2

5 1 0
                                    

Choi Soobin, anak lelaki kepada Mr. Choi tetapi ‘bapak borek anak rintik’ langsung tidak terpakai kepada mereka kerana..

Soobin seorang yang selalu mencari masalah dan nakal, nak kata pandai pun tak juga. Mr. Choi pula, seorang guru yang tegas dan serius dalam mengajar anak muridnya, nak kata dia manjakan anak dia sangat pun tak.

Haih, complicated betul dua beranak ni.

Sekarang ini, aku berada di hadapan kelas Permata menunggu Yunyeong yang belum tiba.

"Kalau dia ponteng sekolah lagi macam mana?" Monologku sendirian.

Aku menilik jam tangan milikku yang menunjukkan ada 15 minit sahaja sebelum kelas bermula. Keluhan dilepaskan apabila figura yang dicari langsung tidak kelihatan.

"Haih, waktu rehat je lah cari,"

...

Aku mengemas beg dengan pantas sebaik sahaja bunyi loceng berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat.

"Korang pergi perpustakaan dulu, aku tak boleh pergi sebab ada hal." Pesanku kepada Sooyoung dan Nari kerana kami bertiga berada di dalam kumpulan yang sama untuk membentang topik yang diberikan oleh cikgu.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Sooyoung dengan nada risau.

"Alah, mak aku suruh beli barang dapur yang dah habis, aku takut kedai dah tutup lepas kita bincang." Bohongku.

Sooyoung mengangguk faham. "Okey lah kalau macam tu. Hati-hati tau!"

Selepas itu, terus aku berlari ke arah kedai buku. Apabila aku tiba di sana, aku memberhentikan langkah untuk menarik nafas.

"Ada box cutter tak?"

...

Aku ada baca dekat internet semalam ‘macam mana nak panggil vampire’. Aku dah tulis dalam buku supaya aku tak lupa. Senang je sebenarnya.

Pertama sekali, darah manusia. Sebab tu aku beli box cutter tadi. Siapa lagi yang nak derma darah kat aku?

Kedua, pastikan anda seorang manusia. Ha, sudah. Kang ada yang mengalami kecelaruan identiti. Sebab... vampire mempunyai deria bau yang kuat? Apa-apa je lah, janji menjadi.

Ketiga, waktu malam. Kerana vampire alah dengan matahari. Okey, yang tu dah tahu.

Keempat, ada vampire jahat dan vampire baik. Pastikan vampire yang anda jumpa takkan cuba untuk membuatkan nyawa anda dalam bahaya.

Apa-apa je lah.

Aku meletakkan box cutter itu ke atas tapak tangan dengan niat untuk mengelarnya dan memejamkan mata.

Tetapi perbuatan itu terbatal apabila alatan yang berada di tanganku jatuh.

Sebelum sempat aku mengambil box cutter yang terjatuh itu, ada seseorang menarik aku bersembunyi di belakang semak. Aku terlalu terkejut untuk mengatakan apa-apa.

Lalu aku memandang ke arahnya.

"Kau siap-" Soalanku dia potong dengan meletakkan jari telunjuknya di bibirku.

"Shhhh,"

Vampire's BloodWhere stories live. Discover now