"Baby... kenapa jalan laju sangat?" soal dia separuh mengusik.
"Shut up!" deramku bengang.
Dia memang sengaja mahu menjadikan aku mangsa kekasih yang cemburu. Memanggilku begitu mesra. Kalau didengari si Rissa kekasih 3 bulan dia bagaimana?
Sungguh aku malas diserang tanpa sebarang usul periksa. Aku dan dia sudah seperti adik-beradik. Atau pun saudara kembar tidak seiras. Membesar bersama sedari kecil.
Imej dia masih pakai lampin pakai buang pun masih segar dalam ingatan. Siapa suruh ibu dia seronok benar tayang gambar dia di hadapan mata aku ni. Ish... Ish... Ish...
So cute!!!
Saat dia masih pakai lampin pakai buang, aku tentu sahaja melalui keadaan yang sama. Malah selalu sahaja aku dan dia bertentang mata di dalam keadaan yang sama.
Mujur sahaja aku belum lagi mampu menyimpan memori ketika itu. Jika tidak harus tak sanggup aku muncul di hadapan mata dia, menjadi sahabat baik hingga ke hari ini. Memalukan.
"Don't rush," larang dia seraya meraih pergelangan tanganku. Dicengkam erat Menghalang aku berjalan seperti lipas kudung.
"I lapar," tingkahku memberi alasan.
Dia hanya menjongket kening dengan jawapanku itu. Jelas tidak percaya.
Deringan telefon bimbit mematikan langkah dia. Langkahku turut terpaksa dimatikan memandangkan pergelangan tanganku dijadikan harta dia.
Aku memuncungkan bibir melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit dia.
Rissa!
Nama yang disimpan tidak langsung bernada istimewa. Seolah teman biasa. Bukan gadis yang dianggap kekasih.
Aku tergeleng kecil. Simpati ingin kuhulur buat gadis yang menginginkan perhatian lelaki seperti dia.
"I pergi lunch... with my baby," beritahu dia mengerling ke arahku.
Urgh! Dia sememangnya sengaja. Sengaja mencari musuh untuk teman baik sendiri. Damn it!
Entah apa yang dibicarakan oleh gadis di hujung talian. Yang pasti tiada bicara manis yang diungkap. Pasti berapi.
"She's my baby. My only baby. You patut tahu tentang betapa pentingnya dia dalam hidup I."
Tegas nada dia mempertahankan kedudukan aku di dalam hidup dia.
Oh, so sweet!!!
Kekasih mana yang dapat menahan sabar bila mendengar teman lelakinya menganggap gadis lain terlalu penting. Tiada.
"You tak patut buat your girl macam tak penting dalam hidup you," tegurku geram bila dia menamatkan talian. Tidak lagi sudi berbicara dengan kekasih yang mula dibadai cemburu.
Kalau aku berada di tempat kekasih 3 bulan dia, aku jugak akan diburu api cemburu.
"I'm just stating the fact," balas dia serius. Seolah hakikat itu benar-benar datang dari hati buat bibirku terkunci rapat.
Hurm...
Bicara dia tidak salah.
Jika dibandingkan si kekasih 3 bulan dengan aku yang membesar sedari lahir bersama dia, tentu sahaja aku lebih penting. Andai aku berada di tempat dia, aku juga akan membuat keputusan yang sama.
Mungkin disebabkan itu aku tidak berminat untuk mencari lelaki untuk dijadikan kekasih hati. Kehadiran dia sudah cukup untuk melengkapkan hari-hariku. Lebih dari cukup sebenarnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/296482365-288-k817172.jpg)
YOU ARE READING
KISAH CINTA DIA
RomancePLEASE TAKE NOTE! THIS IS FREE READ. MINIMUM SEMINGGU SEKALI MUNA AKAN UPDATE DI WATTPAD. STAY TUNED! PLEASE DROP UR KOMEN & VOTE. LAGI RAMAI VOTE & KOMEN LAGI CEPAT MUNA AKAN UPDATE.❤️ Overbearing president itu sahabat baik aku. Sejak dulu lagi ak...