BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3
"Mana package tu?" soal Rayden masih kekal tenang. Seramai 30 orang anak buahnya yang sedang berdiri tegak berhadapan dengannya. Mereka yang bertugas dalam menjaga pengurusan keluar masuk senjata api dari dalam negara ke luar negara.
Disebelah Rayden, seperti biasa lima anggota pewaris De Clerq. Rayyan hanya menggelengkan kepalanya lalu memegang bahu Rayden. Sebelum memberikan pistol kepada Rayden.
Rayden memegang pistol itu. Dia mengoyakkan senyuman sinis sebelum berdiri. Dia mengacukan pistolnya kesatu-satu anak buahnya.
"Ini ke sikap anak buah De Clerq Family, bila ketuanya tanyakan soalan?" kedengaran dingin sahaja ayat yang terlontar dari mulut Rain.
Lelaki yang bersut hitam semuanya masih berdiri secara statik. Langsung tidak bergerak. Dan tidak berani menatap wajah-wajah De Clerq Family. Terlalu menakutkan.
"Aku tanya jawablah sial!"
BANG !!
Anak buah dihujung kanan jatuh menyembah bumi apabila pahanya ditembak oleh Rayden. Terketar-ketir tangannya memegang pahanya yang terasa amat perih.
"Aku tanya sekali lagi. Siapa yang ambil barang aku?!" bergema suara Rayden diruangan itu.
"Ki... Kitaorang tak tahu." jawab salah satu anak buah Rayden. Rain mendekati lelaki yang membuka mulut itu. Rain mengacukan pistolnya tepat didahi lelaki itu. Wajah lelaki itu berubah pucat.
"Kau yakin kau tak tahu, hmm?" soal Rain. Lelaki itu menggeleng laju.
"Sumpah, aku tak tahu." jawab lelaki itu. Rain tersenyum senget.
"Kalau tak ada yang mengaku—"
BANG !!
Peluru tepat terkena di anak buah yang berada di tengah. Kepalanya tertembus peluru dan menyebabkan dia mati disitu juga. Rayden mengoyakkan senyuman sinis.
"Pembelot." ucap Robin sambil meludah ditubuh lelaki yang ditembak oleh Rayden itu.
"Korang semua boleh pergi. Buat kerja masing-masing. Kalau sesiapa yang nak ikut jejak dia, berani-beranilah jadi pembelot." arah Rayden.
"Baik, King!!" ucap mereka dan membongkokkan badan. De Clerq Family meninggalkan ruangan itu.
"Aku tak sangka yang Fank akan jadi pembelot." ujar Rod.
"Semua orang tak boleh dipercayai." jawab Rayden. Rod terus mengunci mulutnya dari mengeluarkan sebarang kata-kata.
"Ada apa kau nak jumpa aku? Dah lama aku tak nampak kau. Sihat?" soal Laura. Gadis dihadapannya tersenyum.
"Sihat. Kau macam mana?" soalnya.
"Macam biasalah. Aku sihat. Baby pun sihat je." balas Laura sambil mengusap perutnya dengan lembut.
"Berapa bulan dah?" soalnya.
"3." jawab Laura. Mata Laura jatuh diperut gadis itu yang sudah kelihatan.
"Kau dah kahwin ke? Kenapa tak jemput aku?" soal Laura.
"Belum." ujar gadis itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
GADIS IGAUAN KING [C]
Romansa𝐃𝐄 𝐂𝐋𝐄𝐑𝐐 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 1 Tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna. Ada yang penuh keharmonian dan ada juga yang penuh kedukaan dan penderitaan. Terlahir di keluarga yang mewah, tidak menjanjikan kita untuk selamanya bahagia da...