Bab 14

107 9 2
                                    

"kau sure ke?" Ayden bertanya kembali kepada spy upahanmya yang diupah untuk mencari keberadaan Rabiatul Darwisya. "aku yakin tu memang rumah dia. Aku ikut diaorang dari bandar sampai rumah." lelaki itu menjelaskan dan meyakinkan bosnya itu. "okey then  malam ni kita jumpa dekat tempat biasa. Ada benda lagi aku nak bincang dengan kau" belum sempat lelaki itu membalas Ayden sudah mematikan talian mereka.

"Siapa call tu? Serius semacam je." sebagai seorang yang busybody, Faheem pun menjalankan tugasnya untuk menyibuk tentang
tepi kain orang. "Kawan aku," Ayden menjawab soalan kawannya itu dengan tenang. "kau ada kawan lain ke selain kitaorang?" selamba badak saja Faheem mengajukan soalan itu. "Kau ingat aku tak laku ke musibat?" matanya memandang Faheem dengan mata helangnya.

"iyalah kitaorang ni pun kawan dengan kau pun sebab sama setan macam kau" jujur itu perlu ya kawan-kawan. "Tapi kitaorang dah cuci tangan tinggal kau jelah. Kau taknak taubat ke? Kau nak ke kau mati nanti kubur kau sempit, lepastu binatang berbisa gigit badan kau. Itu baru kubur azab kawan, belum neraka lagi." sejak dia berkawan dengan Rabiatul ni, alhamdulillah Allah bukakan pintu hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.

Ayden yang mendengar ucapan kawannya itu terdiam. Hatinya bagai diketuk tetapi egonya yang terlalu tinggi itu menyangkal ucapan Faheem itu jauh-jauh. 'aku muda lagi, dah tua esok tahu lah aku bertaubat' hatinya berkata-kata. "Jangan nak tunggu tua baru nak bertaubat, ingat ajal tak kenal usia" terdiam Ayden buatnya. 'mana dia tahu aku cakap macam tu. Dia ni keturunan ahli nujum ke?' dia memandang Faheem seperti rakannya itu bukan manusia, namun spesis yang belum dijumpai oleh manusia .

"Asyik borak je, bila nak order makannya."Iman yang sedar keadaan menjadi kekok segera mengubah topik mereka. "Haah janji nak push rank lah apa lah" Airiel juga meyampuk untuk menghilangkan suasana kekok antara mereka. "panggillah waitress" Ayden memanggil pelayan untuk membuat pesanan.


s i t u a s i  R a b i a t u l

"Abang cepatlah. Appointment pukul 10. Sekarang dah pukul berapa dah?" Iyran yang didalam bilik sudah terkulat-kulat sambil tangannya lincah memperkemaskan rambunya. Apa-apa rambut nombor 1 boys. Mawar yang sudah bosan menunggu Iyran segera meuju ke bilik Iyran. "Iyran kau ni lelaki ke perempun? Bersiap kalah kami yang perempuan ni." Mawar yang bersandar pada pintu bilik Iyran itu memerli jejaka itu.

"Diam lah kau. Korang bangun awal memang lah" wah wah wah menyirap darah Mawar mendengarnya, dah lambat ada hati nak menjawab. "Aku dah kata tadi jangan tidur lepas solat subuh, kau yang degil. Sekarang kau nak menjawab pula ya." otak Iyran mula memutar kembali insiden pagi tadi.

S u b u h  t a d i . . .

"Woi Iyran bangun subuh gila!" Faqriel mengetuk pintu bilik Iyran bagai nak pecah masuk sahaja ke dalam bilik abang Rabiatul itu. ''5 minit lagi, 5 minit.'' dia main 5 minit pula ya. "Aish tak boleh jadi budak ni" dia turun ke dapur mencari seseorang. "Mawar kau tengok husband to be kau. Aku kejut dia, dia cakap 5 minit lagi''

'Padan muka kau Iyran, aku report dekat wife to be kau HAHAHAHA' puas hatinya dapat balas dendam. "Wah wah wah 5 minit eh. Kita tengok apa jadi dengan 5 minit dia tu" Mawar menuju kearah pintu belakang dimana lokasi Rabiatul berada. Memandangkan Rabiatul seorang yang sangat anti dengan namanya liat bangun subuh jadi memang gempak kalau Rabiatul dapat tahu abangnya itu liat bangun subuh hari ni.

