BAB 2| new version

31.3K 1.4K 19
                                    

ADAM melirik Indah dengan rasa sebal yang mencanak naik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADAM melirik Indah dengan rasa sebal yang mencanak naik. Gadis itu asyik menangis dari tadi. Dia berdecak sinis. Dulu, masa Indah sendiri yang rela menodainya, tidak pula gadis itu menangis? Apa, seronok berlagak polos? Tuala di lantai, dia capai dan lilit ke badan. Dia buka laci lalu menarik sebotol pil dari situ.

"Makan pil ni. Aku tak nak ada anak dari darah kotor serupa kau ni." Adam baling sebotol pil itu tepat ke kepala Indah. Dia suka apabila gadis itu cemas ketakutan. Sebenarnya, pil itu hanya vitamin C.

Indah geleng pantas.

"Encik rogol saya?"

Gelak sinis Adam pecah.

"Siapa yang rogol siapa dulu, sayang?" tangan Adam naik mengelus mesra pipi mulus Indah itu tetapi malah ditepis keras oleh gadis itu sendiri. Tak serik lagi menolaknya? Ada tidak merogol Indah. Dia masih ada akal warasnya. Apalah yang bermain di minda Indah? Kenapa berfikiran seperti itu?

"Saya nak balik."

"Huh?"

"Saya nak balik!" bentak Indah keras. Esakannya itu kian mereda dari sebelum ini. Pada tika ini, hanya ada amarah yang mendidih dan menguasai dirinya.

"Balik? Bapak kau pun tak cari kau. Mimpi dululah." Balas Adam acuh tidak acuh. Setahu dia, Indah ini anak orang berada. Cuma setahun dua ini, bisnes bapanya itu kian merosot muflis. Mungkin kerana itulah, Indah cuba memerangkapnya. Taktik licik itu sudah kolot bagi Adam.

"Saya nak baliklah."

"Over my dead body..." bisik Adam lalu duduk di sebelah Indah di katil. Aneh, semalam dia tidak bermimpi buruk. Takkanlah sebab tidur sekatil dengan Indah?

"Encik pekak kut ya? Saya cakap, saya nak balik! Saya nak berambus dari sini. Rumah ni saling tak tumpah dengan neraka!" pekik Indah bingit di telinga Adam.

"Admit it first. Confess yang kau perangkap aku. Lepas tu, aku dengan hati yang terbuka akan bebaskan kau."

"Saya tak perangkap, encik."

Anak mata coklat pekat Adam itu naik ke atas tanda meluat. Dia sudah bertemu beratus manusia spesis Indah ini. Dia benci betul. Sebab tamak akan hartanya, sanggup gadai maruah sendiri.

"Luke!" seru Adam lalu berdiri.

Ada seorang pemuda yang serba bersut terkocoh-kocoh tiba di depan pintu bilik. Pemuda itu tertunduk ke lantai. Dia hormat kawasan peribadi Adam dan Indah. Pecah rekod, ini kali pertama tuan mudanya bawa gadis balik ke rumah. Dulu, selalunya di mana-mana hotel mewah.

"Kunci bilik ni. Pasang mata, musang ni licik. Aku tak nak dia berinteraksi dengan orang luar termasuklah staf dekat sini. Selagi dia tak mengaku, biar dia terseksa sorang-sorang." Arah Adam.

"Baik, tuan muda."

"You're so sweet... and thanks! Layanan kau tip top sangat." Perli Adam. Bibirnya menyinis sengat seketika dan dia berlalu dari situ tanpa langsung pesanan.











ADAM menerobos masuk ke dalam bilik keberadaan Indah. Rahangnya bergerak-gerak sebal. Luke tadi ada menelefonnya. Katanya, ada berita buruk tentang Indah. Gadis itu pengsan tidak sedarkan diri. Sudah lima hari berlalu dari pertemuan tempoh hari. Selepas itu, dia sudah lupa tentang Indah. Gadis itu tidak penting baginya.

"Kau bodoh ya, Indah?" soal Adam.

