b a b d u a

4 0 0
                                    


"Pas sini bola tu! Bagi aku cepat!"

"Aduh kena tiang pulak"

"Ha ambik bola ni bagi masuk gol!"

"Areeq! Ada bola tu!

BAM!

Sepakan bola padu daripada Idham itu terkena tepat, straight kena kat dahi licin Areeq. Tengok pun dah tahu sakit, tapi muka dia emotionless like nothing happened... Kena bola padu kut, tak rasa apa-apa ke? Kelihatan dahi Areeq sudah lebam dikerjakan bola yang disepak oleh Idham tadi.

Para pelajar lelaki memberhentikan perlawanan mereka serta-merta dan ada yang memapah Areeq yang sudah terhuyung-hayang berjalan, dah macam nak jatuh. Ada sebahagian pelajar yang pergi memberitahu guru tentang perkara tersebut.

Perlawanan bola jaring yang melibatkan dua kumpulan pelajar perempuan dari Kelas 4 Ikhtisas tadi telah tamat. Seperti biasa, Areen merupakan penjaring gol yang terbanyak walaupun dia mengambil posisi bahagian center. Memang masa dia main tadi semua orang perhatikan gerak badan Areen, ketangkasannya merampas bola dari pihak lawan. Memang perfect! Skill yang dia ada memang susah nak buat, confirm lepas ni cikgu berebut nak ambik dia jadi center pasukan bola jaring sekolah.

Areen yang lelah duduk di atas rumput padang yang hijau. Dia mengambil botol air Tupperware berwarna kelabu yang dihadiahkan oleh guru sekolah lamanya. Satu set Tupperware terus cikgu tu bagi haritu, baik betul. Dia meneguk air kosong dari botol itu secara perlahan.

Sedang Areen menikmati air kosong yang diibaratkan seperti air ais ketika cuaca panas, matanya melilau melihat pemandangan di sekelilingnya. Sekilas matanya tertumpu pada sekumpulan pelajar lelaki yang kelihatannya sedang memapah seseorang. Dia mengecilkan matanya untuk melihat siapakah gerangan yang dipapah oleh mereka itu. Atas rasa ingin tahu, dia bangun dari duduknya dan kakinya mula melangkah ke arah sekumpulan lelaki tersebut.

"Tu bukan lelaki yang selalu senyap dalam kelas tu ke?"

Areen dapat melihat dahi lelaki itu membiru. Dia mengagak bahawa sudah tentu dahi itu terkena sesuatu yang keras sehingga menampakkan lebam. Areen mempercepatkan langkahnya dan dia agak terkejut melihat wajah yang tak beriak walaupun dahinya teruk membiru.

"Ni dah kenapa ni?" Areen berkata dengan nada yang agak tegas.

"Tadi masa main bola dia termenung apa entah orang pass tak ambik, tiba tiba bola tu straight kena dahi." ujar salah seorang daripada ahli kelas Areen.

"Ya Rabbi, dah tu tunggu apa lagi, bawakla dia pergi bilik sakit."

"Dia yang taknak, berapa kali dah paksa dah ni."

Areen merenung tajam wajah lelaki yang sudah membuat keadaan menjadi huru-hara itu.

"Dah tahu sakit buatlah cara sakit, pergilah bilik sakit ada orang nak rawatkan."

Pelajar lelaki itu menggelengkan kepala sambil mengerutkan wajahnya. Ha tahu pun sakit, tapi tak mahu masuk bilik sakit.

"Degil la kau ni.'"

Tiba-tiba datang seorang guru yang ber t-shirt hitam berkolar kelabu cerah, mungkin guru pendidikan jasmani yang sedang bertugas di padang waktu itu, guru itu mendekati mereka sambil menunjukkan reaksi risau. Pasti guru tersebut sudah mengetahui perkara yang terjadi pada pelajar lelaki tersebut. Masalahnya, kenapa mukanya risau semacam? Siapa pelajar lelaki itu sebenarnya?

"Ya Allah Areeq, kenapa ni? Dengan dahi lebam, kamu buat apa ni?"

Oh nama budak ni Areeq ke, nama dah sedap.

PurnamaWhere stories live. Discover now