BAB 2

206 5 2
                                    

Tiara menghenyakkan punggungnya di kerusi kayu berukir indah. Di pandang meja panjang yang dikelilingi enam buah kerusi. Di tengah-tengah meja itu ada pasu bunga plastik berwarna jingga. Cantik! pandai mamanya menghias.

Lama bunga itu dipandangnya. Kerusi kosong itu juga direnung sayu. Matanya berkaca-kaca. 5 tahun lalu, kerusi itu berpenghuni. Milik seorang gadis manis yang tidak pernah lokek dengan senyuman.Sungguh dia rindu pada gadis itu.

"Akak...ara rindu..."bisiknya

Air mata yang mengalir diseka lemah.Setiap kali ingatan terhadap Tiana menjelma, air matanya pasti hadir.Selama ini memang dia rapat dengan kakaknya yang sulung itu. Meskipun adik-beradik yang lain tidak menyukai dirinya, Tiana tetap sayang kepadanya seperti adik kandung sendiri...Yaa dia bukanlah anak kandung kepada keluarga Mak leha dan Pak dollah, menurut kata mamanya itu ada seorang wanita merayu agar dirinya dijaga oleh mereka. Wanita itu kelihatan takut dan sedih apabila dirinya diserahkan kepada mereka. Ketika itu juga dirinya masih berumur 5 tahun. Tiara mengeluh perlahan kerana dirinya sudah lupa akan wajah ibu kandung sendiri...

"ara sudah lupakan semuanya kak...sampaikan wajah ibu sendiri pun ara lupa" ujarnya perlahan.

Walau apapun yang berlaku, Tiara tak pernah bencikan ibu kandungnya. Mungkin iunya ada alasan tersendiri kenapa dirinya ditinggalkan dan meskipun pemergian Tiana meninggalkan sati titik hitam dalam hidupnya namun dia tetap redha kerana Tiana tetap kakak kesayanganya. Malah di sebalik titik hitam itulah dia mula belajar bagaimana mahu menjadi wanita kuat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta orang lain. Lebih-lebih lagi kepada anak kesayanganya. Dia juga bukan lagi budak cengeng dan manja seperti yang sering dikatakan oleh adik-beradiknya yang lain.

"ara..."

Tiara tersentak. Dia berpaling ke belakang. Tersenyum seketika.

"ada apa ma?"

"ara nak air? mama boleh tolong buatkan?"

"boleh juga" balasnya. Kemudian dia merebahkan kepala di meja kayu di hadapanya. Letih! kerana dirinya baru pulang dari kerja.

"Haiiii...letih nampak?" sinis Amira dengan bibir terjuih tiba-tiba.

Kepala dipanggung namun sedikit pun dia tidak melihat adik angkatnya itu. Pasti Amira mahu menyakitkan hatinya seperti selalu. Kalau itu niat adiknya, dia sudah lali. Lagipun benci dan dendam Amira padanya sampai bila-bila pun tidak akan selesai.

"Itula...orang lain pun ada anak juga..kembar lagi ada. Tapi tak adalah susah macam kak ara." sambungnya lagi dengan suara yang sengaja dileratkan. Mahu membakar hati kakaknya itu.

"kalau tujuan mira nak sakitkan hati akak, baik tak payah! akak tak ada mood nak layan"

Amira tergelak sinis. Namun cukup memualkan tekak Tiara. Kenapa Amira benci sangat kepadanya? Kalau Pak Dollah ,Mak Leha dan Afiq boleh menerima, kenapa tidak Amira? Bukankah semua orang pernah melakukan kesalahan? tak adakah ruang maaf di hati Amira untuknya?

"bukan nak sakitkan hati tapi nak bercakap tentang kenyataan yang mungkin kak ara dah lupa. Maklumlah sudah 5 tahun berlalu! tak salahkan kalau mira ingatkan" ejeknya lagi.

" apa benda yang mira nak sangat akak ingat?" malas sebenarnya nak melayan.

" tentang kak ara...dan haikal.."

Duduk Tiara kian tegak. Amira boleh mengatanya apa saja. Dia tidak kesah. Tapi tidak pada anak kesayanganya. Anaknya tidak bersaah dan tidak berdosa!

"What's wrong with you, mira?"

"jangan la buat-buat tak faham kak ara! semua orang sudah tahu perangai akak masa belajar dekat Uitm dulu. Nampak je baik...tapi akak ni manusia bertopengan syaitan huhh!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TIARAWhere stories live. Discover now