00.43 ✓

2.2K 101 12
                                    

Korang rasa, Alfredo ni baik ke jahat? And bagi alasan kenapa korang kata dia ni baik/jahat.

(10 markah)

۞ ══━━━━✥◈✥━━━━══ ۞

Shifa mencelikkan matanya perlahan-lahan. Kepalanya yang terasa pening di urut perlahan. Setelah berasa sedikit lega dari sebelumnya, Shifa bangun lalu melihat sekeliling. Dia kenal tempat ini. Ianya bilik dia dan Alfredo.

Kling! Kling! Kling!

Mendengar bunyi aneh itu, Shifa segera menoleh ke belakang untuk melihat apakah benda berbunyi itu. Betapa terkejutnya dia apabila menyedari dirinya tika ini di ikat menggunakan besi dan dia hanya mampu sampai sehingga ke dalam bilik air sahaja. Untuk keluar dari bilik ini dalam keadaan begini, hanya tinggal mimpi sahaja.

Air mata Shifa mengalir deras. Dia jatuh terduduk di lantai. Lehernya yang terikat besi itu di pegang. Dirinya sekarang bagaikan binatang buas yang di ikat penjaganya.

"Ayah... Tolong kak long..." Wajahnya yang mulai memerah dan sembab di tutup kedua-dua belah tangannya.

KLAK!

"Mia regina..."

Suara itu. Bulu roma Shifa automatik berdiri tegak. Kakinya terasa lembik untuk di gerakkan. Dia tidak mampu untuk bangun dan memilih untuk kekal duduk di tempat dia berada tika ini.

"Hey, honey. Kenapa duduk dekat lantai ni? Sejuk lah." Ucap Alfredo yang sedang menghampiri isterinya itu.

Tubuh Shifa di angkat kemudian dia meletakkannya ke atas katil. Dahi Alfredo berkerut melihat perut wanita itu. Hanya dia yang berasa begini atau memang perut Shifa kelihatan terlalu besar untuk perempuan mengandung usia lima bulan? Macam dah tujuh atau lapan bulan pula bila tengok sekali pandang.

"Sayang, nak tanya sikit, boleh? Kenapa perut sayang ni macam terlebih besar? Berapa bulan sebenarnya sayang saya ni mengandung?" Tanya Alfredo. Perut Shifa di usap lembut.

"Ke-kembar. Anak kita kembar." Jawab Shifa perlahan bagaikan sedang berbisik. Matanya masih tidak memandang ke arah Alfredo dengan tepat kerana rasa takutnya masih ada.

"Holy shi—"

"Jangan mencarut depan anak-anak saya!" Marah Shifa refleks. Dia laju menutup mulutnya apabila menyedari dia sudah terlepas cakap. Peluh dingin membasahi belakang badannya.

"Maaf... Saya betul-betul tak sengaja."

Shifa semakin menundukkan kepalanya ke bawah. Jarinya di mainkan sesama sendiri cuba untuk mengurangkan rasa cemasnya. Alfredo tersenyum melihat tingkah laku isterinya itu yang terlihat comel di matanya.

"It's okay. Saya tak marah awak pun kan? Lagi pun, tadi tu memang salah saya. Saya yang sepatutnya minta maaf dekat awak." Ujar Alfredo sambil mengusap kepala Shifa.

Shifa tersenyum kecil. Sekurang-kurangnya dia masih dapat merasakan empati dari dalam diri suaminya itu. Namun, seketika kemudian, bola matanya membesar apabila teringatkan tentang sesuatu. Atau lebih tepat lagi, seseorang.

"Rozael! Kawan saya! Macam mana dengan kawan saya? Arka!" Lengan Alfredo di pegang tanpa di sedarinya.

Alfredo menunjukkan reaksi tidak suka nya.  Kenapa mesti nama jantan tak guna itu yang keluar dari mulut wanita kesayangannya? Urgh!

THE ANGEL'S GUARDIAN {✓}Where stories live. Discover now