Sejak pulang dari dinner bersama dengan abangnya semalam, Adriana hanya berkurung di dalam biliknya. Makan tak banyak, senyum pun tak apatah lagi ketawa. Malahan, dia tidak membuat satu reaksi pun. Ahli keluarganya mulai risau dengan kesihatan mental Adriana. Andy menjemput Airil dan Radhiah untuk datang kerumah mereka. Mana tahu mereka berdua dapat membuat Adriana kembali seperti dulu.
"Assalamualaikum" kata kedua adik beradik kembar itu lalu menyalami ibu dan ayah kepada Adriana.
"Ika macam mana?" tanya Airil dengan risau.
"Macam tu je lah, orang suruh makan tengahari..dia makan sedikit dalam keadaan senyap then terus naik bilik sambung berkurung sampai makan malam. Itu je lah rutin dia sepanjang 3 hari ni. Sebab tu aku panggil korang berdua kesini. Mana tahu Ika nak kongsi something dengan kau atau Dhiah" ulas Qalish dengan panjang.
"takpe biar Dhiah pergi bilik dia" pelawa Dhiah lalu menuju ke bilik Adriana.
Sesampainya di depan pintu bilik Adriana, dia mengetuk 2 kali pintu itu. Selepas memastikan yang Adriana tidak memberikan respon, dia mengeluh perlahan.
"Ad ni aku ni Radhiah. Kau janganlah macam ni. Kami semua risau tengok kau macam ni. Kalau kau tak kesiankan aku pun takpe, tapi kau tak kesiankan mama dengan papa kau ke? Takkan kau nak down semata-mata sebab Aqie--" Radhiah terhenti berbicara apabila mendengar jeritan dan bunyi barang-barang jatuh.
"JANGAN SEBUT NAMA DIAAA!!!! AKU BENCI!!!" teriaknya sambil menangis teresak-esak.
"Okay aku tak akan sebut nama dia tapi tolong bagi aku masuk bilik kau please.." pujuk Radhiah.
Semua orang naik ke tingkat atas taktala mendengar jeritan Adriana tadi.
"Apa jadi?" tanya Qalish.
Soalan Qalish dibiarkan apabila kunci pintu bilik Adriana berbunyi menandakan dia membenarkan Radhiah masuk. Airil yang ingin ikut masuk ke dalam bilik itu dihalang oleh Qashaf.
"Biarkan Radhiah pujuk dia. Hanya perempuan yang dapat faham perasaan perempuan lain" ujar Qashaf dan Airil hanya mampu mengangguk lemah.
Radhiah masuk kedalam bilik Adriana dan mendapatkan Adriana yang duduk memeluk kedua kakinya.
"Ad, kalau kau ada benda nak luahkan, kau boleh luahkan dekat aku" kata Radhiah lembut.
"Aku bukan Adriana. Nama aku Qashika. Adriana dah mati seminggu lepas" terkejut Radhiah mendengarnya tapi dia cuba mengawal ekspresinya.
"Adriana tu hodoh sangat ke sampai malukan dia depan semua orang? Dia buat Adriana macam tak ada maruah" tambah Qashika lagi.
"Tak, Adriana seorang yang sangat baik. Dia cuma tak dapat nampak kecantikan kau..maksud aku Adriana. Dah aku tak nak tengok kau macam ni lagi. Kau kena jadi seorang yang kuat. Aku sanggup buat apa saja...asalkan kau boleh jadi macam dulu" pinta Radhiah dengan tenang.
"Betul kau sanggup buat apa sahaja demi aku? Janji?" tanya Qashika dengan riak wajah yang tidak dapat digambarkan.
"aku janji" putus Radhiah dengan senyuman kecil.
"Aku boleh jadi macam dulu tapi mungkin ambil masa. Sekarang ni aku nak homeschool dulu sebab spm dah dekat. Lepastu aku nak kau bagitahu abang aku yang aku akan kembali ke sekolah bulan April. Sebagai seorang pelajar bernama Qashika Absyar. Aku dah ada plan macam mana nak buat lelaki tu menyesal" ulas Qashika dengan senyuman sinis.
2 bulan kemudian
Qashika memandang pakaian sekolahnya untuk kali terakhir lalu membuat satu 'instastory' di instagramnya.
"Hello good morning everyone! Im sorry because I've been inactive for 2 months. I've been super busy preparing for my new school. To my future classmates, please be nice to me hehehe" katanya dalam 'instastory' nya itu.
YOU ARE READING
Adriana Qashika
RomanceCerita ini tidak dirancang dan saya menulis setiap part dalam cerita ini secara spontan. Harap maklum