b a b s a t u

5 0 0
                                    


Kring!!

Bunyi loceng sekolah yang menandakan akan bermulanya kelas pada hari itu berbunyi jua. Ada yang gembira mahu berjumpa dengan rakan-rakan dan ada juga yang mengeluh nasib mengenangkan diri yang terlalu malas. Kaki Areen melangkah dengan penuh berkarisma ke kelas. Kena naik tangga sampai tingkat tiga. Lenguh kaki, tapi tak apa. Staminanya kuat. Biasalah budak atlet, setakat kem askar tu pun kacang goreng sahaja bagi dia.

Dalam hatinya ada juga rasa takut dan gementar untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baharu. Sebelum ni dia bukannya budak asrama. Tapi sekarang dia dah masuk sekolah berasrama. Tapi apa sahaja yang Areen ni tak boleh buat? Al maklumlah, dia merupakan Penolong Ketua Majlis Kepimpinan Pelajar semasa di sekolah lamanya. Setakat gementar ni dia boleh handle lah!

Soal akademik dia tak perlu bagitahu, semua benda dia A+, paling-paling kurang pun A solid. Pointer tak pernah lagi bawah dari 3.8. Setakat 4.00 tu benda biasa. Dari sekolah rendah, jawatan ketua kelas, pengawas, ketua pengawas, semua dia bolot. Sukan? Yang itu lagilah, paling-paling pun mesti akan sampai punya peringkat negeri. Memang anak emas semua guru lah. Piala, medal semua tu tidak boleh nak kira, banyak sangat. Cikgu kat sekolah lama dia pun memang sayang sangat dekat Areen ni, taknak lepas. Tapi atas sebab tertentu, Areen terpaksa berpindah ke sekolah baru. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana? Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Hebat tak hebat Areen ni, senior pun tunduk sekali bila jumpa. Nampak tak aura dia tu? Semua benda tiptop, makan apa entah masa kecik dulu.

Setibanya Areen di depan kelas 4 Ikhtisas, dia mengetuk pintu kelasnya dengan sopan dan terus membukanya. Perkara pertama yang dia nampak di depan matanya ialah seorang pelajar lelaki yang memakai baju kemeja biru berlipat di siku dan kot hitamnya berada di atas kerusi. Areen tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana wajahnya tertoleng ke kiri dialaskan lengan. Pelajar itu sedang nyenyak memasuki alam mimpi ciptaannya sendiri. Tak apa, Areen pun tak ingin nak tengok muka lelaki tu.

Areen melihat seluruh kelas itu dengan renungan pelik. Mana budak lain? Kenapa ada lelaki tu je dalam kelas ni? Dia ni... ponteng ke? Areen merenung lelaki itu sejenak lalu dia mendapat idea yang bernas. Dia mengambil sebatang pen unicorn yang berada di dalam begnya untuk membangunkan lelaki itu dengan menyucuk bahu pelajar lelaki itu. Tak boleh pegang anak teruna orang woi, haram.

"Baguslah, boleh pulak dia sorang je membuta kat sini, yang lain ni ke mana pun tak tahu, guru besar pun tak cakap kelas ni ada pergi mana-mana ke, tak pasal ada dia ni sorang je kat sini." Areen berkata dengan nada yang menjengkelkan. Ini nak kejut ke nak bebel?

Pelajar lelaki itu membuka matanya perlahan-lahan sambil menggosok matanya menggunakan jarinya. Dia menolak pen unicorn yang dicucuk ke bahunya itu. Apa main cucuk cucuk orang time tengah tidur ni. Siapa ajar? Dia memandang Areen dengan muka yang tidak dapat dikenal pasti riak wajahnya. Entah la, nak kata marah, muka macam mamai lagi. Lelaki itu menjeling Areen kerana dia telah mengacau tidurnya. Tidur mana boleh kacau...

"Kau nak apa ni? Aku kenal kau pun tak ni tiba-tiba kejut aku dah kenapa?" ujar pelajar lelaki dengan suara serak basahnya yang menunjukkan dia betul-betul baru bangun dari tidur. Dia mengangkat kening kanannya, menyembur Areen yang memandang wajahnya. Areen nak tanya mana orang lain je, tak payahla tengok macam nak makan.

"Aik, aku nak tanya je, mana yang lain. Muka tu jangan nak pelik sangat, aku budak baru kat sekolah ni, kau ni pulak dah kenapa ada kat dalam kelas ni sorang sorang?" Areen bertanya dengan tona suara yang agak keras.

Lelaki itu hanya mengganggukkan kepalanya sekilas dan dia membetulkan rambutnya yang agak tidak kemas dan beralun itu menggunakan tangannya.

"Dorang yang lain ni ada kelas sains kat makmal bawah, aku tak pergi sebab ad... Eh, apasal nak menyibuk pulak? Ikut suka hati aku lah nak pergi ke taknak." "( ada pertandingan tau, so dia terlelap)

"Ceh... Ikut suka hati kau lah, malas nak gaduh," Areen mengangkat bahu lantas membawa beg yang digalasnya ke tempat duduk yang kosong. Paling best sekali tempat duduk tu tepi tingkap. Senang-senang nanti boleh usha crush kat padang bawah tu. Serentak dengan itu, kedengaran bunyi bising dari koridor dan murid-murid yang tadinya dari makmal mula masuk ke dalam kelas yang dihuni dua orang pelajar itu.

Apabila retina mata mereka melihat Areen yang sedang duduk, bunyi riuh rendah yang sudah seperti keadaan di pasar tani tadi sudah bertukar menjadi suasana sunyi dan...

"Eh, ni budak baru tu kan?"

"Dia ni dulu katanya Ketua Pelajar kan masa dekat sekolah lama dia."

"Cantiknya dia!"

"Eleh muka macam kerek je ni."

Eh ada pulak muka cantiknya dikatakan kerek. Cantik ke? Astaghfirullah, tak baik riak Areen.

Sebelum perang mulut meletus, Areen mula mencelah, "Hai, aku Areen Inara, boleh panggil aku... Areen." Dia menarik sedikit senyuman tanda perkenalan.

Semua orang mula datang mengerumuni Areen untuk bertanyakan soalan yang dari tadi tersimpan dalam minda mereka. Soalan asas yang sudah semestinya ditanya ialah tempat asal, mengapa dia tukar ke sekolah baru, kenapa tak kekal je di sekolah lamanya, dan tak dilupai dah berpunya atau belum. Tapi maaflah, Areen Inara ni sikit pun tidak berminat nak bercintan-cintun bagai ni. Kawan lelaki pun dia tak ada inikan pula teman lelaki. Buat buang masa dan tenaga je. Dari dating baik tidur.

Semua datang mengerumuni meja Areen. Kecuali pelajar lelaki tadi, dia hanya duduk dan di atas mejanya kelihatan buku latihan yang tidak diketahui apa subjeknya. Tekun betul dia buat, sampai tak tengok kanan kiri langsung. 

PurnamaWhere stories live. Discover now