02 '

28 0 0
                                    

Setiba sahaja di padang , aku meletakkan fail yang berisi dokumen pindah sekolah di atas meja batu yang disediakan di tepi padang. Aku menikmati pandangan sekolah baru dari kawasan padang , em boleh tahan luas juga sekolah ni ek , silap hari bulan boleh kurus aku HAHA. 

" murid baru ke ? " suara lembut yang menyapa aku dan memberhentikan lamunan aku tentang sekolah .

 Aku menoleh ke arahnya , kelihatan seorang cikgu yang kelihatan ayu melontarkan senyuman sambil mengelap peluh yang ada didahinya . aku perasan ada nametag yang bertulis LIZA  bergantung pada tudung cikgu itu . 

" erk , haah cikgu . " balasku.

" oh , masuk kelas mana ? 3E atau 3F ? " soal cikgu liza .

" kelas 3F. cikgu , kelas 3F kat mana sebenarnya ? " tanya aku kepada cikgu liza . yelah dari tadi dok jalan sana jalan sini pastu tak jumpa kelas 3F , cikgu yang bagi tunjuk jalan tadi tu pun biarkan aku cari kelas sendiri . haih hari pertama sekolah pun dah cengini , pewnat aque .

" kelasnya kat depan tu haa , tingkat 3 selang satu kelas " sambil cikgu liza menunjukkan kelas yang bakal aku duduki nanti bersama kawan baru . 

blok sini rupanya kelas aku , punya sesat sampai blok lain . tapi best juga , kelas ni berhadapan dengan dewan and padang . time rehat boleh ambil angin kat depan kelas , alang-alang tu cari pakwe tiber hehe .

" ouhh , situ rupanya kelas 3F . terima kasih cikgu " aku membongkokkan sedikit badan sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada cikgu . tak lama kemudian , cikgu Liza pun sibuk melayan karenah murid yang berada di padang .

aku melontarkan semula pemandang ke arah padang yang luas , dah macam mini stadium pun ada aku tengok . tetiba rasa hiba dan rindu dengan suasana di sekolah lama , kalau masa macam ni mesti aku tengah kacau hafsah eish rinduuu . takpelah balik nanti aku whatsapp dia bebanyak hehe.

tengah syok mengelamun , aku perasan sekumpulan lelaki yang berada di dewan asyik melihat ke arah aku , well aku tau aku pretty tapi rileklah , nanti aku bagi tandatangan setiap sorang satu HAHA. sambil-sambil tu terdengar juga perbualan dari kalangan pelajar .

" budak baru doh , dari sekolah mana tu ? "

" eh kau kenal ak dia tu , dia en bakal classmate kau "

" macam pendiam je budaknya "

tu jelah yang sempat aku dengar , selebihnya aku malas nak melayan . baik duduk mengelamun takpun baca buku sikit , acah je . btw aku bukan pendiam , cuma ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru , kawan baru , cikgu baru , ha semualah baru . tak tahu apa nasib aku nanti kat kelas , classmate jenis macam mana ek ? huaaaa takutnyaaa.

" budak baru kelas 3F ke ? " haih siapa pula yang tegur aku ni , tengah syok bermonolog sendiri ni . aku melihat ke arahnya . budak perempuan yang berkaca mata dan bernametag yang bertulis FATIMAH . " haah , kenapa ye ? " balasku kepadanya.

" hai , awak 1 kelas dengan kitaorg . nanti lepas waktu rehat , awak duduk sebelah saya tau . " katanya sambil menunjuk ke arah budak perempuan yang bakal 1 kelas dengan aku . " ouhhh , okeh . eh jap , dah masuk waktu rehat ke ? baru kul 9.30 kot " tanya aku sambil melihat ke arah jam tangan .

yelah , dia macam culture shocked . selalunya rehat kul 10 gitu , pastu sampai sini kul 9.30 . ke diaorang nak mengajar aku ponteng kelas ? " eh, kat sini form3 rehat awal . kitaorang tak campur dengan form4,5 sebab takut kantin full + sesak. " explain dia tentang waktu rehat di sekolah ni . aku tanya membuat gaya ' O ' sahaja , sebagai tanda faham dengan apa yang dijelaskan olehnya .

tanpa membuang masa , aku pun mengalas beg sambil memegang fail dokumen dan mengikuti mereka pergi ke kantin. sepanjang perjalanan tu , akuhanya senyap sambil melihat kearkaban diaorang as 1 kelas , agak jeles disitu sebab kat sekolah lama aku tak berapa gaul sangat dengan classmate . well majoriti bangsa yang paling banyak kat sekolah lama aku adalah budak cina , so boleh dikatakan dalam kelas tu budak cina lagi ramai berbanding budak melayu , like 1 kelas ada 30 pelajar and 5-7 murid melayu , 1-3 murid india and selebihnya cina . so disebabkan aku reti bahasa cina , jadi aku bergaul dengan budak cina jelah

" kau dari sekolah mana ? smk simpang renggam ke ? " tanya salah seorang dalam kumpulan . mungkin mereka sedar yang aku dari tadi diam , so mengajak aku ikut sekali borak bersama.

" erk , dari smk yong peng . sekolah tu daerah batu pahat ." balasku . aku melihat mereka yang mengangguk menandakan faham apa yang aku sampaikan tadi .

-tbc-

CLASSMATE .Where stories live. Discover now