BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3
"Laura!" panggil Rain. Laura yang sedang memasak untuk sarapan suaminya terus berjalan mendekati Rain. Laura menyilangkan tangannya didada.
"Ikatkan tali aku ni. Aku tak boleh ikat." ujar Rain. Laura mengangkat keningnya dan berdiri dihadapan Rain.
"Kenapa dengan tangan awak?" soal Laura secara tiba-tiba.
"Macam biasa." jawab Rain pendek. Laura menarik tangan Rain dan sengaja menekan tangan lelaki itu. Rain mengerang kesakitan.
"Kau nak patahkan tangan aku ke, hmm?" soal Rain sambil menyelak helaian rambut coklat milik Laura. Laura tersenyum senget.
"Kenapa tak pergi klinik?" soal Laura. Lain yang ditanya, lain yang dijawabnya. Rain mengeluh berat.
"Aku malas. Lagipun sikit sahaja." balas Rain.
"Sikit? Awak boleh ke buat kerja dengan tangan macam ni?" soal Laura.
"Dah tu?" soal Rain.
"Tak payah pergi kerja. Awak cuti. Saya bawa awak pergi klinik." ujar Laura. Rain hanya mendiamkan diri kerana pelik dengan perlakuan baik isterinya. Laura kembali ke dapur dan mematikan api gas. Dia mengambil beg tangan dan tudung sarung labuh bawah dada disarung kemas.
"Jom." Laura memeluk lengan Rain. Rain tersenyum kecil. Ini yang dia rindukan. Sikap lemah lembut Laura. Laura menekan pedal minyak dan menuju ke klinik.
Setelah Rain dirawat, Rain keluar dari bilik doktor bersama Laura. Laura pergi ke tempat pengambilan ubat dan kembali kepada Rain.
"Jom..."
"Sekejap." ujar Rain.
"Kenapa?" soal Laura pelik.
"Kenapa kau pelik semacam?" soal Rain. Laura mengerutkan keningnya. Pelik? Apa yang pelik? Salah ke dia berbaik kepada suaminya?
"Apa rancangan kau sebenarnya, princess?" soal Rain. Laura menghela nafas. Lelaki itu masih berfikir dia masih fikir tentang rancangan bodoh itu.
"Tak ada. Jom balik, rehat." ajak Laura. Rain menahan tangan Laura.
"Don't play with me, princess. Apa rancangan kau? Kau guna taktik lama? Layan aku baik-baik dan lepas itu khianat aku?" soal Rain. Laura memicit pelipisnya.
"Awak ni kenapa? Kenapa nak fikir macam-macam? Saya dah lama kuburkan hasrat untuk fikir semua tu. Saya sekarang cuba untuk terima semuanya." balas Laura. Rain tersenyum senget.
"Kau pasti?" soal Rain mencurigai Laura.
"Ikut sukahati awak nak percayakan saya atau tak. Saya malas nak bertekak dengan awak. Bazir air liur dan buat penat sahaja." ujar Laura dan meninggalkan Rain begitu sahaja.
"Apa rancangan sebenar kau ni, sayang?" ujar Rain melihat tubuh Laura keluar dari klinik itu.
Rain memicit pelipisnya melihat dokumen dan fail-fail yang berselerak diatas mejanya. Hari ini dia sudah cukup tertekan dengan kerjanya. Mana taknya, adik-adiknya yang lain pergi bercuti. Katanya nak rehat 2 hari. Memang semua kerja mereka, disiapkan oleh Rain.
Pintu dibuka oleh seseorang dan baru sahaja Rain ingin mengeluarkan kata-kata kesatnya kerana tidak mengetuk pintu terlebih dahulu.
"Kau buat apa datang sini?" soal Rain. Laura tersenyum manis sambil memegang beg kertas dan menuju kearahnya. Laura meletakkan beg kertas itu diatas meja dan duduk diriba Rain.
Mata Laura tertancap dibingkai gambar yang jelas kelihatan gambarnya sedang tersenyum manis bersama Rain suatu ketika mereka meraikan ulang tahun Ricky.
"Sayang... Kau kenapa, hmm?" soal Rain mengelus pipi mulus Laura. Laura merangkul leher Rain dan menyandarkan kepalanya didada bidang milik Rain.
"Saya... Saya minta maaf..." ujar Laura. Rain mengangkat keningnya.
"Kenapa?" soal Rain.
"Saya dah tahu segalanya. Kenapa awak bunuh keluarga saya. Saya dah tahu, Rain." ujar Laura.
"Baguslah." ujar Rain. Laura mengangguk dan air matanya menitis.
"Kau kenapa ni?" soal Rain.
"Saya berdosa dengan awak. Saya dah buat kesilapan yang besar." ujar Laura. Rain memagut dagu Laura dan mengesat air mata wanitanya.
"Don't cry, princess. Kau tahu kan, aku tak suka kau menangis?" Laura mengangguk kecil.
"Then, don't cry." ujar Rain.
"Tapi lebih berdosanya saya... Saya bunuh anak kita." Tangisan Laura semakin kuat didadanya. Rain terkejut dengan Laura yang menangis kuat itu. Ya Allah, isterinya sudah bertukar menjadi kanak-kanak.
"Hey, hey. Jangan nangis sayang. Anak boleh buat lagi kan?" soal Rain nakal. Laura mencubit abdomen Rain. Rain tersenyum bahagia.
"Pervert! Dari dulu tak berubah. Suka betul." ujar Laura geram.
"Memanglah suka. Siapa je tak suka dapat anak kan?" Laura menampar perlahan mulut Rain. Suaminya itu langsung tidak malu. Rain tertawa kuat melihat perlakuan Laura yang sudah malu itu.
"Malam ni..." Laura menunggu Rain menyambung kata-katanya.
"Kita pergi dinner. Aku dah lama tak spend time dengan kau, princess." ujar Rain sambil mengucup tangan Laura. Laura tersenyum.
"Nak nak. Saya dah lama tak makan restoran mahal. Asyik kena kurung dengan awak sahaja dekat luar. Saya nak lah juga hirup udara segar." balas Laura.
"Kurung? Habis kau pergi office aku ni?" soal Rain. Laura tersengih. Rain mencuit hidung Laura.
"Aku akan ambil cuti minggu ni lepas aku dah siap kerja aku. Cepat habis, kita pergi honeymoon okay? Kau tak merasa lagi kan?" soal Rain. Laura menggeleng.
"Okay... Nanti kita pergi okay." ujar Rain. Laura tersenyum riang dan mengetatkan lagi pelukannya ditubuh Rain. Rain hanya membiarkan Laura dan menyambung kerjanya.
Setelah berjam-jam disitu, Rain mengeliat perlahan supaya tidak mengejutkan Laura. Kakinya lenguh kerana Laura yang tertidur didakapannya. Rain menggelengkan kepalanya. Dia mendukung tubuh kecil itu lalu dibaringkan ke sofa.
Fail-fail yang berselerak diatas meja disusun dan dikemasnya rapi. Tidak sangka kerjanya akan siap secepat itu. Mungkin terlalu bersemangat untuk meluangkan masa bersama isteri tercintanya mungkin.
Rain mendekati Laura. Dia tidak sampai hati untuk mengacau isterinya yang tertidur lena itu. Tanpa banyak fikir, Rain mengangkat tubuh Laura dan keluar dari syarikat gahnya itu.
Kelihatan sebuah kereta hitam sampai dihadapan Rain tepat masa. Pemandu peribadi Rain membuka pintu untuk Rain dan Rain meletakkan Laura di dalam kereta. Dia turut masuk ke dalam kereta dan pintu ditutup.
Rain meletakkan kepala Laura diatas ribanya. Biar sahaja isterinya tertidur pulas. Malam nanti sahaja dia akan mengejut isterinya untuk mereka makan malam bersama. Telefon pintar dikeluarkan lalu menelefon Rayyan.
"Louis... Nanti bawa kereta aku balik lepas kau balik esok. Aku balik guna driver, aku tak larat nak drive." ujar Rain.
"Okay. Kau kenapa?" soal Rayyan.
"Aku penat sikit. Laura datang tadi. Dia pulak tertidur dekat ribaan aku masa aku buat kerja. Tak sampai hati nak kejutkan dia." ujar Rain.
"Haih, untung dia dapat kau. Tapi itulah dia tu. Keras kepala. Geram aku. Memang aku tak nak kahwin. Perempuan menyusahkan." ujar Rayyan.
"Tak nak kahwin konon. Nanti tahu-tahu berkenan dengan mana-mana perempuan." Kedengaran kata-kata Rain seperti nada mengejek. Rayyan terus menutup panggilannya kerana geram.
⋅⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅
Hiii !! Harini author update banyak sebab banyak idea. Author nak berterima kasih dengan korang sebab dah support and suka dengan cerita ni. Author harap, korang terus support GIK ya. I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3
![](https://img.wattpad.com/cover/300144617-288-k103171.jpg)
YOU ARE READING
GADIS IGAUAN KING
Romance𝐃𝐄 𝐂𝐋𝐄𝐑𝐐 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 1 Tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna. Ada yang penuh keharmonian dan ada juga yang penuh kedukaan dan penderitaan. Terlahir di keluarga yang mewah, tidak menjanjikan kita untuk selamanya bahagia da...