1: Collapsing

8 0 0
                                    

Jam mula berdering menandakan sudah masa untuk aku bangun. Dengan berat hati, aku gagahkan diri untuk bangun dan mandi.

Aku mencapai tuala yang tergantung dan membawa diri menuju ke bilik air. Dalam perjalanan, mataku tertumpu kepada ayah dan ibu yang sedang berbincang di meja makan.

Nafas ku hela berat. Aku tau keadaan ku yang seperti sekarang amat membimbangkan mereka. Tapi ape yang bole aku lakukan. Aku tak minta untuk jadi begini.

Aku tau ibu tak berapa sokong dengan keputusan ku untuk berjumpe doktor beberapa minggu lepas. Tapi atas pujukan ayah, dia relakan dengan berat hati.

Dengan helaan nafas yang amat menyakitkan dada, aku masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

------------------------------skip----------------------------------

Macam biasa, sekarang aku dalam perjalanan ke tempat kerja dengan suasana dalam kereta hening seperti selalu. Tiba tiba panggilan suara ibu memanggil ku memecah hening suasana. Aku menoleh dan melihat ke arah ibu.

"Kamu okay tak? " angguk yang hanya aku berikan. Ibu hanya mengeleng kelihatan kesal.

"Kamu nie cuba kurangkan tonton Korea dan dekat diri pada Tuhan. Kamu tak dekat kan diri dengan Tuhan sebabtu kamu jadi macam nie" kate ibu. Memang itulah reaksi ibu bile pertama kali aku memberitahu aku di diagnos sebagai pesakit PTSD dengan simptom anxiety. Walaupon aku sudah terbiasa dengar tapi tetap kata kata itu menguris hatiku.

Walaupon aku terasa tapi aku tak salahkan ibu sepenuhnya. Keluarga kami sebuah keluarga yang tak pernah ambil tahu tentang masalah mental. Ramai rasanya keluarga di Malaysia yang tak tau pasal masalah ini.

Aku diam seribu bahasa. Tidak mau menjawab kenyataan ibu. Walhal sebenarnya tidak sepenuhnya betol.

Iye aku merupakan fans berat EXO. Aku amat mengemari mereka dan merasakan mereka adalah punca kebahagiaan ku. Tapi semenjak akhir ini aku langsung tiada minat. Semua bende yang aku minat untuk lakukan langsung tak membuat aku teruja. Tiada satu pon. Hidup ku rasa seperti mayat hidup yang tiada kehidupan. Hanya dibelengu 100% ketakutan.

Tiba tiba kereta berhenti di hadapan tempat kerja ku. Aku turun dan seperti biasa menyalami kedua orang tua ku.  Terlihat ibu dan ayah hanya mengeluh.

Aku berjalan masuk dan melihat tiada siapa pon di dalam. Harinie aku di tugaskan berkerja seorang diri. Tiada siapa yang akan menemani ku.

Sedang aku cube menyebok kan diri, tibe tibe telefon ku berdenting. Aku segera mendapatkan phone ku dan melihat isi mesej yang sampai

Rupenye itu adalah chat dari pengurusku.

Isi chatnye membuat ku mengalir airmata.

'Ape bende nie? Kenapa sampai nak berhenti? Baru kene uji sikit dah takut. Kau besarkan lah takut kau tuh sampai bile bile'

Salahkah aku? Aku suke kerja ku dulu. Tapi sekarang seolah olah iya menjadi satu paksaan bagiku.

Aku cube memaksa diriku untuk melakukan kerje. Mengubah pikiran ku ke arah lain.

Sedang aku membuat kerje tiba tiba terdengar suara bercakap dengan ku. Aku memandang sekeliling tapi tiada siapa. Aku hanya pikir itu khayalan ku. Aku sambung semula kerja tadi dan lagi suara itu bercakap dengan ku. Aku terhenti dan duduk kembali tanpa menyambung semula kerja yang tadi aku mahu lakukan.

Aku bermula takut dengan diri ku sendiri

-------------------------------skip---------------------------------

Harinie merupakan hari terakhir aku berkerja. Tapi kelibat pengurusku tiada langsung ku lihat sepanjang seminggu terakhir ini.

Rakan sekerja ku semua cuba memujuk aku supaya tidak berhenti atas dasar kesian akan pengurusku perlu mencari penganti.

