PART 2

703 96 12
                                    

"LUNCH dengan I atau dengan Rissa?" soalku pada dia yang baru menyandarkan tubuh di kerusi empuk. Melepaskan lelah setelah 2 jam berbincang dengan ahli lembaga pengarah tentang isu pelaburan terbaru berkenaan projek di Ipoh.

Projek pembangunan tanah yang memakan modal besar perlu juga mendapat persetujuan ahli lembaga pengarah. Perlu menyakinkan mereka agar tiada pula pihak yang membangkang.

"Rissa?" soal dia mencelikkan mata yang tadinya terpejam.

"Your new girl," balasku mengingatkan.

Simpati bercambah buat gadis yang baru diangkat sebagai kekasih dia. Terlalu kerap bertukar kekasih hinggakan gagal mengingati nama gadis itu. Ish... Ish... Ish...

"Oh." Hanya itu yang terluah dari bibir dia.

Aku sebagai kawan baik merangkap pembantu kanan dia sudah cukup faham makna perkataan itu. Tak perlu terangkan panjang lebar.

Sekilas ikan di air aku dah tahu jantan ke, gay ke, lesbian ke...

Eh, apa yang aku melalut ni!

"Okey lunch dengan I," putusku.

"Hmmm."

Hanya itu balasan dia. Berat sungguh bibir tu nak berbicara. Itu pun masih ramai gadis yang suka. Sebab tu aku kata dia tak sesuai digelar buaya. Buaya tembaga hanya sesuai untuk mereka yang suka membisikkan kata-kata manis. Dia pula macam ada ketul emas dalam mulut tu.

"Shall we go now?"

"Headache," adu dia padaku.

Kumuncungkan bibir mungilku tanda protes. Faham benar apa yang dimahukan dia.

"Help me," pinta dia lembut. Redup renungan dia memandangku.

Argh, ni yang aku lemah ni. Bila dia pandang aku macam tu, susah aku nak menolak permintaan bukan-bukan dia. Damn!

Kupandang urat biru yang tersembul di tepi dahi dia. Aku tahu dia tidak cuba menipu. Kepala dia benar-benar pusing ketika ini. Masakan tidak terpaksa bekerja hingga lewat malam tadi.

Overbearing president. Gelaran macam gah benar. Kedengaran hebat. Hakikatnya terpaksa bekerja keras untuk memastikan syarikat sentiasa melangkah seiring dengan rancangan yang diaturkan. Tidak boleh main-main.

Sedikit kesilapan yang dilakukan mampu menjahanamkan syarikat gergasi yang menjadi payung rezeki buat manusia seperti aku ni. Apatah lagi pekerja bawahan yang lain.

Lalu aku terpaksa merelakan jemari runcingku menari di dahi dia. Memicit lembut. Penuh gaya seorang profesional. Macamlah aku pernah menghadiri kelas urutan berbayar.

"Hurm. Nice, baby," ucapnya selesa benar menikmati urutan jemariku.

Berbulu telinga aku mendengar gelaran itu bermain di bibir dia. Gelaran yang tak sepatutnya digunakan dia. Gelaran yang patut dibenamkan setelah aku dan dia meningkat dewasa.

Gelaran itu hanya boleh digunakan oleh mama dan papa aku. Bukan dia!

Tahulah aku dan dia membesar bersama. Tak perlu memandai menggunakan gelaran manja mama dan papa pula. Urgh!

"Don't call me that!" deramku geram. Dahi dia menjadi mangsa jemariku. Kutekan kuat.

"Why, baby?" soal dia sengaja mengusik. Jemariku ditangkap dia. Menghalang aku dari menderanya.

Dia hanya ringan membuka mulut bila ingin mengusik aku. Lebih baik diam sahaja begitu. Grrrr...

"Shut up!" bentakku merentap jemariku dari genggaman dia seraya melangkah keluar dari bilik pejabat dia.

Tawa kecil dia mengiringi langkahku. Dia juga tidak ketinggalan. Menyaingi langkahku untuk keluar lunch bersama. Aku mendengus halus. Mengetap bibir agar tiada hamunan dihadiahkan buat majikan sendiri. Hanya jelingan tajam kutujukan pada dia. Humph!

P/S: Sudi-sudikan la tinggalkan vote dan komen anda untuk menambahkan kerajinan Muna to update this story. Thank you.🤪

KISAH CINTA DIAWhere stories live. Discover now