Laungan Azan Asar dari bilal yang bertugas berkumandang di Al-Abrar, surau sekolah. Maksud Abrar itu sendiri ialah golongan yang berbuat kebajikan. Sesuai dengan tempat untuk beribadah kepada Allah. Semua pelajar membaca doa selepas azan dan terus meninggalkan kelas masing-masing. Mereka bergerak ke Abrar untuk menunaikan solat berjemaah bersama-sama.
Selepas selesai wirid dan doa, Areen meletakkan telekung dan sejadah di tempat yang disediakan. Nak bawak telekung masuk bilik buat apa, nanti datang balik untuk solat berjemaah. Memang semua pelajar diwajibkan untuk solat berjemaah di Abrar. Tapi Areen juga ada sediakan sehelai sejadah dan sepasang telekung di bilik. Kalau ada hal lain dia tidak perlulah susah-susah mengambil semula telekung dan sejadah di Abrar.
Areen berjalan pergi ke bilik sakit yang berada di blok PnP. Bilik sakit tersebut berada di aras dua, memang bilik sakit juga ada di blok kediaman sisters dan brothers. Oh, di sini asrama tidak dipanggil aspura dan aspuri, ia dipanggil asrama brothers dan asrama sisters, atau nak lebih pendek, bro dan sis, sebagai kata ganti untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Disebabkan tadi Areeq cedera di padang, jadi dia dimasukkan ke bilik sakit di blok PnP. Areen pun tidak ada sebarang idea mengapa dia mengambil keputusan untuk melihat Areeq yang berada di bilik sakit. Kaki dia tiba-tiba terasa hendak melangkah ke bilik sakit. Jangan tanya macam mana dia tahu semua tempat yang ada kat sekolah tu walaupun dia baru masuk dua minggu. Areen ni semua tempat kat sekolah tu dia dah teroka.
Sedar tak sedar, rupa-rupanya Areen telah berada di depan pintu bilik sakit. Nak masuk ke taknak? Kalau tak masuk buat penat je lah dia datang situ. Kalau masuk pulak apa yang dia nak cakap dekat si Areeq tu? Aku lawat kau ni sebab aku rasa kesian kat kau, dahi kau kan lebam. Takkan macam tu pulak?
Sedang dia berdiri di depan pintu bilik sakit itu selama lima minit memikirkan pro dan kontra yang akan dia lalui sekiranya dia masuk, dia mengambil keputusan untuk berpatah balik kerana dia tak tahu apa yang dia perlu cakap bila berhadapan dengan Areeq nanti. Yelah, dia mana pernah nak datang jenguk orang ni.
Orang yang selalu cari datang jenguk dia adalah, tapi bukan sebab sakit. Orang cari Areen sebab dia salah sorang yang in-charge dalam benda-benda pasal kesihatan murid ni. Kat sekolah lama dia, kalau dia tak ada dalam kelas, perpustakaan, kantin ataupun bilik air, tahulah yang Areen berada di bilik sakit. Sama ada dia tengah sibuk ataupun memang dia sengaja duduk dalam bilik sakit. Mana tidaknya, bilik sakit selesa kut. Ada penghawa dingin lagi, ada katil lagi.
Areen memusingkan dirinya untuk berpatah semula ke biliknya. Room sweet room! Bestnya, balik-balik nanti dia nak hempap katil terus. Walaupun katil di biliknya tidak seempuk katil di rumah, tapi bolehlah kalau nak dibandingkan dengan tidur kat kem askar, tidur dalam khemah je beralaskan rumput. Tu tak termasuk lagi kalau ada serangga masuk dalam khemah. Last-last tak dapat nak tidur pun, tambah pulak jam dua pagi tiba-tiba ada arahan kena masuk barisan. Siapa lambat memang nasiblah kena push up tengah malam.
Baru sahaja kakinya hendak melangkah lagi satu tapak, dia terdengar bunyi pintu terbuka dan tertutup dari arah belakang. Jangan kata tu Areeq sudahlah... dia sudah tidak tahu nak teruskan berjalan atau nak pusing ke belakang semula.
