'' fia ... cepatlah ... dah lama Mirza tunggu ni...''
Ujar mirza , pintu bilik sahabatnya itu diketuk tanpa henti.
'' ish... kau ni mirza sabarlah ''
Geram betul dia dengan mirza ni paksa paksa dia pergi pasar malam , dating katanya😒.
Mentang mentang lah dia baru dapat gaji nak tayang lah tu , dia dengan mirza ni memang rapat siap bersayang sayang lagi walaupun wanita itu mempunyai jarak umur yang agak jauh daripadanya, 4 tahun kot jauh tu .''OK dah... jom !''
Ajak Afia yang sedang menutup pintu bilik nya sebelum ternampak ibu tiri yang di benci olehnya itu sedang bersembang dengan mirza. Sempat dijeling ibu tirinya itu sebelum keluar .
''Mirza ...! Cepatlah ''
Terus berubah mood dia kalau nampak ibu tiri perosak kebahagiaan dia tu.
'' Ye... sabar ya...., cik ,saya pergi dulu tau , by the way saya dah mintak izin dangan pak cik nak bawak keluar anak manja dia ni so... mak cik jangan risau ye ... pandailah saya jaga dia ni ''
Kata Mirza, tadi orang suruh cepat tak nak, sekarang dia pula suruh kita cepat, nasiblah BFF dia comel ,kalau tak..., geram Mirza , sempat dia menjeling Afia yang sudah melabuhkan punggung di seat axia merahnya , sebelum turut masuk ke tempat pemandu kereta kesayangan nya itu.
Puan Asmida hanya tersenyum walaupun hatinya terguris dengan gelagat Afia, siapa sahaja yang tak sedih kalau dilayan begitu setiap hari, namun dia faham , bukan mudah bagi seseorang untuk menerima pengganti buat ibunya .
.....
Sudah lama mereka menunggu kebab abang airil ni dah dekat lima minit nasiblah sedap kalau tak memang taklah dia nak tunggu.
'' terima kasih abang airil ''
Afia menyambut duit baki dari pemuda yang menjual kebab itu , sebelum di hulurkan kepada Mirza yang tangannya memegang burger .
''Sama Sama... ,fia... belum dapat kerja lagi ke?''
Soal abang Airil dengan senyuman manis nya .
'' belum lagi fia nak berehat dah lama belajar, otak kita ni Perlukan rehat ''
Mirza yang ada disebelah Afia hanya tersenyum, bukan dia tak tahu yang Husna sebenarnya tak nak bagi mak dan adik tirinya bermaharajalela dekat rumah tu takut sangat ayahnya di rampas orang .
'' hati hati jalan balik balik tu sekarang ni ramai sangat kutu rayau ''
pesan abang Airil , bukan dia tak tahu, budak budak ni perangai macam mana , nampak je gadis comel seperti Afia memang ada je nak menjual , kalau laku tak pe , ni..., Tuhan je tahu .
'' Siapa lah yang berani nak kacau anak pak cik Hamidi kita ni , lagipun Mirza kan ada... ''
Balas Mirza sebelum sambung berjalan , tak sabar nak makan makanan yang dibeli tadi , ada kebab , burger , memang pecah air liurnya , air jus tembikai pula , sudah dia simpan di dalam kereta bersama dengan nasi kerabu tadi, kiranya ni round kedua lah .
'' fia.. ! Betul ke kau tak nak kerja, dah belajar tinggi tinggi, sayang tau kalau nak menanam anggur kat kampung je, tak nak belajar cari duit sendiri ke ?''
Soal Mirza, tertanya tanya isi fikiran Afia, ialah kan sayang kalau tak digunakan sijil kat rumah tu , dah penat penat belajar , takkan lah nak biar sijil diploma nya di telan habuk.
'' Aku bukanya apa tau, aku takut kita susah nak jumpa nanti, kau pun sekarang ni jarang jarang... balik ,kalau aku kerja jugak, lagi susah lah kita nak jumpa , kaulah satu satu nya kawan aku yang paling aku sayang, ......kalau aku nak pakai duit ..., aku carilah kerja kat kampung ni ''
YOU ARE READING
Isteri
RandomHarzan yang selama ini single telah membuat keputusan untuk berkahwin , apabila melihat adiknya yang sudah pun berumah tangga. Namun merancang untuk berumah tangga bukan mudah , lagipula dia memang tidak mempunyai pasangan , tetapi rancangan Tuhan...