"Rabiatul kau tengok abang kau tu liat sangat bangun subuh. Faqriel kejut tadi dia cakap 5 minit lah apalah" mampus lu Iyran HAHAHAHAHAHA. "Liat bangun subuh eh? Jom kita tengok lepas ni bangun ke tidak" sebelum dia naik ke atas dia menuju ke tandas dan membawa segayung air bersamanya. Pintu bilik Iyran dibuka dan terlihatlah mahluk yang sedang terbungkang tidur diatas katil itu serta selimut yang membaluti badan mahluk itu.

Rabiatul berjalan menghampiri abangnya yang sedang nyenyak tidur itu dan . . .

"ARGHHHHHHHH MAKKK SEJUKKKKK!!!!!!!''

Mengigil-gigil Iyran dibuatnya. "Padan muka kau, aku kejut tadi lagi 5 minit lah apa lah kan kan dah dapt habuannya" Faqriel menepuk-nepuk bahu Iyran, saja ingin memanaskan lagi hati Iyran yng sudah sedia panas. "Dah kau bangun mandi, solat. lepas solat jangan tidur balik pula. Bersiap terus hari ni Rabiatul ada appointment dekat klinik. Kau tidur balik karang lambat pula kita nanti" sempat Mawar membaling bantal kearah Iyran yang masih mengigil kesejukan dek siraman adiknya.

"Iyalah. Korang keluarlah aku nak tanggal baju ke kau nak tengok body aku. Maklumlah aku kan hot" dengan suara huskynya itu boleh cair anak dara orang. "Me-memang tak lah aku nak tengok badan kau tu" tanpa sedar pipi Mawar sudah kemerah-merahan akibat malu. "Pipi tu merah-merah dah kenapa Mawar" apa lagi Mawar terus keluar dari bilik itu. Pengsan karang siapa nak angkat?

"Kau sukakan sebenarnya Rose" Ya Allah anak dara orang tu Iyran. "DIAM LAH KAU RAN" Mawar terus berlari ke arah pintu belakang dan mendapatkan Rabiatul yang sedang duduk dipangkin yang berada ditepi rumah. "Biaaaaa" itulah panggilan terbaru Mawar untuk Rabiatul. Katanya Bia tu senang dan comel je sesuai untuk Rabiatul. "Kenapa Mawar?" Mawar memeluk Rabiatul sambil meletakkan kepalanya di perut Rabiatul yang sedikit membuncit itu.

"Agak-agak baby ni boy ke girl" dia mengusal perut Rabiatul itu. "Kalau saya, saya nak boy. Boleh jadi hero saya bila besar nanti" dia menjawab dengan senyuman yang terukir dibibirnya. Nampak dirinya sangat redho dan ikhlas dengan apa yang terjadi dalam hidupnya.

"Wah boleh lah dia jaga aunty Mawar sekali nanti" mereka tergelak bersama-sama. "Kau nak letak nama apa nanti?" Rabiatul berfikir sejenak. "Saya nak letak Muayyad Altaf Nu'aiman"

"Apa maksud nama tu?" Dia nak tahu juga kenapa nama itu menjadi pilihan rakannya itu. "Maksud Muayyad ialah kuat, Altaf pula lembut dan Nu'aiman kan sahabat nabi yang suka berjenaka. Jadi maksud dia nanti kuat tetapi lembut serta pandai berjenaka" Mawar mengangguk faham. "Sedap maksud dia. Kiranya nanti dia boleh lah lindungi kau and hiburkan kau" borak punya borak punya borak jam sudah menunjukkan angka 9.

"Eh jom masuk dalam. Tengok 2 mangkuk tu buat apa" Mawar menarik lengan Rabiatul dan mereka masuk kedalam rumah.
Mereka mencari kedua-dua jejaka itu namun mereka hanya menjumpai Faqriel yang sedang bermain game. "Mana Iyran?" Faqriel yang sedang fokus itu hanya mengangkat kedua belah bahunya sebagai respon. "Entah-entah dia tidur balik" mereka segera menuju ke bilik Iyran.

Buka sahaja pintu bilik terpampang mahluk hidup yang sedang tidur elok atas katil. "ABANGGGGGGG BANGUNNNNNNNNNN!!!!!!!"




E n d  f l a s h b a c k . . .





Bila ingat balik memang seram. Tak pernah lagi adiknya menjerit seperti hendak keluar anak tekak dari trakea.

"ABANGGGGG CEPATLAH"











SOOOO GUYS MALAM NI AUTHOR RAJIN SO I HOPE YOU GUYS ENJOY MY STORY OKEYYY. KALAU BOLEH TU COMMENT, VOTE AND FOLLOW SEKALI HUEHUEHEU MUAH <3.

LUKA & DERITAWhere stories live. Discover now