiran hilang serta merta.Dirinya hanya melangkah satu demi persatu.Hirauan orang ramai memekik ke arahnya tidak dihiraukan.

Dia sunyi.

Dia keliru.

Ya.Dia seperti tiada teman hidup

Hanya berjalan-jalan ke depan.

"Elena..tolong bertahan..abang akan tolong Elena.."

Elena kaku memandang kakinya yang kaku tidak bergerak.Kepalanya berpinar.Darah merah likat mula mengalir di kepalanya.

"Abang..Elena tak nak...Elena nak dengan abang.."

Elena menangis teresak-esak di dalam dakapan sang jejaka tersebut kepalanya yang semakin berdenyut dihiraukan.Hanya satu yang dipikirkan.

Dirinya hanya mahu berdekatan dengan sang jejaka tersebut.

"Elena,dengar cakap abang.Ini untuk kebaikan Elena."
Jejaka itu menyapu air mata yang mengalir di tubir mata Elena dengan ibu jarinya.

Elena menggelengkan kepala.
"Tak nak..hshs Elena tak nak jangan tinggalkan Elena a..abang,"

Jejaka itu hanya tersenyum manis memandang wajah Elena.Jejaka itu perlahan melepaskan dakapan yang erat itu.Bayangan sang jejaka itu makin menghilang ditelan cahaya..

"A..abang..jangan abang..Abanggg!!!"

"Cik,bangun cik.."

Elena perlahan-lahan membuka mata .Silauan cahaya memancar di wajahnya.Panggilan dari seseorang itu mengamit pandangan itu.

"Cik okey?ada sakit dekat mana-mana?"

Elena hanya diam seketika.Hatinya  ingin berbicara tetapai mulutnya bagaikan digam.

"Baiklah cik ,saya akan merawat cik tidak lama lagi.Tapi sebelum tu cik ada alami sakit kepala dan muntah-muntah?"

Elena hanya menggelengkan kepala tanda menidakkan kata doktor yang merawatnya itu.

"Apa yang berlaku sebenarnya?"

Doktor itu terdiam seketika.Tangannya yang mencatat sesuatu yang penting di dokumen berhenti apabila mendengar bait bicara yang dilontarkan pesakit yang dirawat itu.

"Cik tak ingat?"

Apa yang telah terjadi sebenarnya?Elena hanya diam.Dia tidak ingat apa yang telah terjadi kepada dirinya.

Dia buntu.

Dia memejam mata.Bayangkan mimpi tadi masih samar-samar di fikiran.Dia memegang kepala apabila sakit di kepala mula menjengah.Semakin dia mengingati mimpi itu semakin sakit di kepala serang bertubi-tubi.

Elena mengetuk kepalanya sendiri berkali-kali.Kalau dilihat pandangan pada orang luar seperti orang gila lagaknya.

Kenapa??Kenapa dia tidak dapat mengingati mimpi itu????

Air mata mula mengalir di pipinya.Berasa dirinya tidak berguna di kala bergini.Hatinya memberontak.

Pernafasan tidak sekata.Tercungap-cungap mengatur nafas diselangi tangisan sendu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

A Million Of DandelionsWhere stories live. Discover now