"Ha, kenapa tercegat kat situ." suara garau itu mencelah.
"Oh, saja lalu tadi, nak gerak la ni nak balik." Areen membuat muka konfiden tak mahu disangka dia sebenarnya mahu melawat Areeq.
"Lah, yeke. Ingatkan nak jenguk aku kat dalam tadi, penat aku tunggu kau masuk, tercegat kat depan pintu nak dekat lima minit, tu namanya saja lalu ke?" Areeq menarik senyuman sinis. Oops, terkantoilah cik adik.
Areen melopong terkejut. Dia kira ke masa aku berdiri depan pintu tadi? Areen terus memusingkan badannya menghadap Areeq yang kepalanya berbalut itu. Wah, nasib tak jadi mumia.
"Mana kau tahu?"
"Aku nampak lah, cermin tu boleh je nampak dari dalam."
Muka Areen mula naik panas. Mana lah dia tahu sebenarnya Areeq yang dekat dalam tu boleh tengok apa yang ada di luar. Ada juga rupanya benda yang dia tidak tahu. Ingatkan tahu semua benda tadi. Pertama kali dalam hidup Areen, dia malu sampai macamni, depan lelaki pulak tu. Rasa nak lari je sekarang ni. Areen, apa kau dah buat ni? Ha itulah buat pasal lagi nak jenguk anak teruna orang, kan dah malu.
Si Areeq pula dia saja nak mengusik Areen ni. Tak pernah-pernah nak usik orang, tiba-tiba dia rasa nak mengusik Areen. Best jugak eh usik-usik orang ni. Dia cuba menyembunyikan bibirnya yang menaik. Puas hati tengok muka Areen yang naik merah tu.
"Aku nak tanya je kau okay ke tak, dahi kau kan lebam."
Hek eleh, nak cover lah tu.
"Aku okay je, bagitahu jelah kenapa kau nak jumpa aku." Areeq sudah masuk mod serius. Wajah tanpa riak itu dipandang.
"Actually kau tahu kan kau kena rehat maybe in a week. So... aku akan gantikan kau nanti masa kejohanan memanah Sabtu ni, is it okay?"
Muka Areeq berubah riak. Seketika wajahnya beriak marah.
"But... why?" Areeq mengerutkan kening, dia tidak tahu hendak memberi respon apa. Dia dah penat-penat berlatih tapi orang lain akan gantikan dia. Dia tak faham...
"Dahi kau tu lebam, ada hati nak join lagi. Takpe, you can count on me. Aku akan make sure aku lepas nanti. Don't worry, kau rehat je cukup-cukup, biar aku settlekan."
"Aku boleh je lah main. Kenapa kena ganti dengan orang lain pulak! Penat-penat aku berlatih orang lain pulak kena ganti." Areeq merengus marah.
"Bukan masalah kau boleh main ke tidak. The thing is keadaan kau tak cukup baik lagi untuk join kejohanan ni."
Areen menyambung lagi.
"Tadi aku tanya Cikgu Arfan, kenapa muka dia risau sangat. Lepas dia bagitahu, aku cakaplah yang aku boleh ganti tempat kau nanti."
"Heh, dia risaukan aku ke dia risaukan reputasi sekolah ni." Areeq berkata dengan nada yang amat perlahan lantas tersenyum sinis.
"Apa kau cakap tadi?"
"No, nothing. But... can I put my trust on you?" Areeq menjongketkan kening kanannya. Areeq bukannya tak kenal Areen Inara, pro archer kut. Sebut saja nama dia di kejohanan, semua kenal.
"Mestilah boleh, ni Areen Inara lah!"
"Kau buat elok-elok tau nanti, tak lepas nanti siap kau, dah lah... aku nak pergi Abrar, tak solat lagi ni, lambat dah ni." ujar Areeq sambil kakinya sudah melangkah menuju tangga.
"I'll do my best in shaa allah," Kau boleh percayakan aku, Areeq.
Areen melangkahkan kakinya menuju ke asrama dengan perasaan yang gembira tanpa dia tahu yang Areeq sebenarnya memendam seribu rasa di hati...