Pada pagi subuh di suatu kawasan perkampungan riuh dengan bunyi manusia yang ramai di pasar pagi di kampung harmoni. Diantara ramai manusia di sana, di kawasan sayur-sayuran di hujung pasar ternampak sekumpulan makcik-makcik yang tengah berborak menghiraukan jualan yang belum lagi terjual.
"kamu nak tahu tak semalam si devil tu buat hal" kata seorang makcik sambil melambai-lambai pemukul lalat di hadapannya yang dipenuhi sayur-sayuran segar.
"Apa pulak yang diaorang buat kali ni.. tak habis-habis ke kacau kampung kita ni..." tanya salah-sorang daripada mereka.
"Entahlah mahh.. si tam tu cerita kat aku semalam yang barang-barang kat kedai dia tu kena curi dengan si devil tu.." sambung makcik itu lagi.
"Lahh pagi-pagi lagi, belum apa-apa dah bergosip dah makcik-makcik sekalian..." tegur seorang lelaki muda yang berpakaian t-shirt oren dengan gaya rambut quiff haircut.
"Heysh kamu ni, menganggu betullah" kata mak esah sambil menampar bahu lelaki itu dengan pemukul lalatnya.
"Mak esah.. yan datang sini bawak rezeki tau... ni satu bakul berapa?" tanya arryan sambil mengangkat satu bakul kecil yang berisi timun kecil.
"Dah alang-alang bawak rezeki tu boronglah sayur aku ni" jawab mak esah sambil menunjukkan dua jarinya ke arah arryan. Arryan terus menghulurkan dua bakul timun kecil ke arah mak esah.
"Alah yan tak ada duit lagi.. nanti kalau yan dah kaya yan borong SEMUA SEKALI!!" katanya semangat sambil mengangkat tangan ke atas dengan gembira.
"Haa alang-alang tu borong buah mak lang sekali" kata mak lang sambil mengangkat buah duriannya.
"Hehe tunggu... yan janji" janji arryan sambil mengangkat tangan membuat ikrar. arryan membayar dan mengambil plastik kecil yang dihulurkan oleh mak esah.
"Dah pergi sana aku nak sambung borak ni" halau mak esah sambil menghayunkan pemukul lalatnya ke arah arryan.
"Sampai hati..." arryan terus pergi sambil memuncungkan mulutnya seperti itik.
"Haa kau nak tahu banyak jugak barang yang si devil tu curi" sambung mak esah selepas arryan pergi.
"Hah apa yang dicurinya tu?" tanya seorang makcik disitu.
YOU ARE READING
MY LOVE MRS. MAFIA
RomanceFLOR AURORA Ketua mafia oyabun. Sifatnya yang tegas dan terlihat dingin menarik perhatian arryan untuk berkenalan dengan lebih dalam tanpa sedar bahawa dia berminat dengan orang yang bahaya. ARRYAN ADWA Seorang lelaki yang ceria dan dikelilingi ole...