BAB 1

118 2 0
                                    

Tiara memandang ke sebelah kiri. Mata Haikal kelihatan tertutup rapat. Seketika matanya jatuh ke hidung mancung milik Haikal. Wajah putih bersih itu sedikit kemerah-merahan, mungkin panas barangkali kerana cuaca di kampung ketika itu sangat panas. Diusapnya perlahan rambut halus keperang-perangan itu. Mata itu tetap tertutup. Langsung tidak sedar dengan perbuatanya.

"Ara..." panggil satu suara lembut. Serentak dengan itu terasa bahunya di sentuh.

Dia berpaling dan tersenyum. Kelihatan seorang wanita tua berjalan dan duduk disofa dihadapannya.

"ya... ma?"

"mama nak bincang sesuatu dengan Ara"

"apa dia?"

"mama nak ara terima semula pinangan daripada Aiman. Lagipun haikal dah besar, dia perlukan seorang ayah dalam hidupnya juga"

Senyum di bibir Tiara hilang apabila mamanya menyoal tentang pinangan yang dia tolak pada 3 hari lepas.

"tak ma...ara tak akan terima semula pinangan tu dan haikal tak perlukan seorang ayah dalam hidupnya..dia hanya perlukan seorang ibu sahaja dan itu ara...lagipun mama tahukan perangai si Aiman tu macam mana...mama tak sayang dekat ara ke ma? mama nak tengok anak mama ni hari-hari dipermainkan oleh dia, mama juga dah lupa ke apa yang mak si aiman tu cakap dekat keluarga kita dan mak dia juga pernah hina mama depan orang-orang kampung"

"ye mama tak lupa dan mama juga tahu perangai si aiman tu macam mana...tapi dia bagitau mama yang dia dah lama cintakan ara..dia nak ara jadi isterinya yang sah itu saje..dia juga akan jaga haikal macam anak kandung dia sendiri"

"sudahla ma..ara tetap dengan keputusan ara"

"ara mama merayu nak...mama tak sanggup tengok anak mama ni kena tindas oleh orang kampung ...lagipun si aiman tuje yang sanggup untuk jadikan kamu isteri dia...mana ada lagi lelaki nak jadi pak sanggup dalam dunia ni"

"mama!!"

Setelah beberapa minit berdiam diri. Akhirnya Tiara bersuara

"biarlah orang kampung nak cakap apa tentang ara..asalkan diorang tak ganggu anak ara."

Mak Leha melihat kembali wajah anak perempuannya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa anaknya memiliki raut wajah yang sangat jelita dan memunyai bentuk badan yang diingini oleh kebanyakkan wanita. Ramai jejaka di kampung ini ingin menjadikan tiara sebagai isteri mereka. Tapi anaknya itu telah membuat onar dan memalukan keluarga dengan membawa pulang seorang bayi lelaki dan mengaku bayi itu adalah anaknya.Sakit hati tuanya apabila anak kesayangannya itu tidak pandai menjaga diri di negara orang. 

Pada waktu itu suaminya hanya tenang saja dan mengucap syukur kerana tiara tidak menggugurkan kandungan itu. Tapi disudut hati tuanya mengatakan suaminya itu sangat kecewa apabila anak yang dididik dengan penuh kasih sayang dan diberi didikan agama yang cukup sanggup memalukan keluarga.

Tiba-tiba dia bersuara.

"ara tak kesiankan haikal? hari-hari dia tanya tentang ayah dia"

Tiara hanya duduk diam tanpa memandang wajah ibunya.

"ibu.."

Tiara tunduk untuk melihat si kecil yang memanggilnya.

"ye sayang.."

"tadi ekal mimpi...ekal makan ice cream.."

"laa..ye ke sayang..." tiara hanya tersenyum manis sambil mengusap lembut rambut anaknya itu.

"ibu...ekal nak makan ice cream boleh..?" tanya haikal sambil membuat muka comel..

Tiara tertawa lucu melihat karenah anaknya yang satu ini.

"boleh sayang..untuk anak ibu semuanya boleh"

"yeayyy sayangg ibu" sambil mencium pipi tiara.

"tapi ekal kena bersiap dulu sebab lepas kita makan ice cream... ibu nak bawa ekal pergi jalan-jalan...ekal nak ikut ibu pergi jalan-jalan tak?"

"nak..nak!!"

Haikal terus berlari masuk kedalam biliknya dengan wajah yang gembira.

 Mak leha yang sejak tadi memerhati terus berkata.

"tolong fikirkan semula apa yang kita bincangkan tadi" mak leha terus bangun dan berlalu ke dapur.

"ya Allah bantulah hambamy yang lemah ini" doa tiara dalm hati

----

Besancon, France

 Suasana di bandar Besancon ini terasa sungguh nyaman dan meriah baginya. Dia hanya berdiri sambil memandang keluar tingkap disebuah bilik VIP dimana tempatnya berada. Dia hanya menikmati keindahan itu sepuasnya.

Terasa seperti seseorang sedang menghampirinya terus dia menoleh untuk melihat siapakan gelaran orang itu.

Kelihatan seorang lelaki yang segak bersut dan mempunyai badan yang tegap sedang menghampirinya. Terus lelaki itu berhenti dihadapnya dan menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

"maitre" (tuan)

"vous I' avez vu?" (kau sudah jumpa dia?" soal Harris.

"n' a pas ete" (belum) balas lelaki itu dengan teragak-agak.

"J' ai ete pour un teps pour vous de trouver plus....si ce n'est pas. You dead!" (aku bagi masa untuk kau cari dia lagi..kalau tak...kau mati!)

Lelaki itu kelihatan takut untuk membalas kata-kata tuannya itu tetapi dia harus kuat berusaha untuk mencari seseorang yang amat penting bagi tuannya itu agar nyawanya tidak melayang.

"merci maitre"( terima kasih, tuan)

"je vous I' amene"( saya janji akan membawa dia kepada tuan)

"bon, je cvois en toi" ( baik, aku percayakan kau)

" maintenant vous pouves allir" (sekarang kau boleh pergi)

Lelaki itu menundukkan kepalanya kembali lalu beredar dari situ.

Harris menghela kasar nafasnya kerana hampir 5 tahun dia masih belum menemukan wanita yang telah membawa lari anaknya. Dia akan memusnahkan hidup wanita itu kerana telah berjaya memperbodohkannya...ya wanita itu adalah ibu kandung kepada anaknya..wanita yang berjanji akan menyerahkan anak itu kepadanya apabila dia telah selamat melahirkan...tetapi wanita itu melanggar janjinya. Dia berjanji akan menyiksa wanita itu hidup-hidup apabila berjaya ditemukan. Ini Harris Williams la apa dia nak semua dapat.

Kecuali satu...Harris menarik keluar sesuatu di poket seluarnya, dia menatap gambar lama itu dengan wajah yang sayu. Gambar itu menunjukkan seorang budak perempuan yang tersenyum manis sambil memegang anak patung yang dihadiahkan olehnya 15 tahun lalu.

"mana kau budak cenggeng....aku rindu"

Harris mengusap perlahan gambar yang berada di tangannya. Sudah hampir 15 tahun dia mencari wanita kesayangannya...tetapi hampa...

"kau janji nak kahwin dengan aku bila kita dah besar" Harris mengeluh

"riana...walau apa pun terjadi kau tetap milik aku sampai bila-bila" tekad Harris.


TIARAWhere stories live. Discover now