🌹 Prolog 🌹

55 6 5
                                    

10 tahun kemudian...

"Apa semua ini, Adam? Hang memang tak sayangkan anak bini hang ka?" herdik ayah dengan rasa kecewa bila dapat tahu anak lelakinya itu curang.

Adam tidak menghiraukan langsung akan semua itu. Dia hanya bermain telefon dan tidak langsung kisah dengan herdikan itu.

Khairina terus merampas telefon dari tangan Adam. Adam terus bangun dari sofa lalu menarik tangan Khairina dengan kuatnya.

"Kau jangan nak kacau hal hidup aku! Diri sendiri punya rumah tangga ada masalah. Jangan nak sibuk hal rumah tangga aku!" kata Adam dengan penuh kemarahan.

Khairina tergamam mendengar kata-kata itu dari mulut abangnya sendiri. Airmatanya berguguran.

"Kan Mak dah kata. Jangan sibuk pasal hal abang kamu. Dengan kami pun dia boleh melawan inikan kamu adik dia" kata Mak lalu memeluk erat badan Khairina.

"Adik rindukan Uwais. Rindukan dia sesangat" pinta Khairina dengan nada lemah. Ayah terus terduduk dan kecewa melihat anak-anaknya itu.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Anis mendapatkan abangnya. Kaki Uwais dipegangnya erat.

"Anis! Hang dah kenapa nih? Lepaskan aku!" Uwais menolak tubuh Anis dengan kuatnya.

Anis dengan pantas menahan dirinya dari jatuh. Tangannya terluka tidak langsung di endahkannya.

"Jangan anak Mama tak apa-apa ya, sayang" ngomel anak pada anak dalam kandungannya itu.Anis mengusap kandungan yang sudah membulat itu.

Dia cuba bangun tapi tidak mampu.

"Abang Uwais, tolong Anis" ujur Anis lalu menghulurkan tangannya. Harap sahaja abangnya itu mencapai tangannya.

"Eleh kau. Bangunlah sendiri" Anis hanya menjeling kepada empunya suara itu. Malas nak melayan kera tua itu.

"Anis Nurnajihah!" Dari jauh dia melihat seseorang yang berlari ke arahnya dengan begitu pantas.

Dia cuba bangun untuk menghalang sesuatu mungkin akan terjadi tapi dia tidak sempat. Uwais sudah ditumbuk oleh Nazim. Pandangan tidak puas hati Nazim pada Uwais semakin lama membuak-buak.

"Pergi baliklah!!"

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Bunyi dentuman guruh membuatkan Lya terjaga dari lenanya. Dia berpaling ke arah suami dan anak bongsunya, Aira.

"Sayang, bangun. Dah masuk waktu solat Asar" ujur Lya yang baru selesai mandi itu. Kain telekung yang baharu diambil oleh Lya.

"Mama cakap dengan siapa tadi?" soal anak sulung Lya, Dani. Lya berpaling ke arah katil mereka. Hanya ada Aira sahaja disitu.

"Mama macam nampak pa-"

"Papa?" soal Dani dengan muka penuh kesedihan. Lantas Lya memeluk erat tubuh anak sulungnya itu.

"Dani janji, Dani akan jaga Mama dengan adik-adik dengan baik. Dani nak jadi orang baik. Orang yang sayangkan keluarga bukan abaikan keluarga demi kepentingan diri sendiri" kata-kata budak berusia 13 tahun itu membuatkan Lya terkejut.

Iya, anak dia dah besar. Anak dia akan tolong Mamanya nanti. Lya tidak dapat menahan tangisan lalu dipeluk makin erat tubuh Dani.

Bersambung..

_________________________________________

Assalamualaikum semua. Setulus Hati Mencintaimu kini kembali selepas 4 tahun ya. Kali ni saya nak buat Edisi Puasa Raya pulak.

Tak sangka ramai request so saya akan buatkan. Hope ramai akan serbu fanfic kedua saya ini.

Btw ini baru prolog. Chapter 1 saya akan update after terawih. Nama pun fanfic bulan puasa kan so kena tunggu ya pada tarikh itu. Terima kasih kepada semua yang masih sudi baca fanfic saya.

Support me okie. Hai awak² semua SuamikuCapang61 iamladyoohsehun kimjongdaein hehehehehe jangan emosi ya 😘

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹



{ OG} ˢᵉᵗᵘˡᵘˢ ᴴᵃᵗⁱ ᴹᵉⁿᶜⁱⁿᵗᵃⁱᵐᵘ 2 🌹 ⁽ ᴱᵈⁱˢⁱ ᴾᵘᵃˢᵃ ᴿᵃʸᵃ ⁾ Where stories live. Discover now