Seisi manusia di bilik itu tersentak hebat. Mereka di situ fokus dan beri tumpuan penuh pada Adam. Adam Fath... cukup berkuasa. Ada apa tentang gadis ini sehinggakan lelaki itu datang ke sini?

"Get out!" suruh Adam pada staf di situ termasuklah doktor peribadinya. "All of you!"

"Kenapa kau tak makan? Kau rela mampus untuk dapat harta aku? Kau nak mati sangat ke? Aku suruh kau mengaku, itu pun susah ke?" soal Adam tidak percaya.

"Excuse me? Mati sebab harta tuan? Agaknya tuan ni tengah bermimpi ya? Satu sen duit tuan... saya tak inginlah! Saya rela mampus dari mengaku benda yang saya tak pernah buat. Apa, tuan ingat saya tak ada maruah ke? Daripada tuan kurung saya, apa kata tuan bunuh saya? Sebab apa? Sebab saya takkan mengaku sampai kiamat!" naik seoktaf demi seoktaf ton suara Indah.

Dada Adam berombak sebal.

"Bunuh saya. Saya dah penat."

Indah sudah tidak betah lagi. Gunting kecil dari atas kabinet, dia capai lalu letak di pangkal lehernya. Inikan yang Adam mahu? Kalau dia tidak terdehidrasi, pasti Adam tidak akan muncul di sini. Lelaki ini tidak berperikemanusiaan langsung.

Plang!

Adam menepis tangan Indah sehingga gunting itu terpelanting ke celah katil. "Don't test me, Indah El Dara."

"Kenapa? Tuan ingat tuan berharta dan berkuasa, tuan buat apa yang tuan suka? Saya takkan mengaku. So... please let me go." Indah sudah buntu akal. Ini soal hidup dan matinya. Sampai bila dia harus di sini?

"Kau ada bukti?"

"Bukti?"

"Bukti yang kau tak bersalah."

Indah berfikir lama. Pada waktu berkenaan, dia berada di rumah dan Adam berada di hotel. Maknanya dia ada rakaman CCTV di kediamannya itu. Dia selamat!

"Ada."

Bibir Adam menyinis sarkastik.

"Mana?"

"Bebaskan saya dulu. Lepas tu, saya beri bukti pada tuan." Indah boleh bersumpah, dia ini tidak bersalah. Pasti bapanya itu sudah mencari keberadaannya. Masakan, anak kesayang hilang tidak risau?

Adam tolak dinding pipinya dengan lidah. Muka dia ini ada iras budak tadika ke pada Indah? Agak-agaklah nak tipu pun. Pilihlah alasan kreatif sikit. Indah oh Indah! Larilah ke mana pun, bakal dia cari hilang ke lubang cacing.

"Bebaskan kau supaya kau boleh cabut lari? Itu plan kau?" Adam menukas sinis.

"Saya serius... you can trust me. Kalau tuan tak percaya, tuan ikut saya cari bukti. saya tak takut. Saya berani kerana benar sebab saya tak bersalah!" bidas Indah.

"Boleh..."

Adam sentuh tepi kepala Indah.

"Tapi ada satu syarat."

"Apa?"

"Grant me three wishes."

Adam melabuh duduk di sebelah Indah. Pantas dia toleh dan mengesot seinci demi seinci ke arah gadis itu. Dan akhirnya, hanya berbaki beberapa inci di antara mereka.

"Wishes... maksudnya?"

"I don't know yet. Maybe layan aku lagi? Aku suka sentuhan kau, sentuhan cinta." Bisik Adam menggoda.

Belakang Indah berlaga pada kepala katil. Itu tandanya, dia sudah diperangkap lagi oleh Adam. Dia sudah buntu, mahu lari ke mana? Dia segera menolak dada bidang Adam daripada merapatinya. Mohon dihindari, dia dan Adam tidak sekufu.

"Dalam mimpi."

"A sweet little wish and lie are harmless. If you grant mine, I will grant yours, love. Deal?" tangan Indah yang melekap di dadanya, dia tarik turun dan elus perlahan.

TUAN ADAM FATH| E-BOOK ✓Where stories live. Discover now