habis aku disoal siasat dengan sekumpulan budak perempuan ni , haih nasib classmate , kalau orang lain dah lama aku sumbat selipar jepun kat mulut. memacam soal yang ditanya sepanjang perjalanan menuju ke kantin. antaranya ,
" kat sekolah kau ade berapa kelas? "
" srs lah budak cina ramai macam tu dalam 1 kelas ? "
" kau pindah sebab apa ? "
dan lain-lain lagi , jem memori otak aku nak ingat bebanyak soalan dari diaorang ni . pewnat makcik melayan karenah budak zaman sekarang.
punyalah borak tak ingat , tetiba dah sampai depan koperasi . diaorang semua beli roti , biskut dan air kotak . tanpa membuang masa , aku pun ikut sekali beli air oren dengan roti gardenia yang enak dimakan begitu sahaja . aku hanya mengikut jejak mereka yang makan di depan koperasi .
cantik betul , depan koperasi ada 4 buah meja dengan kerusi yang diperbuat dari batu dan di tengah ada sebuah rak yang penuh dengan penghargaan . memacam penghargaan ada dalam tu , aku melihat 1 per 1 dari jauh . em not bad sekolah , bukan takat penghargaan je dia tayang , muka budak-budak batch lain yang dah ada kerjaya pun ditayang sekali . auw so sweet , saranghae . eh jauh sangat melencong ni haha.
terdetik dalam hati , kenapa kita semua makan kat sini ? padahal kat depan tu dah ade kantin . aku pun mula menanya kepada mereka . " erk wei , kenapa korang tak makan kat kantin ? ke korang selalu lepak sini time rehat ? " soalku .
" kitaorang memang jarang pegi kantin , kekadang makcik kantin masak tak sedap plus susah nak cari tempat duduk . so sebab tu kitaorang time rehat selalu lepak sini . " balas salah sorang dari mereka . budaknya agak chubby , comel-comel gitu hehe dan dia mengelarkan dirinya sebagai Aina. " ouh gitu , pengawas tak marah pulak makan kat sini ?" tanya aku kembali .
yelah , sebab selalunya time rehat macam ni memang tak benarkan pelajar berada dikelas , koperasi semuanya . yang diaorang tau , pelajar time rehat makan minum kat kantin sahaja.
" sebelum pengawas sampai , kitaorang dah cabut dulu ." jawab aina dengan gaya swagnya . amboi , kemain ye kau senah . aku hanya mengiakan semua jawapan yang diberikan tadi sambil tu aku menghabiskan sisa air oren dah roti dan buang ditempat yang sepatutnya . hari first day sekolah ni , kena tunjuk ayu baik apa semua . tengoklah nanti sebulan dua , jahanam .HAHA
KRINGGGG ----
loceng pun dah berbunyi , kami pun pulang ke kelas memasing dan aku pula mula termenung . okey ke tak ek classmate yang lain ? diaorang akan buli aku ke tak ? perasaan takut , risau semuanya mula menghantui diri . takut kawan yang tak boleh terima kehadiran orang baru .
aku hanya mengikut merek dari belakang , sambil melihat persekitaran sekolah . boleh tahan juga sekolah ni , but nevermind lah .
sepanjang perjalanan menuju ke kelas , aku hanya mampu mendiamkan diri . nak hilangkan nervous , takut, gusar yang ada kat kepala ni . rimas lelama , elak aku menjerit nak balik je .
akhirnya , aku sampai ke kelas 3F . kelas ini akan aku duduki sehinggalah tamat tingkatan 3 , semoga semuanya baik-baik sahaja , aamiin . aku hanya mampu menundukkan pandangan dan mengambil tempat disebelah fatimah .
aku meletakkan beg dan menyimpan fail di bawah meja . aku melihat didepan aku ada 2 budak perempuan yang sedang senyum sambil menatap aku . aku membalas senyuman mereka .
" hai , hehe ? " aku menyapa mereka dengan perasaan malu . apa masalah aku ni , dengan perempuan pun malu macam nampak jodoh . risau ye .
" hai , budak baru en ? " jawab salah sorang dari mereka . budaknya pendek comel dan cubby , aku perasan nama yang ada dinametagnya " ELLINA "
" haah , hee " jawab aku sambil tersengih . budak yang berada disampingnya hanya tersenyum melihat gelagat aku yang malu itu . dan dia bernama Sorfina , tinggi sedikit dari aku and putih you allssssssss .
tempat duduk aku terletak dibahagian belakang and berhadapan dengan pintu . 1 group ada 4 orang , aku harap korang faham dengan apa yang aku sampaikan lol. belakang pulak ada 5 buah meja yang disusun melintang menghadap ke papan putih . segitu sahaja kedudukan kelas yang mampu aku tafsirkan .
-tbc-
YOU ARE READING
CLASSMATE .
Non-Fictioncerita ni based on pengalaman aku sendiri bila bertukar ke sekolah baru , dimana majoriti terdiri daripada pelajar melayu yang ramai . macam cutured shocked gituw syukur , dapat classmate yang baik and friendly . dengan adanya mereka , aku dapat mer...