GELAP.
Sekelilingnya yang gelap bagaikan tiada penghujung membuatkan dia buntu seorang diri. Bagaikan orang yang hilang arah tuju.
"Hello? Ada sesiapa tak?" Dia bersuara. Mengharapkan sapaan itu dibalas oleh seseorang yang boleh membantu dirinya untuk mencari jalan keluar daripada 'alam' itu.
Tetapi, usaha itu sia-sia sahaja. Dia bersuara sekali lagi, mencuba nasib.
"Tolong!" Namun, tiada sesiapa pun yang menyahut, sebaliknya jeritannya itu bergema menyapa gegendang telinganya.
Dia melutut, memandang kedua telapak tangannya tanpa kelip. Seolah-olah di situ terdapatnya jawapan bagi semua ini.
Dia buntu.
Tiada hala tuju.
Hanya berserah bersama harapan;
Masih ada yang tinggal untuk membantu.
…
"Riel?"
Dia berpaling. Tepat pada itu, korneanya membesar di mana pandangan matanya menangkap kelibat seseorang di satu sudut yang bercahaya.
Menghulurkan tangan kepadanya, untuk menariknya keluar bersama.
Cecair jernih mula bertakung. Mengetahui bahawa 'bantuan' telahpun tiba, Adriel berlari sekuat hati ke arah susuk tubuh itu.
Hatinya berasa lega.
Dia turut menghulurkan tangannya bagi menyambut huluran tangan 'orang' itu. Semakin dia hampiri kelibat itu, susuk tubuhnya semakin memudar.
Hal itu membuatkan Adriel tersentak. Hatinya berombak kencang. "Tidak, tidak!"
Larian dipercepatkan lantas dia cuba memeluk susuk tubuh itu. Namun… air matanya menitis. Dia hanya dapat memeluk tubuhnya sendiri.
Kelibat tadi sudahpun meninggalkan dirinya, seorang diri.
Adriel jatuh terduduk. Rasa kesal menyelubungi dirinya. "Argh!" Dia meraung sendirian. Lantai 'alam' yang dipijaknya itu dipukul sekuat hati.
Krak!
Sehingga membuatkan ia pecah dan Adriel jatuh terjerumus ke dalam lembah kegelapan yang sangat dalam.
· · · · ·
MATA dicelikkan. Pandangan matanya terhala pada siling biliknya yang berwarna putih. Tangan dibawa ke dadanya, merasakan denyutan jantungnya yang berdegup laju.
Kenapa— aku boleh rasa?
"Adriel…" Khai memanggilnya. "Kau dah sedar."
Adriel bergumam seraya bangun daripada pembaringan. Persoalannya tadi ditolak tepi.
Dia memalingkan wajahnya ke sebelah menghadap kawan-kawannya yang lain. Masing-masing menunjukkan riak wajah risau terhadapnya.
Kemudian, mata dihala ke sisi bilik yang lain. Dan pada ketika itulah, pandangannya dihidangkan dengan aksi Eyzar yang sedang menahan Lucas di dinding dan bersiap sedia untuk menumbuknya.
Okay.
Adriel membulatkan matanya.
Sekejap. Apa?
Dush!
Tumbukan dilepaskan ke dinding. Tepat di sebelah kepala Lucas. Deruan nafasnya kencang, amarahnya membara.
Matanya mencerlung tajam memandang anak mata Lucas yang mendatar. Di mana ia langsung tidak menunjukkan yang dia takut dengan tindakannya itu.
YOU ARE READING
CODE 17: K E I Z
Action[13+] Trigger Warning ━ contained homicide, blood, dark theme, profanity and angst "Siapa... Keiz?" Mereka saling berpandangan. · · · "Suatu ketika dahulu, Emircy Company merupakan syarikat yang sangat maju. Tetapi sekarang merupakan tempat yang pa...