04

42 16 4
                                    

"Kalau awak rasa terbeban, awak boleh lepaskan saya. Saya cuma menagih simpati bukannya nak berkahwin dengan awak."

Taehyung meletakkan sudu dan garfu di sisi pinggan menandakan dia sudah selesai makan. "Kita baru kahwin tak sampai 24 jam dan kau memang nak pegang title janda awal?" soalnya sambil meneguk air di gelas.

Hera memintal jari jemarinya sesama sendiri. "Takde siapa yang nak jadikan saya isteri sebab saya dah rosak."

"Aku nak je. Kau yang emo lebih." balas Taehyung dan kini tumpuan tepat pada Hera.

"Boleh saya tahu apa sebab kita berkahwin?" Hera mengangkat wajah dengan riak polos. Betul-betul kelihatan comel di mata Taehyung.

"Untuk tutup maruah kau dan sebab aku kesian."

Hera mengukir senyum nipis. Betul tekaannya.

"Dan gunakan kau untuk hentikan keluarga aku dari terus jual harga diri aku." sambung Taehyung dan Hera mengerut dahi tidak faham.

"Awak gunakan saya untuk kepentingan awak?" rasa sakit pula bila dipergunakan. Cukuplah Jungkook gunakan dirinya dan akhirnya dibuang begitu sahaja. Tak mustahil Taehyung juga akan melakukan hal yang sama.

"Kau gunakan aku untuk kepentingan kau takpe pula?" giliran Taehyung membalas.

Hera diam. Baiklah, masing-masing seri. Lagipun siapalah dia, cuma gadis yang dikutip. Ikut suka Taehyung lah kalau nak ceraikan dia bila-bila masa dan awal-awal lagi Hera sudah pasrah bila saat itu tiba pada waktunya nanti.

"Maafkan saya." ucap Hera dengan nada perlahan.

"Maafkan aku juga." balas Taehyung. Kedua mereka diam menyepi mengenangkan nasib yang bakal menimpa kehidupan mereka dalam hubungan suami isteri tanpa ikatan cinta ini.

Baik atau buruk itu semua rahsia Tuhan.


•••


Malam menjelma, Hera yang sedang lena di sofa ruang bilik Taehyung itu terjaga apabila merasakan tubuhnya diangkat ke udara. Berhati-hati Taehyung meletakkan tubuh Hera di atas katil. Saat Hera membuka mata, dia lihat Taehyung berusaha membetulkan posisi kepalanya dengan selesa.

Batang leher lelaki itu hampir menyentuh hidung Hera. Haruman wangian dari tubuh Taehyung menyengat di deria baunya. Tidak lama selepas itu, mata mereka terpaut seketika. Taehyung tergamam begitu juga dengan Hera.

"Kenapa tidur kat sofa? Sakit badan kau nanti." ujar Taehyung seraya menjauhkan diri daripada Hera. Tidak perasan pula kedudukan tadi begitu rapat. Hera berdehem kecil.

"Saya tak berani nak tidur atas katil ni."

Taehyung tergelak halus. "Aku takkan buat apa-apa lah."

Hera mengesot tubuhnya ke kiri sedikit bila Taehyung mula merebahkan badan di sebelahnya. Jantungnya berdegup kencang. Mendengar lagi erangan kecil Taehyung yang sibuk merenggang sendi-sendi ototnya itu makin membuatkan Hera berasa tidak keruan.

Suara macam tu pun sexy! Ya Tuhan... Apa yang aku fikir ni? getus hati Hera.

"Kau ada nampak bantal peluk aku?" tercari-cari Taehyung di sisi katil, tetapi tiada. Satu-satunya perkara dia untuk tidur lena adalah bantal peluk kesayangannya.

"Err saya dah basuh bantal tu sebab nampak kotor sikit. Esok nanti keringlah." jawab Hera jujur.

"Memanglah kotor sebab ada peta negara kat situ." Taehyung kembali baring sambil matanya terkebil-kebil memandang siling. Susahlah dia nak pejam mata malam ini.

Hera membuat muka geli. Peta negara? Euw pengotor lah dia ni!

"Aku guraulah." sekali lagi Taehyung tertawa. Suka betul dia usik gadis tu.

Hera mengumam sahaja.

"Tidurlah dah lewat ni." arah Taehyung.

Tanpa ragu, Hera memejam matanya. Tidak sampai beberapa minit, lengan kekar milik Taehyung melingkar di atas perutnya. Automatik mata Hera terbuka luas. Ditoleh ke kanan melihat wajah Taehyung yang hampir dekat dengannya.

"Kau jadi bantal peluk aku lah malam ni, boleh?" pinta Taehyung dengan mata yang tertutup rapat.

"Aku janji tak lebih-lebih. Kau jangan risau, nae?" kata Taehyung lagi cuba untuk meyakinkan dirinya.

Hera mengangguk mengiyakan. Kaku posisinya pada ketika ini. Dengkuran halus milik Taehyung kedengaran. Sekejap sahaja lelaki itu sudah lena. Lama kelamaan, Hera juga turut terlena.

•••

Beautiful Fate Where stories live. Discover now