🌹 Chapter 4 🌹

20 5 14
                                    


Suasana waktu berbuka ketika itu sangat tenang sekali. Uwais hanya pandang sahaja si isteri yang sibuk melayan anak bongsu mereka.

"Abi, harini dekat school Umairah jadi pelajar pandai sebab puasa penuh" pinta Umairah. Uwais melemparkan senyuman kepada Umairah.

"Tahniah sayang. Pandainya anak Abi ni" kata Uwais lalu di cium dahi anak perempuan keduanya itu.

Matanya terus pandang semula ke arah Khairina. Tapi ada seseorang yang tidak puas hati dengan kebahagiaan mereka iaitu Mak kepada Uwais.

Mak pandang akan anak dengan menantu dengan penuh sakit hati. Lauk di pinggan miliknya tidak langsung dimakan olehnya.

"Sedapnya Umi masak"

"Kan abang. Umairah suka Umi masak macam ini selalu" kata Umairah yang suka daging masak kicap yang dimasak oleh Umi mereka.

"Apa yang sedapnya. Masin ja rasa. Terlebih garam mak hampa bubuh. Nenek tak suka!" sindir Mak sahaja ingin membuat Khairina sakit hati.

Khairina tidak langsung ambil kisah dengan apa yang dicakap oleh Mak itu. Dia terus angkat pinggan miliknya lalu masuk ke dapur bersama anak bongsu mereka.

Uwais menggeleng lalu pandang akan Maknya.

"Mak, tolonglah jangan cakap macam itu dekat Khairina. Dia dah masak dekat kita ni kira alhamdulillah lah. Lagipun dia kan bukan sihat sangat" ujur Uwais cuba mempertahankan isterinya.

"Allah, penat bulan puasa ja. Siapa suruh gatal sangat buat anak. Kan dah mengandung tu. Lepas itu bagi alasan penat semua" Mak tidak langsung menghiraukan perasan Khairina ketika itu. Dia terus bangun dan tinggalkan Uwais bersama anak-anaknya.

"Abi, kenapa nenek cakap macam itu dengan Umi?" soal Umairah. Uwais hanya senyum sahaja. Uwais pandang akan Maknya.

"Kenapa mak cakap ma-"

"Aku nak hang kahwin dengan Nurul Ain! Muktamad!" ujur Mak lalu dia berlalu pergi dari situ juga.

Usyair terus pandang akan Uwais.

"Abi nak kahwin den-"

"Usyair. Sudah habis makan kan? Kalau sudah, pergi basuh tangan dan solat maghrib. Jangan melambatkan solat" kata Khairina lalu menghampiri meja makan tersebut.

Usyair terus bangun lalu di ikuti oleh Umairah. Kedua beradik itu berlalu tinggalkan Umi dan Abi mereka.

Uwais mencapai tangan milik Khairina.

"Sayang. Sayang ok-"

"Abang makanlah cepat. Anak-anak mesti tunggu nak solat sama-sama" kata Khairina lalu meninggalkan Uwais sendirian dekat meja makan itu.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Atikah Farha memasuki bilik anak bongsu dengan perlahan-lahan. Di pandang wajah anaknya itu dengan penuh rasa bersalah.

"Aiman sayang. Aiman ok ke?" mata kecil milik Aiman terkebil-kebil pandang akan Ika. Ika mengambil kain basah yang berada dalam bekas putih itu lalu diletakkan atas kepala anaknya.

"Sayang. Sayang Ibu kuat kan. Jangan menangis, sayang" ujur Ika lalu dahi Aiman dicium olehnya.

Jari-jemari milik Aiman dipegang oleh Ika. Tapak tangan kecil itu dicium olehnya berulangkali.

Tetiba mata Ika terpandang akan gambar Aiman dengan arwah adik kembarnya, Aima.

Airmata milik Ika mengalir dengan lajunya. Dia teringat akan anaknya itu.

{ OG} ˢᵉᵗᵘˡᵘˢ ᴴᵃᵗⁱ ᴹᵉⁿᶜⁱⁿᵗᵃⁱᵐᵘ 2 🌹 ⁽ ᴱᵈⁱˢⁱ ᴾᵘᵃˢᵃ ᴿᵃʸᵃ ⁾ Where stories live. Discover now