"Wehh laparnyaaa, bila nak rehat ni?" tanya aku kepada Putri.
"Ish kau ni Alyaa, asyik lapar je, bukan pagi tadi kau dah melantak 2 bungkus nasi lemak?"
Ish memang la aku dah makan 2 bungkus nasi lemak, tapi dah kalau perut aku ni masih lapar lagi, aku nak buat macam mana huaaa.
"Iyelah, tapi tu pagi tadi, ni sekarang aku lapar balik, Put, tolong lah aku, aku lapar sangat ni"
Ish minah ni lapar betul macam tak makan setahun.
"Sabarlah sikit, lagi 10 minit je kelas nak habis, jap lagi aku belanja kau Nasi goreng campur telur dadar okay?" pujuk Putri.
"Okay ! YAY !! hehehe sayang kau put"
memang gembira la aku ada orang nak belanja, dahlah aku memang lapar gila ni HAHAHA.
*********
Alhamdulillah kenyang sudah lepas makan nasi goreng campur telur dadar. Aku pun tak tahu kenapa, aku memang suka makan dan cepat rasa lapar tapi berat badan aku tak pernah nak naik naik. Tak 40, 41.Kat situ jelah dia bermain. Ah lupakan jelah masalah ni, janji aku kenyang hehehe.
"Ha kenyang dah?" tanya Put.
"Hihihi dah, thank you my friend" aku mencium pipi kanan Putri, HAHAHAH.
"Eeee apa ni, gelilahh" Putri membuat muka geli sambil mengelap pipi dia yang aku cium tadi.
"HAHAHAH, bukan selalu pun aku cium kau"
"Dah, jomlah masuk kelas" ajak Putri
"Jomm !" jawab aku dengan penuh riang.
***
"Papa! , kenapa papa tak bagitahu Yaa dulu
yang kita nak pindah?" huk huk.Aku sudah menangis, mana taknya, takde angin takde ribut, balik rumah, tiba" papa bagitahu esok nak pindah rumah baru. Kalau ye pun bincanglah dengan aku dulu. Mungkin sebab dorang tahu aku takkan setuju, jadi sebab tulah dorang tak bagitahu aku awal awal.
"Alyaa..papa minta maaf, papa memang nak bagitahu Alyaa awal awal tapi papa tahu kamu takkan setuju, kamu janganlah macam ni okay? Lagipun papa dapat tukar kerja ke sana, jadi kita mesti kena pergi jugak"
"mmm" aku hanya menggumam, mengangguk dan berlalu pergi ke bilik.
"Haih sayang, awak pergilah pujuk anak kita tu" kata Encik Ahmad kepada isterinya, Puan Siti Sarah.
"Ha iyelah bang, saya pergi" balas Puan Siti Sarah.
Di Bilik Alyaa
Tok Tok Tok. Pintu bilik aku diketuk.
"Alyaaa...mama ni"
"Masuklah mama" ajak aku.
Perlahan-lahan pintu bilik aku itu dibuka oleh Mama lalu Mama melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
"Sayang mama, kamu janganlah macam ni..iye mama tahu kamu sedih nak tinggalkan rumah ni, persekitaran kat sini, sekolah, kawan" dekat sini. Tapi.."
Belum sempat Puan Siti Sarah menghabiskan ayatnya, terus Alyaa menjerit.
"Ya Allah Mama !!, kawan" Yaa ! Huaaa, Putri.."
YOU ARE READING
DIA SAYA PUNYA !!!
RomanceAlyaa atau nama penuhnya Nur Alyaa Qismina Binti Ahmad merupakan seorang gadis yang sangat comel. Seorang yang ceria, baik hati, penyayang dan kuat makan. Suatu hari dia terpaksa berpindah ke Negeri Sembilan kerana ayahnya dapat tukar kerja di sana...