Prologue

10 1 4
                                    

"Diam! Kau bising aku takkan teragak agak nak bunuh kau! " jerit suara itu.

Airmata mengalir turun di pipi ku. Kenangan buruk itu kembali bermain di dalam fikiran ku. Seolah olah kejadian itu terasa berulang kembali.

Air yang mengalir pada tubuh aku biarkan sahaja.

"Kak. Kau buat apa dalam tuh lame lame. Dah 2 jam kau kat dalam" suara ketukan pada pintu bilik air menyedarkan ku kembali. Perlahan lahan aku tutup paip air dan mengelap seluruh badan ku.

Pintu bilik air aku buka perlahan lahan. Wajah adikku terlihat di depan pintu.

"Kak. Kau okay tak? " tanya adikku penuh kebimbangan terpampang di wajahnya.

Anggukan ku berikan sebagai jawapan.

Aku Rin. Seorang gadis yang terlihat normal di luaran tanpa ada yang tau betapa rosaknya dalaman ku.

-----skip--------

Dalam kereta aku diam sepanjang perjalanan. Tiada suara yang ku keluarkan. Aku hanya memandang kosong ke arah luar. Cube mencari ketenangan. Walhal dalam hati penuh dengan ketakutan.

"Okay tak, Kak? " suara ayah ku memecah suasana hening dalam kereta. Hanya anggukkan yang aku berikan. Tapi tanpa aku sedar air mata sudah mula turun dari mata ku. Ibu ku yang perasan akan itu melihat kebelakang.

"Cuti jelah" aku mengeleng dengan pantas.

"Macam mana nak kerje kalau asyik nangis macam nie je? " ibuku bersuara kembali. Aku tetap diam membeku.

"Sampai bile kau nak macam nie kak, kalau susah sangat mari ayah cakap dekat pengurus kau" kate ayah ku. Aku mengeleng kembali dengan cepat.

"Habistu? Bole ke kerje dalam keadaan takut macam nie? " ibu ku sudah mula bising.

Aku masih diam. Tiada niat untul bersuara. Iya! Aku sedang dalam keadaan takut. Dan cadangan ibu ayah ku tiada salahnya. Tapi satu benda yang amat aku benci terhadap diri sendiri, aku selalu kesiankan orang dan bukan diri ku sendiri. Dan akhirnya semua terasa makan diri.

Kereta yang ayah pandu berhenti tepat di hadapan pintu tempat kerja ku. Perlahan lahan aku turun dari kereta dan bergerak ke arah tingkap menyalam kedua ibu ayah ku.

Mereka kelihatan bimbang tapi aku hanya bergerak semula masuk ke dalam.

Sebaik sahaja aku masuk, aku terlihat pengurus ku sedang membuat rondaan harian nya. Melihat sekeliling kedai. Aku menunduk dan kembali menjalankan tugas.

Pengurusku bergerak mendekati ku dan melihat ke arah ku.

"Kenapa nangis? " tanyenye

"Takda ape lah boss"

"Cerite lah" pujuknya. Aku mengeluh dan mula bercerite. Aku memang rapat dengan pengurusku dan aku sudah menganggapnya seperti kakak ku sendiri. Kami sering bersama dan dia juga selalu berkongsi masalah dengan ku.

Setelah habis bercerita, dia diam melihat ku.

"Jangan besarkan takut kau tuh sangat. Semua orang pon pernah kena macam tuh juga. Malang tak berbau. Lumrah lah" katanye. Aku tergamam seketika. Sudah ku duga dengan reaksinya tapi tetap aku rasa sedih dah marah pada waktu bersamaan. Kenapa seperti tiada yang paham ape yang bermain dalam kepala ku? Betapa terseksanya aku. Hidup dalam ketakutan setiap hari tapi aku masih berfikir tidak mau menyusahkan sesiapa.

Aku kembali diam dan mula mendengar sahaja pengurusku berleter.

-----skip-----

Jam masih menunjukkan pukul 12. Aku sudah tidak keruan. Waktu seakan lambat berjalan. Suasana disekeliling seakan akan mengimbau kembali kejadian lalu. Aku jadi resah. Setiap kali pintu kedengaran terbuka aku akan tergamam seribu bahasa. Semua seakan akan hitam ku rasakan. Nafas ku seakan akan terhenti yang membuat aku rase sesak di dada.

Aku benci. Aku benci betapa rapuhnya aku. Betapa pengecutnya aku. Aku mula berasa diri ini tidak patut hidup. Betapa penat nye aku hidup dalam ketakutan.

Aku mengeluarkan phone dan mula menghantar pesan pada seseorang yang aku tau punca kekuatan ku. Ibu ku. Tak sampai 2 minit mesej ibu ku terima. Airmata kembali jatuh. Aku ketakutan. Aku resah. Deringan kedengaran dari telefon ku. Aku angkat dengan hanya sekali deringan.

"Ibu" suara ku seakan akan tidak keluar.

"Bagi ibu nombor pengurus kamu. Biar ibu uruskan"

"Tapi ibu... "

"Takda tapi tapi kamu ingat ibu sanggup tengok anak ibu nangis tiap hari macam nie. Ketakutan tiap hari. Sampaikan hari hari kamu kene telan ubat. Ibu mane yang bole terima? " kate ibu. Aku diam sahaja.

"Mau tak mau kamu bagi nombor dia pada ibu. Selebihnya ibu uruskan" kate ibu lagi. Okay halus keluar dari mulutku. Aku mematikan ganggang dan membuka mesej untuk menghantar nombor pengurus ku.

Aku berasa risau tapi pada masa yang sama sedikit lega.

Dan tanpa ku duga masih ade ujian yang menanti di masa depan ku

------------------------------TBC----------------------------

Hi guys. This story is based on my own lifestory. This story will maybe have a hard plot. You can skips if you feel uncomfortable. Thank you

LifeWhere stories live. Discover now