"Kau nak pergi mana?" tanya Aaron melihat Flor yang ingin keluar daripada mansion dengan berpakaian sukan dan rambutnya diikat tocang."Nak pergi jogging ahh nak pergi mana lagi"
"Eh aku tanya je.." kata Aaron terus berjalan ke dapur sementara Flor sudah pun keluar berjogging di kawasan mansion.
"Mak Imahhh GOOD MORNING"
"Selamat pagi Encik Aaron" "Encik Aaron nak apa?" tanya Mak Imah
"Saya nak kopi satu Mak Imah, nanti saya tak sarapan, saya nak sarapan kat luar" "bos bagi cuti!" kata aaron dengan gembira.
"Ouhh lame dah kan kamu tak cuti asyik kerja je"
"Itulah semua Flor punya pasal.. dia suka sangat paksa saya kerja tau"
"Alahh biasalah tu Aaron, sekurangnya dia bagi cuti kan"
"Yelah Mak Imah sayangkan dia sangat, saya nak letak mana?"
"Mak Imah sayang kamu semua sama ratalah.."
"Iyelah tu.. Mak Imah sambunglah kerja tu.. saya tunggu"
"baik tuan"
BUM bunyi kotak diletakkan secara kasar diatas meja, Aaron terperanjat terus menjeling lelaki dihadapannya.
"Umi letak apa dalam ni beratnya" Tanya Arryan sambil membuat sedikit senaman bahu.
"Eh! ada orang eh, mintak maaf bang"
"Hurmm" jawab Aaron sambil menyandarkan badannya ke dinding
"Nah air kamu" Mak Imah terus menghulurkan gelas yang berisi kopi.
"Terima kasih Mak Imah saya pergi minum kat depan" "Satu lagi Mak Imah Flor dah bangun dia pergi jogging tadi mak imah boleh sediakan susu untuk dia" pesan Aaron sebelum pergi ke ruang tamu.
"Cik lantai tu lagi?"
"Ish apa panggil nama cik Flor macam tu" "tak baik tau" kata Mak Imah.
"Cik lantai tu memang hantu susu ke Umi"
"Haah aku memang hantu susu.. cheese sekali" tegur Flor secara tiba-tiba dari arah belakang Arryan.
Arryan terkejut terus menoleh ke belakangnya apabila soalannya dibalas oleh Flor.
"AWAK" "CIK FLOR?!" tanya Arryan terkejut.
"Taklah saya CIK LANTAI" kata Flor selamba sambil menekankan ayat terakhirnya.
"Susu saya dah siap Mak Imah?" tanya Flor tidak mempedulikan Arryan yang masih lagi tercengang melihatnya.
"Dah siap cik"
"Apa tengok-tengok" "Terima kasih Mak Imah"
"Sama-sama" "Hah kamu dah kenapa ni Yan" Tanya Mak Imah apabila Arryan hanya berdiri tercegat merenung dinding.
YOU ARE READING
MY LOVE MRS. MAFIA
RomanceFLOR AURORA Ketua mafia oyabun. Sifatnya yang tegas dan terlihat dingin menarik perhatian arryan untuk berkenalan dengan lebih dalam tanpa sedar bahawa dia berminat dengan orang yang bahaya. ARRYAN ADWA Seorang lelaki yang ceria dan dikelilingi ole...