*Tiga hari selepas itu*
'Yeah, akhirnya aku sembuh sepenuhnya.' riang hatiku.
Aku yang begitu gembira akhirnya aku boleh melakukan kerja harian ku lagi seperti biasa.
Selama tiga hari yang lalu, aku hanya tidur, tidur dan tidur sahaja. Dan mulai sekarang, bukan lagi masaku untuk tidur.
Awal pagi lagi aku sudah terbangun dan siap sedia untuk keluar tanpa pengetahuan orang lain.
Aku secara senyapnya, keluar melalui jendela besar yang berhampiran dengan tempat tidurku.
Aku menyusun bantal dan menyelimutkan bantal tersebut agar orang lain fikir aku masih lagi dibuai mimpi. Oleh sebab itu, mereka tidak akan mengacau ku.
Tentang butler pula, aku tak pernah menganggap yang aku mempunyai seorang butler.
Walaupun aku terima, tapi hakikatnya aku belum terima sepenuhnya.
Bagiku butler itu hanyalah orang asing yang tak pernah wujud dalam hidupku.
Aku kini berhampiran dengan hutan milik kerajaanku yang berada di hadapanku sekarang ini.
Di hutan ini, tidak seorang pun yang berani masuk ke hutan ini melainkan aku dan beberapa orang dibenarkan masuk ke hutan ini dengan kebenaran daddy.
Daddy tahu yang hutan inilah tempat aku bermain, disebabkan itulah daddy menyuruh kawasan hutan ini dijaga oleh pahlawan agar tiada yang berani masuk ke sini.
Pokok yang besar dan tinggi di hadapanku ini ku lompat dari dahan ke dahan sehinggalah aku berhenti di tempat yang aku ingin tujui.
Dan dihadapanku sekarang ini ialah tasik yang cukup besar dan ia berada di tengah-tengah hutan ini.
Dan disini jugalah tempat yang selalu aku tuju. Di tengah tasik terdapat pondok kecil untukku singgah yang diperbuat daripada air dan ia kelihatan seperti kaca dari jauh.
Tidak jauh dari pondok ini juga terdapat air terjun yang deras airnya.
Hanya aku yang nengetahui tasik ini malahan daddy dan yang lain pun tidak mengetahui tentang tasik ini.
Ia kerana sebelum ingin memasuki tasik ini, dari jauh mereka ingat tasik ini ialah batu besar yang tidak dapat mereka lalui sebab aku sahaja yang dapat memasuki tempat ini dan beberapa yang mungkin dapat masuk ke tempat ini.
Aku kini berada duduk di pondok ku ini. Setelah beberapa minit berada duduk disitu, aku terkenangkan bagaimana aku dapat menjumpai tasik ini.
*Flashback*
Ketika itu aku masih berusia lingkungan 13 tahun dan ketika itu juga pihak musuh berjaya menculik aku. Penculik itu membawaku ke hutan ini.
Ketika itu aku sedikit sebanyak sudah dapat menggunakan kuasaku tapi tidak sepenuhnya.
Aku menggunakan kuasaku untik membuat kabus tebal lalu ku neleraikan ikatan pada tanganku dan seterusnya ku tumbuk penculik di belakangku ini dan disebabkan mereka tidak berapa nampak aku, aku terus melarikan diri daripada mereka semua.
Kabus yang aku buat semakin hilang dan menyebabkan mereka nampak di mana keberadaanku dan mereka secepat yang mungkin mengejarku.
Aku lari dan terus berlari sehinggalah terdapat gunung besar berada dihadapanku dan ia membuatkan ku terberhenti. Aku ingat inilah kesudahannya.
Aku dalam keadaan takut dengan mereka yang semakin hampir dengan ku itu terus terundur sedikit demi sedikit dan sehinggalah belakang badanku ini tersentuh dengan gunung besar ini.
Setelah dalam beberapa detik ku bersandar di tepi gunung itu, aku mendapati terdapat benda yang menarikku ke dalamnya.
Setelah aku ditarik masuk aku terbaring. Perlahan lahan aku berdiri di mana aku berada.
Selepas itu, betapa terpesonanya aku dengan tasik yang berada di hadapanku ini.
dan tidak jauh dari tempat ku berdiri terdapat seseorang yang sedang berdiri di sebuah pondok yang berada di tengah-tengah tasik. Lalu dia memandangku dengan wajah yang tersenyum.
"Akhirnya kamu datang juga Princess Castilliana Amilly" Katanya padaku.
"Bagaimana awak tahu nama saya?" Tanyaku padanya.
"Kamu tak perlu tahu bagaimana saya tahu tentang kamu, yang harus kamu tahu ialah saya telah menunggu kehadiranmu selama ini." Katanya
"Tunggu saya?" Tanyaku lagi dengan muka yang kebingungan.
"Ya, sebelum itu kemarilah kesini. Saya akan beritahu kamu apa yang sepatutnya kamu tahu." Katanya lagi.
Aku memandang arah hendak ke pondok itu.
"Bagaimana saya hendak kesitu jikalau jalan kesana tiada." Tanyaku lagi.
"Kamu tak perlu risau. Kamu hanya perlu berjalan diatasnya sahaja." Beritahunya kepadaku dan menyebabkan aku membesarkan mataku tentang perkara itu.
"Kamu hanya perlu percayakan diri kamu sendiri. Saya tahu yang kamu pasti dapat melakukannya." beritahunya lagi.
Aku masih dalam keadaan risau tetap menuruti katanya.
Aku memejamkan mataku dan kaki kananku yang mengahului menjejekkan kaki ke atas permukaan air ini dan seterusnya kaki sebelah kiri lagi.
Sedikit demi sedikit aku membuka mataku apabila kedua-dua kakiku merasakan sesuatu yang lembut dan sejuk.
Apabila mataku sudah terbuka sepenuhnya, betapa terkejutnya aku yang aku kini berada di atas permukaan air.
♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔
yeah,~ akhirnya yamob muncul jg akhrnya stlah sbulan lbih tiada khbr brita...hehe.. n sori lw ni bab x best.. n tnx 4 waiting this chap k.. n...n.. enjoy..
♔happy_go_lucky♔
YOU ARE READING
You Are My Only Butler
FantasyDia tidak pernah enginginkan seoramg butler untuk dirinya. Tetapi apa yang akan berlaku sekiranya dia bertemu butler pertamanya buat kali yamg pertama? ~~~~~~~~~~~~ *sila baca part pertama cerita ini jika menginginkan sinopsis yang sebenar... ~.~ Hi...