Salahkah keputusan ku ini? Dapat kah aku bertahan kalau aku terus berkerja? Apakah jahat aku membiarkan seseorang yang sudah ku anggap sebagai kakak ku kesusahan?

Semua soalan bermain dalam kepala. Sampai waktu detik terakhir hari kerja ku, aku berfikir dan terus berfikir. Salahkah aku?

Kedinginan pengurusku juga membuat aku rase sangat bersalah. Aku hanya duduk diam dan terus berfikir.

--------------------------------skip--------------------------------

~Sebulan kemudian~

Sepanjang sebulan yang lalu hari hari ku berjalan dengan penuh kesulitan

Aku menyantap makanan di hadapan ku dengan air mata mengalir. Ketakutan ku menguasai diri. Ahli keluargaku yang melihat itu mula bertanda tanye. Tapi aku diam sahaja. Tidak mau memperbesarkan masalah.

Tapi mereka tetap mengesa ku. Aku mule bercerite tentang imbauan ku dibilik mandi sebelom ini. Helaan nafas berat dari ibu dapat aku dengar.

"Dah sebulan. Sampai bile kamu nak macam nie. Pikirkan bende yang dah lame jadi buat ape! " marah ibu.

Air mataku makin mengalir. Tak berhenti mengalir. Tiada satu pon ahli keluarga ku yang berani bersuara. Aku segera berjalan ke dapur berniat membasuh pingan makan ku. Selera ku hilang serta merta.

Sedang aku membasuh pinggan dengan air mata yang masih mengalir, dapat aku dengar samar samar suara adik ku yang berdebat hebat dengan ibu ku. Selesai membasuh aku mule berniat ingin ke hadapan tapi langkah ku berhenti setelah aku mendengar perdebatan mereka.

"Ibu akak tuh sakit. Dia perlu sokong family. Kalau ibu terus macam nie bile dia nak baik? "

"Sampai bile?? Selama nie ibu tak pernah sokong dia jumpe doktor dan makan ubat. Ibu taknak hidup dye bergantung terus dengan ubat. Bile dia tak makan ubat dia akan mule mengamuk dan tarik rambut dia"

Aku terduduk mendengar kata ibu. Salahkah keputusan ku berjumpe doktor. Aku duduk di dapur dan memeluk lututku.

"Dia perlu sokongan family ibu" adikku mula menegas.

"Sampai bile ibu tanye?? Dia tak bole bergantung hidup terus dengan kita. Kalau ibu takde nanti, kamu takde nanti sape yang nak jaga akak kamu?? " marah ibu.

Aku menangis dan terus menangis. Aku mule rase salah keputusan ku berjumpe doktor.

Kedengaran tapak kaki berjalan menuju ke dapur. Aku mengangkat kepala dan melihat adik bungsu ku dengan sepupuku berjalan mendekatiku. Mereka menangis melihat keadaan ku.

Mesti aku kelihatan sangat rapuh waktu ini.

Mereka duduk dan mengusap lengan ku cuba menenangkan ku. Ibu dan adik ku masih berdebat

Suara tapak kaki kedengaran lagi. Tapi suara perdebatan telah berhenti. Aku melihat ke atas dan terlihat nenek ku datang. Aku menangis lagi deras.

"Abaikan ape ibu kamu kate" kate nenek cube menenangkan ku.

"Ibu malu ke ade anak sakit mental macam akak? " tanye ku.

"Abaikan je ibu kamu tuh akak. Nenek ade dengan kamu. Adik adik ade dengan kamu. Sepupu kamu pon sama"

"Akak nak ikut atok"

"Hey, ape cakap macam tuh? Nak ikut atok buat ape? Nenek kan ade sini" kate nenek mengusap kepala ku.

"Dah kamu pergi rehat. Pergi naik atas tido. Abaikan semua bende. Nanti nenek suruh adik kamu bawak air"

Aku mengangguk dan mula berdiri. Adikku serta sepupu ku dua dua memapahku berjalan naik kebilik.

Sesampai di bilik aku berbaring dan cube melelapkan mate dengan air mata yang masih mengalir tanpa henti

                            
                             -  T. B. C -

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LifeWhere stories live. Discover now