BAB 6

3.9K 636 110
                                    

"HAH, letak air tu elok-elok"

Aku angguk. 

"Hmm, mana tetamunya, ma?" Aku angkat dulang perlahan-lahan dan letak atas meja kopi di tengah ruang tamu. Sara jeling aku tajam. Aku telan air liur. Eh, apa jeling-jeling? Aku ada buat silap ke?

"Eee! Tengok tu ma!" Sara bersuara. "Gatal. Nak jumpa abang Shah la tu."

"Mana ada!" Aku hampir tinggikan suara tapi mama dan Sara mengjeling aku tajam. Aku menunduk dan akhirnya aku mengeluh. "I'm sorry."

Aku angkat dulang dan pergi dari situ. Nak jumpa abang Shah? Siapa entah Shah tu, aku pun tak kenal, inikan nak jumpa dia. Yang aku kenal, Shah Alam dekat Selangor tu ya lah. Shah Jehan? Shah Rukh Khan? Shah Jazlee? Argh, tak kenal pun tak apalah! Aku tak kisah pun la. Tapi kenapa nak menudah aku mahu menggatal dengan lelaki yang aku tak kenal.

Adik tiri aku itu, otak dia memang tak berguna macam itu ke? Mungkin sebab itu asyik dapat straight G dekat sekolah. Padanlah muka kau. Heh.

Aku cuba sabarkan hati aku yang dah macam nak meletup ni. Sakit hati betul. Siapa tak sakit hati kalau orang panggil kita perempuan murahan tak henti-henti? Siapa tak sakit hati bila orang panggil kita macam-macam dan layan kita macam binatang? Jauh di sudut hati aku, memang aku nak melawan tapi....

"Ya Allah." Aku memeluk dulang ke dada. Istighfarku ucap berkali-kali. "Kenapalah hidup aku begini, ya Allah?"

Takut kalau mama halau aku dari rumah ini. Aku kena bertahan. Ini rumah aku. Banyak kenangan dengan ibu yang masih segar dalam ingatan aku bila aku ada dalam rumah ni. 

Tiba-tiba, telinga menegak pada bunyi pintu rumah yang diketuk.

"Assalamualaikum!"

Dan entah kenapa, badan aku tegak kaku dan beku macam nak menyanyi lagu negaraku. Aku pandang pintu kayu itu dengan pandangan yang membisu sepi. Suara tu macam....

"Assalamualaikum!"

Dulang aku hampir terjatuh. Aku kenal suara ini!

"Fella! Kau pekak ke hah?!" Mama menjerit dari arah dapur. "Bukalah pintu tu, Fella!"

Aku genggam penumbuk. Apahal aku pula yang kena buka?! Memang aku aje ke yang wujud dalam rumah ini? Pintu dekat ruang tamu itu punyalah dekat dengan ruang tamu tempat mereka lepak! 

"Hei betina!" Jeritan ibu tiriku bergema kuat. "Kau, kalau kau tak mahu aku lempang kau lagi! Bukalah pintu itu!"

Bahu aku terhinjut. Baru tersedar aku mengelamun. 

Laju aje kaki melangkah bergerak ke arah pintu berkayu rumah aku. Dulang di tangan jadi pelindung muka. Tak cukup dengan tu, Sebelum pegang tombol pintu, kemain aku baca ayat kursi. Aku pun tak tahu apa motif aku. Selepas baca beberapa ayat lain, aku hembuskan dekat pintu kayu tadi. Dulang sudah selamat jadi perisai menutup muka. 

Macam mana kalau lelaki yang beri salam ini memang betul-betul 'dia'?

Tombol disentuh dan....

Bismillahirrahmanirrahim!

"Assalamualaikum!" Suara yang sama lagi.

Aku intai manusia yang bagi salam tu disebalik dulang yang masih menutupi muka ini. Mulut aku hampir ternganga. Terasa tekak aku kering semacam. Sah! Memang Prince Charming pasar pagi!

"Waalaikumussalam." Aku menjawab salamnya dengan suara yang sangat perlahan. 

Dia masih senyum walaupun matanya memandang aku pelik dan aku rasa aku memang pelik sebab kaki aku pun turut sama menggigil! Dulang di tangan, masihku jadikan perisai menutup separuh wajah. "Err, masuklah. Selamat datang...."

Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon