☠prolog

343 59 20
                                    


Bosan. Satu perkataan yang menunjukkan keadaan Nurina Larissa ketika ini. Dia memandang kedua-dua sahabatnya yang fokus menyiapkan assignment untuk semester akhir. Selama ni mereka berdua asyik menangguh kerja tersebut. Orang lain dah siap print semua, mereka masih terkial-kial dengan bibliografi lah, nota kaki lah apa lah. Ada jugak yang bagi kaki nanti. Heh.

Nurina mencebik bibir sebelum bersuara perlahan. “Cepat lah siap… aku dah lapar ni…”

“Dah siap, diam.” Suara Aeris keras membalas. Tangannya laju menaip sesuatu di komputer ribanya sambil meneliti buku rujukan di tepinya.

“Kalau lapar tidur dulu. Sikit lagi nak siap ni, Rina. Bukan kau je yang lapar, kitorang pun lapar.” Isabella mencelah. Kertas-kertas yang berteraburan di atas meja disusun kemas olehnya sebelum menghadap kembali ke skrin komputer.

Nurina menghela nafas kecil. Malas pula dia mahu bertikam lidah. Itu lah, masa yang ada sebelum tak nak manfaatkan. Dah last-last minute baru nak gelabah biawak.

Dia memandang sekeliling. Perpustakaan awam Kuala Lumpur ni ramai dikunjungi. Namun begitu keadaannya amat senyap. Masing-masing melakukan kerja mereka sendiri. Dia? Hampir setengah jam juga dia macam orang tak tentu arah. Sekejap buka telefon, sekejap buka buku. Sekejap jalan-jalan tengok buku apa yang menarik. Tetapi akhirnya dia kembali melentok kepalanya di atas meja. Sungguh dia bosan.

Kemudian, fikirannya terlintas sesuatu. Telefon pintar kembali dibuka. Enjin pencarian menjadi tumpuan dia ketika ini.

“Buku ni. Macam best,” desisnya perlahan sebelum dia bangun dari duduknya mencari sebuah buku yang dicainya melalui internet. Kakinya melangkah ke bahagian rak buku bahasa Inggeris. Matanya mengecil mencari tajuk buku itu di setiap deretan buku yang tersusun rapi di rak besi ini.

“Malice…” mulut berbunyi perlahan sambil jarinya telunjuk menyentuh ke semua buku. Sehingga…

“Got it!”

Dengan riang Nurina mencapai buku itu tetapi belum sempat ada satu tangan yang turut mendarat tepat di atas tangannya. Dia terkedu seketika.

“Eh?” itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya.

“Aku yang nampak buku ni dulu.”

Nurina masih terdiam. Tangannya masih menyentuh buku tersebut. Dia menoleh ke arah suara garau itu. Seorang lelaki tinggi lampai bersama jaket kulit berwarna hitam serta topi hitam yang menutupi separuh muka lelaki itu. Dan lelaki itu berada dibelakangnya. Kedudukannya sangat rapat.

Pantas Nurina menjauhi dirinya sedikit. Dia kembali memandang lelaki itu yang selamba mencapai sebuah buku bertajuk Malice dari penulis Keigo Higashino.

“Tapi aku yang jumpa buku ni dulu.” Akhirnya Nurina bersuara. Matanya tajam mencerlung ke arah lelaki itu yang sudah membaca sinopsis pendek di belakang buku tersebut.

“Kau nampak buku ni ada kat tangan siapa? Aku kan?”

Nurina mengetap gigi, geram. Selamba juga dia merebut buku itu dari tangan lelaki itu. Namun begitu, lelaki itu sengaja mengangkat buku itu lebih tinggi supaya Nurina tidak dapat menggapai buku tersebut.

“Pendek, buat cara pendek. Kalau nak buku ni pergi ambik kerusi dulu,” sinis lelaki itu berkata.

“Kau…”

Nurina menarik nafas dalam. Nak gaduh pun tak ada gunanya di sini. Nasib kat sini perpustakaan. Kalau bukan dah lama dia hempuk mamat ni dengan sneakers dia pakai sekarang.

“Okay, fine! Ambil lah buku tu.” Nurina mencebik bibir. Matanya tertumpu buku Keigo Higashino yang lain. Silent Parade. Ini pun dah baca!

Nurina melihat semula lelaki itu kembali. Kelihatan dia masih berdiri dan membaca sinopsis buku itu.

“Kalau kau nak tahu aku tak pernah baca Malice lagi. Apa kata kau bagi aku baca dulu? Lusa kau boleh datang library ni balik. Kau nak pinjam buku ni sampai setahun pun aku tak kisah. Aku baca sekejap je. Boleh lah…”

Entah kenapa pula dia merayu sebegini. Kening kanan digarunya. Nurina memandang lelaki itu dengan wajah simpati.

“Aku tak tanya pun.” Lelaki itu mula bergerak untuk beredar.

“Tolonglah, aku teringin sangat nak baca buku tu.” Nurina merayu lagi. Mengikut sinopsis yang dibacanya tadi di internet buku itu amat menarik. Benda dah ada di depan mata, takkan nak lepas peluang kut? Sudah lah percuma buku ni untuk dibaca walaupun dekat luar banyak sahaja buku ini dijual. Daripada membazir duit baik dia pinjam di sini.

Kedengaran lelaki itu menghela nafas berat. “Bagi aku tiga jam untuk habiskan buku ni. Kalau kau baca dulu, mungkin aku tak sempat…” usai berkata, lelaki itu beredar meninggalkan Nurina yang terdiam itu.

“Apa yang tak sempat?” gumam Nurina perlahan. Dahinya berkerut.

Tiga jam? Buku tebal tu? Sempat ke dia habiskan?

Pelbagai soalan yang berada di fikiran Nurina.

Dia hanya memandang lelaki itu yang sudah membaca dari jauh.

Tunggu aje lah!

RES: THE HIDDEN CIPHERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang