PART NI KEBANYAKAN FLASHBACK SO FAHAM-FAHAM LAH YA 😂
2 YEARS AGO
"Yizah aku gerak dulu tau ! Nak pergi cafe jap" laung Alana Aisyah dari tingkat bawah rumah sewa mereka
"Okay ! Jumpa dekat U !"
"Okay ! Aku gerak dulu ! Assalamualaikum !" Setelah itu Alana Aisyah terus berlalu keluar dari rumahnya
Dia berjalan kaki menuju ke cafe, memandangkan cafe tersebut hanya berdekatan dengan rumah sewa mereka sahaja. Kereta sewanya pula dia bagi Atiyah Aayizah yang guna kerana dia berasa malas pula hendak ke U menggunakan kereta. Rasa macam ingin exercise sahaja
Sesampai sahaja dia pada cafe itu dia terus mengambil tempat duduk pada tepi tingkap. Tempat favourite dia
Setelah itu dia terus mengambil pesanannya. Sementara menunggu pesanan yang di pesan tiba, dia membuka laptop miliknya untuk menyambung membuat assignment
Kini tinggal 2 tahun sahaja lagi untuk dia menamatkan pengajian di universiti tersebut
Alana Aisyah yang kusyuk membuat kerja itu memandang kearah pintu masuk cafe
Berkerut pelipisnya melihat seorang lelaki segak berpakaian tuxedo hitam memasuki cafe tersebut diikuti lagi 5 orang lelaki yang sama pakaian sepertinya
Dengan muka dingin lelaki itu duduk berdepan dengan meja yang didudukinya
Yang membuatkan Alana Aisyah pelik adalah,kenapa cuma lelaki itu sahaja yang duduk ? Dan kenapa lima lelaki yang mendampinginya tadi hanya berdiri tegak di belakangnya ?
Alana Aisyah hanya mengangkat kedua bahunya lalu menyambung kerjanya yang tergendala
Namun tanpa disedari olehnya,lelaki itu memandang ke arahnya
Tersenyum sinis lelaki itu
"finally, we meet again sweetheart"
gumam lelaki bertuxedo hitam dengan senyuman sinis yang tak lekang dari bibirnya
"Woi mengelamun !"
Tersedar terus Alana Aisyah dari lamunan panjangnya. Dengan segera dia memandang gerangan yang menegurnya tadi
"Eh Yizah bila kau sampai ? Tak perasan pun ?" Soal Alana Aisyah
"Macam mana kau nak perasan dah kalau kau mengelamun bagai ? Aku dari tadi duk panggil kau tak menjawab"
"Hehe sorry lah" sengih Alana Aisyah
"Hah ni bila kau sampai Kl ? Aku tak sedar pun ?"
"Baru je tadi,aku ingat nak call kau bagitau tapi aku baru teringat,kau ada kelas pula harini"
"Oh, ni kelas kau bila lagi nak mula ?"
"Esok kut. Kalau bukan esok mungkin lusa"
"Ah kalau macam tu aku naik dulu lah, nak mandi"
"Hmm" Alana Aisyah hanya menggumam sahaja
TIG !
Baru sahaja Alana Aisyah hendak berlalu ke dapur, notification telefon bimbitnya berbunyi
Tersenyum sendiri dia apabila membaca nama yang tertera pada telefonnya
Xander ♡
He : dah sampai KL ?
She : dah, baru je sampai
He : okay, aku nak sambung kerja semula
She : hm

ANDA SEDANG MEMBACA
MAFIA HUSBAND (OG)
AksiFOLLOW DULU BARU BACA ! Vincent Alexander Luca seorang lelaki berkerjaya yang sangat dihormati oleh orang sekelilingnya. namun aura lelaki itu tersangat lah lain ! walaupun dirinya sangat dingin dan tak banyak berbicara,dia masih mampu menarik minat...