𝑆𝑃𝐸𝐶𝐼𝐴𝐿 𝐼𝐼

1K 72 20
                                    

Di pagi hari yang tenang lagi indah... ehem silap. Tengah hari dah ni.

"Yayang! Mane baju abang? Lamenye yayang culik dia" jerit Zul dari bilik tidur mereka.

Ada nak keluar pergi mana - mana ke pun diorang ni? Jangan tanya saya. Tanyalah diorang sendiri. Hehe

"Sekejap lah sayang nak iron ni. Banyak pulak kedut dia ish. Sabar jap boleh ?" Hana sedang bertarung dengan kedutan di baju kemeja milik Zul.

Nasib baik ada spray magic. Sembur 2-3 kali je lepastu iron and tadaaa hilang kedutan degil sedegil nyamuk aedes.

"Ibu lama lagi ke? Abang rasa macam nak membuang lah bu" kata Hariz yang jalan dah macam Pingu si Penguin.

Terkepit kepit dia berjalan. Selalu normal je. Berjangkit perangai pelik mak dia ke? Taktaulah kite

"Lahh dia ni. Pergi suruh ayah teman. Ibu nak iron baju ni. Sikit lagi nak siap" arah Hana

Terkedek kedek Hariz berjalan masuk ke dalam bilik tidur Hana dan Zul. Member dah tak tahan tu. Makan apelah sampai teruk gitu jadinye ha.

"PERGHH. HARIZ HAZREEQ ! BUSUK LAH BILIK AYAH NANTI!" jerit Zul dari dalam bilik.

Hana yang baru sahaja selesai iron baju mereka sekeluarga terus berlari ke bilik. Nasib tak tercicir baju yang dia bawa tu. Kalau tak menangis lah dia nak iron balik.

"Benda ape abang ni dok terjerit ni?" soal Hana setibanya di pintu bilik.

Belum sempat Zul menjawab soalan Hana. Dia terlebih dahulu terhidu bau yang agak lain macam itu. Sah dari anak dia.

"HAZREEQ! Why so smelly ni? Busuk lah. Ya ampun anak ku" kalini giliran Hana pula menjerit.

Hariz keluar dari toilet yang berada dalam bilik tidur tersebut. Dia boleh berjalan dengan lagak yang bersahaja. Innocent je muka dia. Bapak lah.

"Sorry lah tadi abang tak tahan sangat. Terkentut sikit sebelum masuk dalam toilet hihi" kata Hariz menyorok dibelakang pintu bilik.

"Bau macam bangkai biawak. Tadi flush tak tu?" perli Zul

"Mestilah sudah. Mane baju Hariz bu?" soal Hariz

Hana memberi baju Hariz kemudian menyuruh dia menukar pakaian sendiri di dalam biliknya. Hana ada hal sikit dengan Zul. Haipp jangan fikir lain.

"Nah abang pakai dulu baju ni. Sayang nak spray air freshener lebih sikit. Busuk betul anak abang tu kentut" perli Hana

Zul yang sedang ralit memakai baju terkedu. Haik? Yang buruk je aku. Heh bertuah punya bini. Nasib sayang bini.

—————————————————————————-
"Ha sampai pun. Ingat tak jadi datang tadi" kata Dina sambil memeluk Hana

Peluk macam dah berpisah 10 tahun. Kemain erat lagi pelukan diorang. Drama je lebih. Hempok dua - dua satgi baru tau.

"Sorry lah lambat sikit. Hariz sakit perut tadi" kata Hana sambil menunjuk ke arah Hariz.

Amboi anak jantan sorang ni. Kalau keluar je mesti berkepit dengan ayah dia. Dulu bukan main lagi bermusuh. Sekarang? Dah berbaik ke? Ha tunggu lah nanti. Ada masa dia.

Lupa pulak nak bagitau. Sebenarnya mereka menghadiri majlis sambutan hari lahir Hafiz. Of course lah buat dalam dewan. Mane muat nak buat dekat rumah dia.

Family dah confirm ramai punya. Dengan member dia lagi haa mesti nak jemput semua. Nasib baik lah ada special place untuk member rapat like kitorang ni.

Even datang lewat sikit tetap dapat meja. Tak perlu meliar cari meja untuk duduk.

"Ibuu. Abang nak main dengan diorang dekat sana boleh?" soal Hariz meminta kebenaran dari Hana untuk bermain di tempat permainan khas untuk kanak- kanak.

Crush Si Suamiku Where stories live. Discover now