"Astagfirullahaladzim Lana ! Kau ada class kan pagi ni ?! Bangun woi !" Kejut Atiyah Aayizah
"Hm" gumam Alana Aisyah perlahan
"Wey class pertama kau dengan profesor Amri kan ?! Bangun lah Lana !!" Sambung Atiyah Aayizah lagi. Tidak habis-habis dia menggoncangkan tubuh rakan baiknya itu
Mendengar nama tersebut terus Alana Aisyah membuka matanya
Dia memang anti dengan profesor bernama Amri itu kerana lelaki itu asyik kali mengacau Alana Aisyah. Kalau wanita itu berbuat salah sedikit sahaja terus lelaki itu bagi detention class kepadanya dan sebab dia bagi detention class itu salah satunya untuk mengambil kesempatan supaya boleh berdua-duaan dengan Alana Aisyah
"Ya Allah aku lupa ! Habis lah !" Dengan keadaan panic Alana Aisyah segera bangun dari pembaringannya lalu mencapai tuala yang tersangkut
"Eh kau asal lambat bangun ah ?! Kau solat ke tak subuh tadi ?!" Tegur Atiyah Aayizah
"Tak ! Aku cuti !" Pekik Alana Aisyah dari dalam bilik air
Atiyah Aayizah hanya menggelengkan kepalanya sebelum berlalu keluar dari bilik rakannya
Setelah beberapa minit dalam bilik air, Alana Aisyah segera keluar untuk memakai baju. Selepas itu dia terus mencapai barang keperluannya lalu bergegas turun ke tingkat bawah rumah sewa mereka
BUK !
"Ya Allah Lana ! Pelan-pelan sikit boleh tak ?! Hah padan lah muka kau jatuh tangga ! Asyik kalut je kan ! Cuba tenang sikit ! Takyah nak kelam kabut sangat !" Bebel Atiyah Aayizah
Tapi dalam membebel itu dia membantu juga sahabatnya bangun
"Aduh sakit pinggang aku ! Nasib tangga terakhir dah kalau tak mampus !" Dengan pergerakan perlahan Alana Aisyah berdiri sambil tangan kanannya memegang pinggangnya yang sakit
"Aish ada kawan pun macam ni lah ! Lain kali jangan nak kalut sangat kalau ya pun ! Bukan lari pun U tu kalau kau lambat sikit. Profesor Amri kau pun takkan lari lah !" Rungut Atiyah Aayizah sambil memimpin Alana Aisyah ke meja makan
"Stop membel Yizah ! And stop cakap pasal profesor miang tu ! Tak suka lah !"
Alana Aisyah membuat muka jijik apabila mengingati tentang professor Amri. walaupun lelaki itu professor termuda dan terkacak di U mereka, namun dia sama sekali tidak tertarik kerana perwatakannya yang miang dan sombong itu. sungguh Alana Aisyah benci dengan lelaki sebegitu
"Hm pape jelah Lana. Ni makan cepat pastu pergi class" arah Atiyah Aayizah. Lagaknya persis seperti seorang ibu yang mengarahkan anaknya
"Kau takde class pagi ni ?" Soal Alana Aisyah. Roti bakar disumbat kedalam mulutnya
"Takde, petang baru aku ada class"
Alana Aisyah hanya mengangguk sahaja
"Ni kunci kereta kau" Atiyah Aayizah menghulurkan segugus kunci kepada Alana Aisyah
Dengan segera Alana Aisyah menyambut huluran tangan rakannya
"Thanks ! Kalau macam tu aku gerak dulu lah ye ! Bye assalamualaikum !"
"Walaikumsalam"
🐾🐾🐾
"Aik bro barusan datang sini ? Asal ?" Tegur Mikael kepada abang kembarnya
Memang susah mahu melihat seorang Vincent Alexander Luca dalam rumah keluarga nya itu kerana lelaki itu sudah mempunyai rumah sendiri
"Kenapa ? Tak boleh balik rumah sendiri ?" Sindir Alexander
YOU ARE READING
MAFIA HUSBAND (OG)
ActionFOLLOW DULU BARU BACA ! Vincent Alexander Luca seorang lelaki berkerjaya yang sangat dihormati oleh orang sekelilingnya. namun aura lelaki itu tersangat lah lain ! walaupun dirinya sangat dingin dan tak banyak berbicara,dia masih mampu menarik minat...