Masih lagi pada hari yang sama, lima jejaka oyabun berjalan bersama-sama kembali ke markas.
"A...YUH SAYANG KITA BERSUA.. AYUH KITA KELENTANG-KELENTING, KELENTANG-KELENTONG A-LA-LA-LI-LA-LE" nyanyi tiger dengan kuat menghiraukan orang yang lalu-lalang, sementara Danial sertai dengan bermain kompang anginnya (imaginasi).
"Woi tiger! Senyaplah sikit kau tak malu ke orang tengok ni!" Marah Alex, dia memukul pelan bahu tiger.
"Buat apa aku nak malu, bukan aku buat apa pon, nyanyi je pon" jawab Tiger dengan muka kereknya.
"Amboi-amboi kau sebelum aku lempang kau baik kau senyap!" Marah Alex lagi.
"WHATEVER" tiger terus berjalan lebih laju meninggalkan empat sekawannya itu.
"Huh merajuk ah tu"
"Sikit-sikit merajuk" kata Alex sambil membuat mimik muka menjengkelkan." Kau ni lek ah! Macam kau tak kenal tiger tu.. anak kesayangan boss kita tu.. kau jangan main-main" tegur danish sambil memeluk bahu Alex yang berjalan disebelahnya. Sementara Regan hanya perhati dengan senyap perbalahan dua orang makhluk itu.
"Woi asal kau berhenti?!" Kata Alex apabila tiger di depannya berhenti secara mengejut dan bukannya membelok ke arah kiri dimana markas mereka terletak.
"Tu! ada orang buat kafe baru dekat depan jalan markas kita!"
"Alahh asal tak ganggu kita sudahlah" jawab Danial.
"Nope! Kalau macamtu kan.... Senanglah orang nak cari markas kita!"
" Sapelah nak cari sangat markas kita tu..." Kata Alex sambil memutarkan bola matanya.
"Ish kau ni tak fahamlah!!" Kata tiger sambil menghentakkan kakinya seperti budak kecil.
"Ha adik! marilah kafe akak ni baru je bukak! Ajak abang-abang sekali" tegur seorang perempuan yang berada di depan kafe itu.
"Pufftt dia panggil adik siak"
"Jom adik kita masuk kafe ni.. adik nak cendol kan.." Alex memeluk bahu tiger memaksa tiger masuk ke dalam kafe."AKU TAKNAKLAHH"
"Err tapi kita tak ada cendol" kata perempuan itu sambil menggaru kepalanya. Hanya Regan yang mendengar percakapan perempuan itu, dia masih lagi tercegat di depan kafe hanya merenung perempuan didepannya.
"Err abang taknak masuk ke?" Tanya perempuan itu dengan berhati-hati.
Sebelum Regan berjalan masuk dia sempat merenung tag nama perempuan itu.
"Ayuu..." Bisik Regan dengan perlahan, dia meneruskan perjalanannya ke arah gengnya yang sedang huru hara dihadapan kaunter kafe, terlihat seorang lelaki hanya ketawa melihat telatah empat jejaka itu.
"Memalukan.." bisik Regan lagi. Dia hanya berdiri jauh sedikit daripada membuka telefonnya, dia terus membuka whatsappnya menghantar mesej kepada flor.
LANTAI BERGERAK😈
kitaorang ada dkt kafe baru dpn lorong kita
kau nak datang pakai mask
kalau kau taknak malu lahh
Aku lapar! jgn tegur aku klu aku ada kat sana!
sape nak tegur kau siak!
SIAL!!!
Regan tersenyum melihat balasan terakhir flor sebelum dia menyimpan balik telefonnya ke dalam poket seluar. matanya melilau melihat dalaman kafe yang menenangkan.
YOU ARE READING
MY LOVE MRS. MAFIA
RomanceFLOR AURORA Ketua mafia oyabun. Sifatnya yang tegas dan terlihat dingin menarik perhatian arryan untuk berkenalan dengan lebih dalam tanpa sedar bahawa dia berminat dengan orang yang bahaya. ARRYAN ADWA Seorang lelaki yang ceria dan dikelilingi ole...