Kisah cinta dia. Kisah yang menghiburkan aku. Terlalu banyak kisah baru. Tiada satu pun akan berkekalan. Atau lebih tepat lagi kisah yang terlakar sememangnya akan berakhir sedari awal lagi. Mustahil akan berakhir di jinjang pelamin.
Dia boleh kugelar overbearing president. Mahu dikatakan buaya tembaga, sukar untuk diterjemahkan bila dia sentiasa membawa watak yang serius, dominan dan diktator. Jauh sekali untuk bertindak seperti buaya yang bijak memikat hati gadis.
Yang aku tahu dia tidak suka menyemakkan kepala dengan onar si gadis yang punya banyak permintaan. Atau lebih tepat lagi mudah jemu. Jemu melayan gadis-gadis yang sibuk meminta itu ini bila menyangka diri sudah mendapat tempat di hati seorang peneraju syarikat.
Aku sebagai pembantu kanannya, adakala terpaksa menjawab bagi pihaknya pula. Mujur sahaja aku tidak punya paras yang indah. Kalau tidak mungkin aku akan dianggap sebagai pihak lawan mereka pula.
Cemburu perempuan boleh kuanggap mengerikan. Bukan tiada kisah bertarik rambut terjadi di hadapan mataku kerana dia. Bukan sekali. Malah banyak kali. Sampaikan aku pun sudah lali. Dia pula sudah terlebih lali. Memandang tanpa berkelip dengan senyum sinis di bibir. Berpeluk tubuh seolah yang menjadi isu pergaduhan itu bukan dirinya.
Seringkali rasa simpati bercambah di hati pada gadis-gadis yang sanggup memijak maruah sendiri demi dia. Tidak tahu menghargai diri hanya untuk menggoda lelaki yang belum tentu sanggup membalas rasa yang sama. Haish.
"Stupid!" Kutukan terletus di bibir tanpa sedar.
"Huh?" Dia mengangkat wajah dari menilik laporan. Mencerunkan mata padaku. Mempersoalkan kutukan yang keluar di bibirku.
Aku pantas menggeleng. Laju menidakkan. Sungguh aku tidak mengutuknya.
Bila aku menidakkan, dia tidak cuba menyiasat dengan lebih dalam. Kembali menilik laporan di atas meja. Membawa imej overbearing president. Handsome. Buat aku sesekali terleka memandang.
Apa salahnya mencuci mata bila punya lelaki kacak di sisi, bukan? Memandang tidak luak pun!
P/S: Sudi-sudikan la tinggalkan vote dan komen anda untuk menambahkan kerajinan Muna to update this story. Thank you.🤪
YOU ARE READING
KISAH CINTA DIA
RomancePLEASE TAKE NOTE! THIS IS FREE READ. MINIMUM SEMINGGU SEKALI MUNA AKAN UPDATE DI WATTPAD. STAY TUNED! PLEASE DROP UR KOMEN & VOTE. LAGI RAMAI VOTE & KOMEN LAGI CEPAT MUNA AKAN UPDATE.❤️ Overbearing president itu sahabat baik aku. Sejak dulu lagi ak...