Grandma

397 20 0
                                    

Vote and Comment !!

Happy reading

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hari ini Yangyang membawa Chenle ke pejabat tempat dia bekerja. Cuti sekolah sudah bermula,Haechan yang selalunya menghantar Chenle ke tempat pengasuh tidak menghantarnya hari ini dek kerana Yangyang ingin mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama anak saudara kesayangannya.

Namun pagi ini, Yangyang mendapat panggilan penting dari pejabat untuk menghantar beberapa fail kepada CEO syarikat bagi ditandatangani.Jadinya, Yangyang terpaksa membawa si kecil bersama ke pejabat.

"Lele tunggu dekat meja Aunty tau, jangan pergi mana-mana okey?"

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu mengangguk lalu segera duduk di kerusi milik Aunty Yangyang nya.  Beberapa minit setelah Yangyang masuk ke dalam bilik Pengarah,Chenle merasa seperti ingin buang air kecil.

Kaki kecil itu turun lalu menuju ke arah seorang pekerja wanita yang sedang berdiri tak jauh darinya.

"Excuse me Aunty,Lele nak pelgi tandas.Boleh tolong tunjukkan jalan?"

Wanita itu merasa gemas dengan si manis lalu segera menunjuk arah ke tandas.Dengan kecepatan kilat, Chenle berlari ke arah yang ditunjukkan tadi dan segera memasuki tandas lelaki.

Usai melepaskan hajat,Chenle pergi ke singki untuk mencuci tangan namun tanpa sengaja dia melanggar seseorang.

Brakk!

"Ouh maaf Ahjusshi.Lele tak sengaja "

Kanak-kanak itu membongkokkan tubuhnya tanda minta maaf.

"Tak apa.Hei anak kecil,siapa nama kamu?"

"Saya Chenle,ahjusshi boleh panggil Lele."

Lelaki cantik yang dilanggar oleh Chenle tadi terkekeh kecil.

"Chenle boleh panggil ahjumma,Grandma.Grandma Taeyong."

Taeyong mengangkat tubuh kecil itu bagi memudahkan Chenle mencuci tangan saat melihat si kecil kesusahan untuk menyamakan ketinggiannya dengan singki.

"Telima kasih glandma!"

Taeyong gemas dengan anak kecil itu lalu mengajak Chenle untuk ke ruangan anaknya.Berniat memulangkan kembali anak kecil itu kepada orang tuanya.

Saat Taeyong melangkah masuk ke ruangan Pengarah, Mark sedikit terkejut melihat Mommy nya yang datang dengan seorang anak kecil manakala Yangyang hampir pengsan saat melihat sang anak saudara yang berjalan masuk sambil memegang tangan isteri kepada Tuan Besar syarikat dia bekerja.

"Aunty!!"

Chenle melepaskan genggaman tangan Taeyong lalu berlari ke arah Yangyang.Taeyong segera menghampiri kerusi di sebelah Yangyang lalu mendudukinya dan mengusap lembut kepala si manis.

"Chenle Aunty dah cakap duduk diam-diam.Maaf Tuan Mark,Tuan Taeyong."

Taeyong tersenyum manis sambil menggeleng kepalanya,

"Tak apa.By the way,ini anak kamu ke?"

"Eh bukan Tuan.Chenle anak saudara saya.Hari ini saya sepatutnya ambil cuti sebab nak jaga budak kecik ni,tapi tiba-tiba ada urusan dan terpaksa bawak Chenle sekali."

Taeyong sekali lagi mengangguk lalu Yangyang kembali berbincang dengan Mark setelah Chenle kembali duduk dipangkuan Taeyong.

Mark kurang fokus terhadap perbincangan kerana tidak berhenti melirik ke arah Chenle. Mark merasa seperti jatuh cinta pandang pertama pada si kecil padahal Mark sangat anti dengan yang namanya kanak-kanak.

* 45 minit berlalu *

"Okay,saya rasa kita dah boleh jalankan projek ni. Apa-apa masalah,awak boleh contact saya dengan segera."

"Terima kasih Tuan Mark."

Mark mengangguk kepalanya lalu menoleh le arah sang Mommy yang sibuk ber'selfie' dengan Chenle yang tertidur di atas ribanya.

"Tuan Taeyong,saya minta izin diri dulu.Maafkan saya dah susahkan Tuan untuk jaga Chenle."

Yanyang menundukkan kepalanya lalu segera menghulurkan tangan untuk mengambil Chenle. Taeyong yang sedikit keberatan untuk melepaskan Chenle memeluk erat tubuh mungil itu lalu diserahkan kepada lelaki berambut coklat gelap itu.

"Tak apa Yangyang.Nanti saya rindu Chenle,apa saya nak buat?" ujar Taeyong sambil menayangkan wajah sedihnya.

Yangyang tidak sampai hati namun dia tidak memiliki hak untuk membocorkan maklumat peribadi keluarga sahabatnya.

"Tuan Taeyong boleh datang ke Moon Bakery di Hanyang Street. Mommy Chenle kerja dekat situ, setiap Chenle habis sekolah dia akan duduk dekat kedai.Tuan boleh ke sana untuk jumpa dengan Chenle."

Usai berpamitan,Yangyang menghantar Chenle pulang ke rumah Haechan.Gagal sudah rancangannya untuk ke taman bersama si kecil.













•TBC•

•The Unwanted• || markhyuckWhere stories live. Discover now