00.06 ✓

2.7K 152 5
                                    

Enjoy reading!

"I-im sorry, Master. I didn't mean to sit here. It was an accident. I swear I didn't mean to do this." Rayu Shifa berkali-kali. Lututnya sudah terketar-ketar, risau jika sebentar lagi dia akan di tengking atau di maki lelaki itu.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila sepasang tangan mula melingkar di pinggang rampingnya. Senyuman kecil yang mungkin hanya dirinya sahaja yang sedari terbit di wajah dingin Alfredo.

"I really-really miss you, mia regina."

Bisikan halus dari lelaki bernama Alfredo itu membuatkan dia berkerut dahi. Kenapa orang yang di katakan berbahaya ini merindui nya? Bukankah ini kali pertama mereka bertentangan mata? Adakah ini ada kaitannya dengan urusan gelap bapanya? Atau dari masa silam?

Semakin banyak persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran gadis itu. Alfredo hanya tersenyum memandang wajah bingung Shifa.

"Seems like you already forgot about me, Shifa Auliya." Alfredo kembali bersuara.

"Do I know you? Have we met before?"

"Yes, you-"

Belum sempat Alfredo menghabiskan percakapannya, tangan Shifa tiba-tiba di tarik Alex yang entah bila munculnya. Tubuh gadis itu serta merta terbangun lalu di sorokkan di belakang badan Alex. Alfredo mengetap rahangnya kuat.

Lelaki itu terus bangun dari duduknya menyebabkan anak-anak buahnya yang berada di seluruh penjuru lansung mengacukan senapang hitam masing-masing ke arah Alex. Shifa sudah mula ketakutan melihat senjata-senjata api tersebut. Risau jika dirinya menjadi sasaran peluru mereka.

"A-alex, kenapa jadi macam ni?" Bisik Shifa perlahan cukup untuk di dengari mereka berdua sahaja.

Alex tidak menjawab. Sebaliknya, menenangkan gadis itu dengan mengusap-usap lengan gadis itu. Shifa yang terlampau ketakutan membuatkan dia tidak menyedari perbuatan lelaki itu.

Alfredo yang melihat lansung naik berang. Meja di hadapannya di tumbuk kuat menyebabkan piring-piring makanan di atasnya melambung dan seterusnya jatuh ke lantai.

Tarra dan Dieyna yang hanya mampu melihat dari jauh sudah mula kerisauan. Shifa dan Alex masih di situ kerana di kawal ketat anak-anak buah Alfredo. Mahu menolong pun, mereka tidak ada kuasa mahupun keberanian untuk melangkah walau setapak.

"I'm sorry, Master Alfredo. This is all my fault. Please don't getting mad at us." Ujar Shifa perlahan namun masih dapat memasuki gegendang telinga Alfredo.

Stuart yang sedari tadi kekal berdiam diri hanya menonton drama yang sedang berlaku di hadapannya itu. Tangannya sibuk memasukkan bertih jagung yang di bawa dari rumah ke dalam mulutnya sehingga membuatkan pipi lelaki itu mengembung kerana penuh dengan makanan manis itu.

"Signore, sono le cinque del pomeriggio. Voglio tornare indietro. Lei vuole venire con me o starà qui per un po'?" (Tuan, sekarang sudah pukul lima petang. Saya nak balik. Tuan nak ikut saya atau akan tinggal di sini untuk beberapa waktu lagi?) Stuart bertanya.

"Prima vai a casa. Mi siedo qui per un po'. Se succede qualcosa, prendi il mio posto per occupartene." (Kamu pulang dulu. Saya akan duduk di sini sebentar. Jika ada apa-apa berlaku, tolong gantikan tempat saya untuk menangani nya.)

"Si signore! Arrivederci!"
(Baik, Tuan! Selamat tinggal!) Stuart berkata ceria secara tiba-tiba. Senyuman lebarnya muncul menghiasi baby face nya.

THE ANGEL'S GUARDIAN {✓}Where stories live. Discover now