Aku berjalan di koridor kelas bersama kawan baikku daripada kantin sambil menghirup susu coklat di tanganku.
"Weyh, kau okey tak ni? Dari tadi kau tak cakap apa-apa,"
"It's driving me crazy, like literally."
"Kenapa doh?" Dia berdiri di hadapanku.
Aku mengeluh. "Soobin,"
"Kenapa dengan dia? Dia cari fasal dengan kau ke?" Aku menggelengkan kepala.
"Habis tu?"
"Aku buat deal dengan dia, kalau dia akan pujuk ayah dia kalau aku dapat cari darah vampire,"
"YAH!" Dia menjerit.
Aku menutup telinga aku. "Sakit telinga aku,"
"Dia mainkan kau! Kau tak nampak ke?!"
Aku tersentak apabila dia meninggikan suaranya. "Maksud kau?"
"Dia cakap macam tu supaya kau nampak macam orang bodoh cuba cari darah vampire. Vampire kan tak wujud, tak akannya dia minta ayah dia naikkan markah kau," Ceramah panjangnya.
"Ah, bodohnya aku. Kenapa aku tak perasan?"
"Dia sengaja kata macam tu sebab kau ni percaya kepada makhluk mitos. Kalau diorang wujud pun, diorang takdenya duduk dekat dengan kita, diorang pun takut kita." Aku mengangguk setuju.
Kring kring
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah pun tamat.
Kami berlari ke kelas sebelum didenda oleh pengawas.
Setelah sampai ke kelas, ramai orang berkumpul di sebuah meja pelajar. Entah apa yang dibicarakan. Kami membiarkan mereka lalu duduk di tempat kami.
"WEYHH!! Korang tahu tak, Yunyeong dapat 78% dalam paper addmath," Kata Nari yang datang ke meja kami untuk bergosip.
"Serius lah? Dia bukan kelas belakang ke?" Tanya kawan baikku, Sooyoung.
"Siapa Yunyeong?" Aku menyoal.
"Alah, Yunyeong yang selalu ponteng sekolah tu, sampai pengetua pun muak dah tengok muka dia." Jelas Sooyoung.
"Oh, yang selalu keluar dari bilik pengetua tu?" Dia mengangguk. "Kau ingat pun,"
Kelas aku dekat dengan bilik pengetua jadi, aku selalu lah juga nampak siapa keluar masuk waktu nak pergi kantin.
"Tapi, takkan dia boleh score macam tu je," Kata Nari dengan nada serius.
"Kita kelas pertama ni pun dapat 50% je," Sambungnya.
Aku mengangguk setuju.
"Weyh, cikgu sampai!" Semua orang lari lintang pukang ke tempat masing-masing.
...
Sekarang ni waktu tamat sesi persekolahan, aku kena kejar Soobin sebelum dia balik. Lamunanku terhenti apabila mataku menangkap figura Soobin.
Pantas aku berlari ke arahnya. "Soobin! Tunggu kejap!"
"Kenapa? Aku nak cepat ni!" Dia berhenti.
Aku menarik nafas sebelum berkata, "Kau sengaja mainkan aku kan?"
"Hah?"
"Fasal perjanjian tadi,"
Dia mengeluh. "Kau tahu Yunyeong?" Aku menganggukkan kepala.
"Kenapa dengan dia?"
"Aku yang tolong dia," Aku terkejut. "Serius lah?"
"Kalau kau tak percaya, tanya lah dia sendiri." Dia melihat jam tangannya sebelum berkata, "Dah lah, aku nak pergi dulu."
Dia menapak jauh dariku sehingga figuranya tidak lagi kelihatan. Namun, aku masih membeku di sini kerana tergamam dengan perkara yang dia katakan.
"Jadi, dia tak tipu?"
YOU ARE READING
Vampire's Blood
Fantasy+ A female student who required to search for vampire's blood to make up her falling grades. [Re-write] [Hiatus] Start: 300122 End: -