Part 7 - Tubuh Yang Dirindu

30.5K 109 3
                                    

***

Dengan tangan kotor itu, Arman menyapu airmata Iza yang semakin deras.

"Arman yang salah.. Arman tak sepatutnya cerita semua tu." Ucap Arman menenangkan Iza. Dia sendiri sedar, perbuatannya bmahu menjual bekas tunangnya itu sesuatu yang tidak boleh diterima.

Iza masih sibuk mengubati luka Arman.

"Saya minta maaf... saya tidak sengaja..." Terketar suara Iza. Tubuhnya mengigil. Ketakutan dan menyesal menyelubungi dirinya. Di depan dia terduduk lemah seorang lelaki yang mungkin sedang bertarung hidup mati kerana dia. Nada menghina dan kasar Iza hilang dari mulutnya. Dia membersihkan wajah Arman berhati-hati, dan mula meletakkan ubat di kepalanya yang terluka. Airmatanya masih mengalir, tangan Arman yang kotor itu juga masih di wajahnya yang putih mengusap airmata Iza. 

Iza tidak menepis tangan itu dan segera mengambil makanan yang dibawanya untuk Arman. Dia tahu Arman tidak punya tenaga untuk menyuap makanan ke mulutnya. Iza yang masih ketakutan dengan rela hati suapkan Arman. Dia menurunkan tangan Arman dari wajahnya dan mula menyuap. Arman begitu lahap. Seolah saki baki tenaganya diguna untuk makan saja. Iza memberi air dan memerhati semula tubuh Arman. Dia merasa mungkin lelaki itu sudah ada sedikit tenaga. Dan berharap itu akan membantu Arman sembuh dari pukulannya empat hari lalu.

"Ni makanan kau. Pandai-pandailah makan nanti." Nada kerasnya datang semula. Seakan berubah menjadi singa. Tapi matanya masih berkaca-kaca. Dia mengambil kain yang dibawa dulu dan menutup badan Arman. Dia sebenarnya agak berat hati tinggalkan Arman di situ. Tapi tidak mungkin juga dia membawa Arman balik atau tinggal di situ menemani dia. Dengan tekad kuat, Iza melangkah pergi setelah memastikan Arman masih boleh hidup hingga esok.

Keesokannya, Iza seperti biasa meletak makanan di lorong sama sebelum ke tempat kerjanya. Tidak senang dia seharian itu. Kerana benci dan marahnya, dia melakukan sesuatu yang tidak sepadan untuk gadis lembut dan ayu seperti dia. Petang itu, habis waktu kerja. Iza kembali ke lorong tadi dan mendapati makanan itu sudah tiada. Tapi tidak pasti sama ada Arman atau anjing yang mengambilnya. Dia pun mengambil keputusan untuk ke tempat persembunyian Arman saja. Memang agak penat pergi dan balik dari sana. Tapi dia kena memastikan dia tidak jadi pembunuh.

Sesampainya di sana, dia melihat Arman sedang membuat lampu baru untuk 'rumahnya' itu. Selama ini, untuk bertahan hidup Arman hanya berharap pada api untuk menerangkan malamnya. Dan semua bahan bakar itu dia dapatkan dari tempat pembuangan sampah. Senang sikit hati Iza, maksudnya dia tidak membunuh sesiapa. Hanya memberi pengajaran. Fikirnya. Tapi wajah Arman sangat pucat mungkin baru mahu memulihkan dirinya. Di tangan Iza ada makanan, dia letakkan saja di situ dan pulang ke rumah.

Hari itu, Iza yang sudah yakin Arman masih boleh berjalan untuk mengambil makanan di lorong itu hanya meletak makanan itu disitu. Hairan juga dia kenapa tiada siapa menegur perlakuanya. Seolah tempat itu berhantu hingga Arman bebas di situ. Iza memutuskan tidak mahu ke sarang Arman. Dia ke kedai berdekatan membeli ubat dan beberapa pakaian serta kain baru. Memandangkan esok adalah cuti, barulah dia akan kesana semula untuk memeriksa luka Arman. Dia takut Arman selamat dari pukulannya, tapi mati pula terkena jangkitan di lukanya itu.

Dan malam itu, dia menelefon Zariq tapi masih tidak menceritakan hal tentang Arman. Dapat juga Iza tenangkan kepalanya hari itu selepas berbual panjang dengan Zariq. Seketika dia berfikir bagaimana harus dia serahkan Arman pada polis. Dia takut dituduh bersubahat kerana dia sudah menjaga Arman sebulan lebih.

'Bodoh! Kenapalah aku tak telefon polis dari awal.' Marahnya dalam hati.

Esoknya, dia ke tempat Arman lagi pada sebelah petang dalam pukul 3. Malas dia nak ke sana awal pagi. Dia penat ke sana ke mari. Apa tidaknya, dalam seminggu itu saja, kalau masuk hari itu sudah 4 kali dia ke lubang persembunyian Arman. Kakinya mungkin sudah seperti ahli sukan kerana sering berjalan jauh. 

Diari PerselingkuhanTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang